WARGA SCP

Ahad, Jun 26, 2011

ISTANBUL : KE BURSA KITA


pepagi dah ada orang memancing di jambatan ni

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Kerana perbezaan waktu antara 5-6 jam juga dari tanahair, maka penyakit lazim jetlag pun dah muncul tanpa diundang . Semalam bapak tidur agak awal juga , matikan aircond dibilik dan bukak tingkap untuk menikmati udara segar dan dingin kurnian Allah yang menyejukkan ruang kamar kami .


penduduk Istanbul dah mula nak keluar bekerja

Waktu solat subuh yang diberikan melalui aturcara lebih kurang jam 2.33 pagi lantas bapak pun bangun menunaikan kewajipan tersebut lalu cuba melelapkan mata kembali selepas tu , namun terkebil2 lah pulak kerana mengikut waktu di Malaysia dah hampir 8-9 pagi .

Cuma berbaring jelah sambil mata tertutup, namun tidak tidur sebenarnya

jalanraya masih belum sibuk lagi



Tup2, pukul 4 lebih kedengaran azan subuh dari masjid-masjid yang seperti bapak nyatakan berselerakkan di seluruh kota istanbul.

laaaaaaa, mana satu ni nak ikut , tadi dah solat subuh
akhirnya bapak ulang sekali lagi solat subuh kerana tak mau rasa was2 dalam hati .
Jadi kira 2 kali solat subuh bapak pagi ni.



berselirat wayar letrik tram

Pagi ni , kami akan sebuah lagi kira negeri dalam negara Turkeye dipanggil Bursa yang terletak hampir 200km ++ juga dengan menaiki bas , kemudian menaiki feri dan kemudian menaiki bas semula yang tentunya perjalanan ini pasti menyeronokkan kerana bapak dapat menyaksikan panorama kota Istanbul di samping selepas itu menyedut udara pagi yang segar dan dingin selat Marmara di atas feri sebelum tiba ke Bursa. Perjalanan dijangka mengambil masa 3 1/2 jam sehala.


kesesakkan lalulintas dh mula kelihatan di sini

jambatan yang menghubungkan antara benua eropah dan benua asia
kira sekarang bapak di benua eropah dan nak menyeberang ke benua asia pula
sebentar lagi




8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    bukan seberang sungai atau laut lagi
    sikit atas....
    sekarang ni seberang benua pulak
    best nyerrrrrrrrrrrr

    Wassalam

    BalasPadam
  2. kak nab

    mmg seronok kak, impian mejejakkan kaki ke turki dan melihat dan merasai corak kehidupan mereka menjadi kenyataan

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam atuk

    tu lah pasal, menyeberang benua asia ke benua eropah serta sebaliknya mcm pegi kedai belakang rumah pulah hehehe

    BalasPadam
  4. 10-11 tahun lepas saya singgah ke sini...hu3x - tentunya sangat banyak berbeza ! suka tengok negara orang

    BalasPadam
  5. Cr,

    Best pengalaman you dan famili, motivasi untuk saya dan keluarga ke sini jugak satu hari nanti....lepas tu terus buat umrah...cam you cakap dunia dapat, akhirat pun dapat Insyallah.

    BalasPadam
  6. cikgu SAK

    byk dah berubah rasanya cikgu, mungkin kalau dulu masjid2 kat sana kosong tak berjemaah, sekarang tidak setiap waktu solat saya tengok krn semenjak pemerintahan bawah erdogan ni , byk kesedaran tentang agama islam diterapkan semula berbanding pemerintah dulu yang lebih barat dari barat

    BalasPadam
  7. rosli

    alhamdulillah

    kita merancang , allah tentukan

    dengan izin Allah, dapat kami menjejakkan kaki ke bumi turki dan juga dapat kami melakukan ibadat umrah pula selepas itu

    dunia akhirat Allah bagi, syukur sesangat

    BalasPadam