ALHAMDULILLAH
Memang dah nak ujung2 tahun ni, aku agak sibuk jugak menguruskan kebun2 getah hingga rasa kepenatan jugak pasal terkejar2 sebelah paginya di kebun dan petangnya pegi pulak jual getahnya dan kekadang selang sehari aku merayau jual getah sampai ke JB .
Dah 3 kali minggu ni mak itam aku ajak temankan aku bila lepas zohor je aku terpaksa ke JB .
Kira sekarang dari kebun aku tepi hutan nak ke JB dah tak sukar kerana lebuhraya E22 menjadikan perjalanan ke JB dalam lebih kurang 30-45 minit je berbanding nak ikut jalan lama dari tepi hutan ke HC dulu dan sambung lagi ke JB hingga memakan masa 1 1/2 jam jugak .
Nak cepat, bayar jelah tol yg bermula dari Desaru dan keluar di Ulu Tiram dalam 8 ringgit lebih juga.
Semalam lepas zohor aku ajak lagi mak itam ke JB,
Tanyanya
"Apa upahnya ?"
Jawab ku ringkas
"Nanti belanja Salmon Berasap petang nanti bila dah habis urusan"
Jadi lebih kurang jam 5.00 petang segala urusan selesai.
Alhamdulillah
Maka bertolak balik masuk Plaza Tol Ulu Tiram tapi tak menghala ke Desaru. Korner kiri menghala ke JPO kerana nak tunaikan janji belanja Salmon Berasap kat Coffea Bean di JPO.
Minta maaf kerana foto Salmon Berasap tak ambik kerana semua dah habis masuk dalam perut. Tu pun foto kat sini semalam aku layan dengan HP Cokia je. Pekena segelas Caramel Latte buat mata dan badan segar seketika .
Last sekali aku pegi sini pekena Salmon Berasap kalau tak salah aku masa berbuka puasa 2 bulan sudah . Kekadang bukan apa, datang gian nak pekena Caramel Latte , mana nak korek kat teratak kami tepi hutan ni . Tu yang start motor berdesup pekena segelas dua dan lepas tu balik .
Semalam pengunjung kat sini tak ramai, maklumlah hari kerja . Aku cukup suka kalau tak ramai orang, rasa relax dan tenang je.
Nak2 sekarang ni semenjak dua menjak Legoland dah bukak , pasti JPO ni bila hujung minggu mau macam pasar gesel .
Lepas bermagrib kat surau kecil di sana, baru aku bertolak balik tepi hutan mengharungi lebuhraya E22 yang kalau malamnya sunyi sekali walaupun baru jam 8.00 malam.
salam bapak,
BalasPadamcemane rupa salmon berasap tu ya? saya suka salmon..yang raw..slice nipis2 dan perah lemon..hmm yummy!
walaikumsalam
Padamsalmon banyak khasiat omega 3
alaaa smoked salmon laaa hehehe
saya pun suka salmon..selalu kalo masak sy wat black pepper grill bila mkn luar suka gi tepayki..nak gak tgk rupa salmon berasap tu
BalasPadamsmoked salmon la hehehe
Padamsedap pasal ada telur dan salad dan macam2 makan dengan roti
blogwalking. cari kawan kaki jalan. moga bole share2 info pasni 8-)
BalasPadamterima kasih sudi singgah
PadamSalam bapak. Selain pelekat gombang, saya jugak dah terlekat dengan frasa pasar gesel tu. Tapi saya dah "utarakan" jadi pasar senerih. Lebih kurang sama ja maknanya dengan gesel, kehkeh.
BalasPadamSaya pun suka pi shopping mall pada hari bekerja, takla dok senerih bahu dengan ramai orang. Aman damai :)
waalaikumsalam
Padamhehehe
kalau crowded sgt rasa tak seronok
karang tergesel sana,tergesel sini , tersondol sana hehehe
tuhdia punya upah..
BalasPadambapak, lense baru ka?
dia punya upah a.k.a offer mesti baik hehehe
Padambapak guna hp lumia mak itam punya je
tgh survey nak angkat d600 FX , sekarang baru keluar tgh mahal, dkt 8K++