WARGA SCP

Isnin, Oktober 08, 2012

KALAU TERPIJAK, DIA PUNYA SAKIT TAK TAHU NAK CAKAP

ALHAMDULILLAH

Sekarang sibuk sana sini orang memperkatakan tentang taman tema Legoland yang baru dibuka di Medini, Nusa Jaya yang terletak dalam Iskandar Malaysia. 

Biasalah benda baru, pasti menjadi tumpuan . Jadi semalam kebetulan aku ada kerja sikit dekat Bukit Indah yang terletak berdekatan je dengan Legoland ni tak sampai 15 minit je, jadi kami pun terpergilah ke sana nak lihat persekitarannya.

Dulu kalau sebut lego , pasti kita terbayang blok2 plastik yang bentuk empat segi tu.

Tapi sekarang dengan lego,pelbagai benda kita boleh buat dan bina.




Lego ni bagi kanak2 yang kreatif sangat bermanafaat namun agak bahaya untuk anak2 kecil kerana nanti ada ditelannya. Lagi satu lepas main tak disimpan dalam bekasnya, tu kalau terpijak memang sakit yang teramat sangat . 

Boleh meraung oooooooo

Tak percaya ,tanyalah sesiapa yang terpijak benda alah ni.
Tak percaya juga tanyalah arwah ... yang mati terkejut kerana terpijak lego ni 
Cerita pasal lego, 3-4 tahun dulu, aku dapat satu kontrak untuk membekalkan set lego untuk semua kelas pra sekolah dalam sebuah daerah dalam negeri Isketambola. Contoh legonya diberikan sekali.Puaslah aku cari pembekal dan pengimport benda alah  ni dan akhirnya bertemu juga dengan satu pengimport .

Tapi malangnya  stoknya dah habis dan katanya kalau aku nak , aku terpaksa beli dalam kuantiti satu kontena. Mak datuk, itu dah lebih2 sangat,apa aku nak buat kerana kalau satu kontena boleh supply untuk 4-5 buah negeri. Aku cuma nak pakai berapa ribu set je.

Aku dah putus asa tapi akhirnya dengan petunjuk dan hidayah dari Allah jua, aku tergerak nak telefon salah sorang rakan aku yg juga pembekal . Dia yang tolong aku dapatkan bekalan dari pembekal yang lain yang kebetulan mempunyai lebihan stok .

Kini ada sikit lagi dalam 10-15 set dalam stor kat kebun aku .

Nak kasi anak main, kami dah tinggal berdua je

Aku ingat aku nak ajak mak itam je nanti main lego tu sama2 esok


hotel sedang dibina dan dijangka siap 2014
bersebelahan Legoland siap dengan waterpark lagi

main entrance

Jumaat, Oktober 05, 2012

SALMON BERASAP

ALHAMDULILLAH

Memang dah nak ujung2 tahun ni, aku agak sibuk jugak menguruskan kebun2 getah hingga rasa kepenatan jugak pasal terkejar2 sebelah paginya di kebun dan petangnya pegi pulak jual getahnya dan kekadang selang sehari aku merayau jual getah sampai ke JB .





Dah 3 kali minggu ni  mak itam aku ajak temankan aku bila lepas zohor je aku terpaksa ke JB .

Kira sekarang dari kebun aku tepi hutan nak ke JB dah tak sukar kerana lebuhraya E22 menjadikan perjalanan  ke JB dalam lebih kurang 30-45 minit je berbanding nak ikut jalan lama dari tepi hutan ke HC dulu dan sambung lagi ke JB hingga memakan masa 1 1/2 jam jugak .

Nak cepat, bayar jelah tol yg bermula dari Desaru dan keluar di Ulu Tiram dalam 8 ringgit lebih juga.








Semalam lepas zohor aku ajak lagi mak itam ke JB,

Tanyanya

"Apa upahnya ?"

Jawab ku ringkas

"Nanti belanja Salmon Berasap petang nanti bila dah habis urusan"

Jadi lebih kurang jam 5.00 petang segala urusan selesai.

Alhamdulillah

Maka bertolak balik masuk Plaza Tol Ulu Tiram tapi tak menghala ke Desaru. Korner kiri menghala ke JPO kerana nak tunaikan janji belanja Salmon Berasap kat Coffea Bean di JPO.

Minta maaf kerana foto Salmon Berasap tak ambik kerana semua dah habis masuk dalam perut. Tu pun foto kat sini semalam aku layan dengan HP Cokia je. Pekena segelas Caramel Latte buat mata dan badan segar seketika .

Last sekali aku pegi sini pekena Salmon Berasap kalau tak salah aku masa berbuka puasa 2 bulan sudah . Kekadang bukan apa, datang gian nak pekena Caramel Latte , mana nak korek kat teratak kami tepi hutan ni . Tu yang start motor berdesup pekena segelas dua dan lepas tu balik .

Semalam pengunjung kat sini tak ramai, maklumlah hari kerja . Aku cukup suka kalau tak ramai orang, rasa relax dan tenang je.

Nak2 sekarang ni semenjak dua menjak Legoland dah bukak , pasti JPO ni bila hujung minggu mau macam pasar gesel .

Lepas bermagrib kat surau kecil di sana, baru aku bertolak balik tepi hutan mengharungi lebuhraya E22 yang kalau malamnya sunyi sekali walaupun baru jam 8.00 malam.


Rabu, Oktober 03, 2012

SANTAI

ALHAMDULILLAH 

Sarapan pagi termasuk dalam tempahan bilik , tapi aku bagi 3 star je dari 5 star . Lone Pine punya buffet breakfast lagi banyak pilihan dan lazat berbanding sini. Namun itu tak jadi masalah kerana itukan semua rezeki dari Allah S.W.T. 

Masih lagi beruntung jika nak bandingkan dengan  dengan golongan yang kurang bernasib baik . Jadi segala nikmat kurniaanNYA aku sangat2 bersyukur.

Cuma dari segi kepuasan pelanggan, rasanya mereka boleh memperbaikinya lagi.

Lepas breakfast sambil nanti mak itam memanjakan diri kat spa , aku layan pulak DSLR untuk mengabadikan persekitaran pool . Kalau pepagi senang sikit nak dapat foto yang kita kehendaki kerana masa tu pool takde pengunjung lagi .

Habis aku merayau seluruh ceruk pool .

Lagi pun ketika itu deretan bangku masih tersusun kemas dan tak berselerak.Senang keja nak ambil foto sebagai koleksi ku nanti.

Nanti pukul 10.00 pagi nanti , aku nak layan foto tepi pantai lagi untuk merakamkan aktiviti2 sukan air yang ditawarkan di sini.

Insyallah.

Isnin, Oktober 01, 2012

MODAL 30 HENGET , BOLEH ULANG-ULANG

ALHAMDULILLAH 

Dah dua minggu aku tak berpasar tani kerana kekangan tugas2 menoreh yang tidak mengizinkan aku ke sana. Jadi bila kami ada masa terluang minggu ni, maka kami beli stok untuk dua minggu sekali.

Maklumlah, bila aku dah berada tepi hutan nanti ,sukar nak cari yang "fresh" dan pilihan terhad sangat.

Minggu ni , dalam sibuk  noreh2 gotah, aku sempat juga lari ke pasar tani lepas subuh . Macam biasa pasar tani tetap pasar tani dan meriah dengan pelbagai sumber bumi kurnian Allah.

Carilah apa nak cari kat pasar tani Larkin ni, insyallah semua ada . Minggu ni ikan banyak jugak , tapi harga pun boleh tahan . Macam biasa stok untuk dua minggu buat kami .

 




No Miss Kelly and Fatin for this week. Puas sudah aku makan keli goreng berlada dan patin masak tempoyak minggu sudah . 

Lepas selesai beli ikan, singgah ke gerai menjual daging lembu yang segar dari ladang yang disembelih pagi tu jugak. Lalu timbul idea mintak mak itam masakkan Mee Rebus Tulang buat hidangan kami . 

Tentu bahagian paling sesuai ialah tulang selangka dan sedikit daging tetel .Paling best tulang selangka kat sini banyak isi kerana pasti lembunya gemok dan berisi. Keledek berserta bahan2 lain tak ketinggalan nanti kerana kalau takde , tak lengkap nanti .

Sebatang tulang selangka dan tetel dalam 23 hengget serta bahan2 lain dalam 7 hengget . Jadi modalnya hanya lebih kurang 30 hengget je.

Dah selesai semua urusan mendapatkan semua keperluan di sini, sempat aku menyelesaikan satu dua urusan berkaitan hal2 menoreh di sekitar JB sebelum pulang ke HC . 

Alamak, dah dekat pukul 12 tengahari jugak baru sampai . Nasib baik semua ikan2 yang dibeli dah mereka siangkan tadi di pasar tani.

Maka bersilatlah pulak isteri kesayangan aku kat dapur pulak nak menyiapkan pula Mee Rebus Tulang sementara aku pulak bersilat kat atas dengan dokumen2 dan invois2 yang menimbun yang perlu diuruskan sebelum dibawa pulang ke tepi hutan nanti .

Lepas zohor , hidangan dah tersedia .

Ni pun nak kena bersilat jugak ,
bersilat mengadap Mee Rebus ni pulak.

Dua round juga aku bersilat mengadapnya. Puas aku keluarkan semua buah pukul mengadap si Rebus ni. 

Itu pun masih banyak lagi yang tinggal . Nanti kalau lapar pepetang nanti , boleh mengulang semula.Ingat gagal periksa je boleh mengulang hehehe

Alhamdulillah,

Syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kami rezeki dan dapat mengadap hidangan tengahari yang begitu menyelerakan . 

Khamis, September 27, 2012

STONE BEACH FERRINGHI

ALHAMDULILLAH

Kalau buat direct translation , maka Pantai Batu Ferringhi akan menjadi Stone Beach Ferringhi hehehe

Malam ni malas rasanya nak menulis, penat pasal baru 2-3 bapak start jogging semula setelah aktiviti tu terhenti bermula puasa hingga dah habis raya sebulan. Jadi badan ada lenguh2 sikit pasal faham2 jelah,kita semakin berumur, semua sendi2 dah longgar

Jadi layan jelah  gambaran persekitaran pantai yang terletak di depan Hotel Batu Keras tu