WARGA SCP

Jumaat, Jun 24, 2011

ISTANBUL : RUSTEMPASA CAMII ATAU MASJID RUSTEM PASA ( INTERIOR part 2)


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH


Jom kita lihat senibinanya yang unik di bahagian dalam yang menggambarkan betapa suatu ketika dahulu, kehebatan senibina islam memang begitu hebat dan unik dan aku bersyukur kerana walaupun dah beratus tahun , aku masih berpeluang melihatnya dan merasai kehebatan arkitek2 kita dahulu kala.

kaligrapi ayat2 suci Al Quran dilukis di bawah kubah besar
serta digantung dengan lampu Chendeliar menjurai ke bawah


mihrab yang dipenuhi dengan marmar biru

Inilah salah satu faktor yang menjadikan kota Istanbul begitu unik hingga mengamit jutaan pelancong dan di mana2 sahaja , aku dapat melihat pelancong dari serata dunia mengunjungi Istanbul untuk menyaksikan kesan2 sejarah zaman kegemilangan kerajaan islam Ottoman yang kekal terpelihara hingga sekarang.



Bagi sesiapa yang mempunyai minat dalam ilmu sejarah, bapak sarankan agar kunjungilah kota Istanbul kerana insyallah, kalian tentu dapat mempelajari sesuatu di sini kelak sama ada yang tersurat dan tersirat dan pastinya kunjungan ke sini sungguh berbaloi .

tiang yang diserikan dengan marmar yang indah

juraian lampu yg tentu sekali indah di waktu malam
bila dinyalakan



Ketika kunjungan ku ke sini, kelihatan sekumpulan pelancong dari negara Jepun sedang asyik mendengar penerangan dari pemandu pelancong mereka dengan menggunakan sistem alihbahasa melalui "earphone" yang terpasang di setiap telinga mereka.

Kalau lihat secara mata kasar, nak buat apalah orang2 Jepun ni nak dengar dan nak kaji sejarah islam ni, tapi sebenarnya tamaddun dunia hari ini sebenarnya banyak terhasil dari kajian2 orang bukan Islam terhadap segala aspek termasuk teknologi serta kesenian yang pernah menjadi kebangaan Islam suatu masa dahulu dan akhirnya terkubur begitu sahaja TETAPI sebaliknya bangsa bukan islam inilah disebalik kajian mereka telah banyak mencapai kejayaan sedangkan kita umat Islam pula yang telah mula ketinggalan ke belakang.


6 ulasan:

  1. salam tuan,

    subhanallah, cantiknya.

    BalasPadam
  2. tak dapat nak pergi sendiri, dapat tengok gambar pun jadilah......thanks Rzezeki kerna share rezeki ni semua dengan kami!!!!

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam ayah zain

    kehebatan senireka bentuk islam yg tiada tandingannya

    BalasPadam
  4. uncle

    alhamdulillah,
    gembira saya kerana dapat berkongsi sama2 rakan2 sekalian dan semoga memberi manafaat

    BalasPadam
  5. kak nab

    org ganu cakap cungggg hehehe

    BalasPadam