WARGA SCP

Jumaat, Oktober 15, 2010

KAF TA MIM

ADAKAH KETAM YANG AKU HADAP DI MEJA MAKAN
ADALAH KETAM YANG MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS
??????????????????

AKU PUN TAK DAPAT JAWAPANNYA
WALAU HABIS SEMUA KETAM2 TU KU MAMAH, KU HISAP , KU SEDUT

JAWAPAN YANG AKU DAPAT IALAH
TAK KIRALAH KAU KETAM
JALAN LURUS KE BENGKOK KE

NAMUN KAU TETAP MANIS DAN SEDAP DIMAKAN
HAHAHAHAHAHAH


dan aku tak pernah pulak jumpa orang kat pasar
sebelum beli ketam dia tanya kat penjual tu,

"Bang , ketam jalan lurus sekilo berapa "

betapa indahnya bahasa kita
ketam pun boleh dijadikan perumpamaan
jadi sayangilah bahasa kita
agar tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas




26 ulasan:

  1. salam pak itam, ketam tak penah ajar anaknya berjalan lurus sebab dia sendiri tak pandai nak jalan lurus haha..
    ketam ni memang sedap tapi mahal yang amat. kalau timbang, kulitnya je yang lebih berat isik buat taik gigi saja.
    apa2pun, sedap kalau dapat yang fresh. kalau dah lama sangat dalam air batu, manis dah hilang.

    BalasPadam
  2. dah lama tak makan ketam..emm mesti sodap ni..
    ketam tak pernah salah, yang salah orang yang nak jadi ketam hehe...

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Pak Itam pandailah buat cerita..ada jer bahan untuk diceritakan..semoga pak itam terus berkarya..

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Kakak nak tolak tepi ketam jalan tak lurus tu. Tapi lama kelamaan kakak perhati Mak Itam nie memang pakar tang masak-memasak. Ape je dimasak... nampak sedap walau ikan bilis goreng.

    Pepagi nie tengok ketam dalam piring hm... rasa kepingin pulak.

    BalasPadam
  5. Salam bapak Itam,

    Jgn pulak jumpa Aleef Lam Meem Ra( permulaan Surah Ar-Ra'd) bapak Itam buat citer pasal Almari.

    Apapun gambar yg Pak Itam tembak tetap menjadi pujaan hatiku.

    BalasPadam
  6. Salaam Pak Itam,

    Tak kira ketam tu jalan bengkok ke lurus ke, yang penting, akhirnya dia sampai juga ke meja makan Pak Itam... betui dak? heheh

    BalasPadam
  7. salam kenal!

    ishh..sedapnya ketam tu.. telan ayaq liuq tau..!

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam...

    Masuk2 jer cini terus terliur ketam... dah lama tak makan ketam...

    BalasPadam
  9. bengkok ka lurus .... tak kira Pak Itam...
    Janji mabeles.....

    BalasPadam
  10. Salam rezeki...lamo den tak makan kotam masak lomak....

    BalasPadam
  11. Whooaaa...nasib baik ketam, kalau KETUM?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Pak Itam

    kalau ketam jalan lurus
    dia tak singgah ke atas meja pak itam
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  13. Salam Pak Itam,

    Hik hik hik nasib baik ketam..
    Tak brp nak terliur hehe..

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kakpah

    kena ketam bulan mengambang , terus takda isi kak hehehe

    BalasPadam
  15. arol

    pak itam pun jarang , sesekali je psl malas nak mengunyah kulit nya heheheh

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kak sidah

    alhamdulillah, esok lusa tak tahulah kalau rajin update hehehe

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam kakzakie

    alhamdulillah, mak itam dikutniakan bakat di dapur, saya pula dikurniakan bakat di meja makan pulak hehehehe

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam kak ina

    tapi masalahlah , blog ni MB nya semakin sikit , sampai satu masa gerenti tak boleh upload gambar hehehe

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam kak chik

    ketam tu jalan menonggeng ke meja makan pak itam, dia tak belajar sivik hehehe

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam putu bambu

    terima kasih sudi menjadi sebahagian sahabat SCP

    ni , mana dapat nick puntu bambu heheh mesti suka makan putu bambu hehe

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam tikah

    terliur takpe heheheh

    BalasPadam
  22. che att

    betul tu , janji manis kan heheh

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam haji arshad

    sana mesti susah nak cari ketam kan

    kena pulang ketam renjong masak lemak , adoiiiiiiiiiiiiiii hehehe

    BalasPadam
  24. uncle

    kalau ketum, bukan jalan bengkok lagi , terus meniarap hehehehehe

    BalasPadam
  25. waalaikumsalam atuk

    yg singgah kat meja semua jalan menonggeng hehehe

    BalasPadam
  26. waalaikumsalam syima

    tapi kalau masak lemak , gerenti terliur hehehe

    BalasPadam