السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Hampir sejam lebih selepas bertolak dari hotel penginapan , kelihatan jambatan yang menghubungkan antara bahagian eropah dan asia terbentang gagah di depan mata . Kenderaan bertali arus di sini menunjukkan ramai penduduknya yang tinggal di bahagian benua Asia dan berkerja pula di bahagian benua eropah.
Namun walaupun kesesakkan begitu serius, tapi jarang pula bapak kedengaran bunyi hon kereta. Kalau kat Makkah mcm ni, tentu sahaja bunyi hon kereta akan sentiasa kedengaran . mungkin budaya pemandu di Turkeye ni mirip kepada budaya dan sikap pemandu2 kereta di negara eropah lain yang lebih bersopan santun dan bertimbang rasa berbanding pemandu di negara arab lain yang agak 'brutal" rasanya.

Beginilah suasana pagi setiap hari di jambatan ini yang sentiasa sibuk dengan kenderaan yang bertali arus bermula waktu awal pagi lagi ketika penduduk mula keluar berkerja dan disebelah malam bila mereka kembali ke kediaman masing2. Kalau kita kata Kuala Lumpur "jammed" , kat sini lagi la .

OK, sekarang bapak dah sampai ke Benua Asia