WARGA SCP

Khamis, Februari 21, 2013

PART 49 : ALCATRAZ BAPAK MAI

ALHAMDULILLAH

Tongkang mula meninggalkan Pier 33  menuju  ke Alcatraz. Alcatraz ni kalau kat Tanah Melayu kira macam Pulau Jerejak . Tapi kat Alcatraz ni ,bukan-bukan calang penjenayah yang ditempatkan di sini.Kira penjenayah kat sini jenis "hati kering dan kontang" . Depa semua jenis tak takut untuk melakukan apa2 pun. 

Alcatraz juga terkenal dengan jolokan panggilan manjanya "The Rock". Pada tahun 1868, tahanan perang akan ditempatkan di sini hinggalah tahun 1933, ia dijadikan pula penjara persekutuan dan ditutup pada tahun 1963.

Tahun 1969 pula, kaum asli America iaitu puak Red Indian menduduki Alcatraz sebagai sebagai dari protes mereka kepada kerajaan supaya mengiktiraf kaum mereka kerana sering dipinggirkan.Tu sebab aku tertanya-tanya, apasal pulak terdapat contengan dengan cat merah "INDIANS WELCOME" di sebuah dinding semasa menghampiri Alcatraz.




Pasti menyeronokan kunjungan kami ke Alcatraz kerana aku bab2 sejarah ni memang minat lagi dulu lagi hingga SPM aku sejarahnya A. Tapi satu je yang terus terang aku katakan , kami sebenarnya kesejukan dan kedinginan yang teramat sangat kerana angin bertiup kencang jugak . Matahari pulak bersembunyi dicelah kepulan awan.


Mak Itam kira complete pakaiannya ketika ke sini serta glove sedang aku hanya gunakan light jacket dan kepala pun terdedah menyebabkan aku rasa telinga aku kalau boleh menjerit,pasti dia jerit suruh tutup. Takut jugak kerana org selalu kena frosbite kat jari, aku pulak kena frosbite kat telinga hahaha

Memang berbeza sekali dinginnya dengan tanah besar San Francisco.

kedinginan hingga merah dah pipi
kira pipi aku dan telinga aku pun sama merah hahaha



Alcatraz ni keluasannya dalam 22 ekar je menempatkan penjara utama , dewan makan, library, rumah api, rumah warden dan beberapa binaan lagi yang sehingga kini dipelihara dan dipulihara sebagai warisan sejarah pembinaan negara hingga diletakkan dibawah kategori Golden Gate National Recreration Area dan diuruskan oleh pihak berkuasa di bawah National Park Service, 

Tapi kalau kat Tanah Melayu , aku rasa habis dah Alcatraz ni  ditelan pembangunan akibat kerakusan.......

Puak asli Amerika dulu kala cukup takut dengan pulau Alcatraz ni hingga mereka mengelarnya Pulau Syaitan atau "Evil Island" ."La Isla de los Alcatraces," adalah nama asal Alcatraz yang membawa maksud "The Island of the Pelicans" diberikan oleh sorang yang berbangsa Sepanyol yang memula menemui pulau ini kerana masa tu Alcatraz ni kira tempat koloni burung pelican membiak.


Ternampak kelibat bangunan di Alcatraz, aku dah tak sabar2 nak turun sebagaimana penumpang lain yang agak ramai dalam ferry pagi ni. Angin yang bertiup agak kencang menambahkan lagi kedinginan menyebabkan aku rasa telinga aku dah mula kebas.

Ferry merapati dok tepi dengan perlahan2 diawasi beberapa petugas berseragam jacket pvc hijau tebal sebagai pakaian rasmi National Park Service . Memang cekap sungguh petugas2 mereka serta menjalankan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Aku kalau pegi tempat orang,bab2 mcm ni memang sering aku perhatikan sebagai satu perbandingan budaya kerja mereka berbanding tempat kita sendiri.

Alcatraz, Bapak Mai ...

peninggalan ratusan tahun masih kekal utuh terpelihara









Selasa, Februari 19, 2013

PART 48 USA : MENDAYUNG KE ALCATRAZ

ALHAMDULILLAH

Kita tinggalkan sebentar cerita di Disneyland Park California sementara mereka tengah berbaris. Nanti aku bawa lintas langsung siaran tertunda  "Disney Parade" jika berkesempatan.

Pagi ni aku nak bawak kalian kita pi mendayung ke  Alcatraz. 

Jarak antara Los Angeles dengan Alcatraz yang terletak di San Francisco lebih kurang 410 batu . Aku ni lemah matematik. Dalam km berapa ya ???

Jalan ke sana banyak tapi kalau nak mudah kita gunakan  Route 5 memasuki Santa Ana Freeway dan melencong ke Golden State Freeway dan koner lagi ke West Side Freeway sebelum ke Route 580 dan akhir sekali Route 80 dan berhenti kat tepi jeti Pier 33.

Kalau tak berhenti mana2 lebih kurang 6 jam lebih perjalanan . Kira dah dekat 1/2 hari juga. Kerana semua Freeway, maka tak perlu bayar tol.




Apa yang ada kat Alcatraz ni hingga yang menjadi salah satu "Top Destination" kepada para pengunjung tak kira samada dari dalam dan luar negara. Aku sungguh bersyukur kerana aku akan menjejakkan kaki ke Alcatraz . Bila sebelum tu aku kata kat satu minah salleh ni yang aku nak ke San Francisco dan mendayung ke Alcatraz, minah ni teruja kerana dia sendiri tak berpeluang nak ke San Francisco walaupun dia rakyat US sendiri.

Memang US ni besar sesangat dan kekadang rakyat mereka sendiri hanya kira "bermain" di sekitaran mereka sahaja dan tak dapat nak pi tempat lain.

Pagi ni agak berkabus . Dah panjang orang beratur . Harga tiket USD 28.00 p.p.

Bagaimana dengan suhu???
Bolehlah tahan juga dinginnya di pagi hari, namun menghirup udara segar nyaman Teluk San Francisco merupakan satu nikmat Allah yang tak terhingga.





Aku petik kata-kata dari akhbar USA Today , 

"Alcatraz, to the likes of Machine Gun Kelly and other marquee names murderes, it was simply "THE ROCK"...

Kalau kalian pernah menonton cerita "The Rock" lakonan Sean Connery, ceritanya berkaitan dengan banduan yang dipenjarakan di Alcatraz yang mereka ibaratkan macam "neraka dunia". 

Alcatraz ni adalah sebuah pulau sebenarnya yang menempatkan penjenayah yang amat merbahaya ketika itu . Kalau setakat kencing tepi jalan dan kena tangkap polis dan dijatuhkan hukuman, jangan haraplah nak kena penjarakan di Alcatraz hehehe

Kurang2 kalau nak kena penjarakan di Alcatraz, mesti dah rancang atau bunuh dalan 10-20 orang untuk melayakkan kita di penjarakan di Alcatraz.

Terletak di San Francisco Bay 2.4 km dari tanah besar . 1868, ia mula beroperasi sebagai base tentera sehinggalah menjadi penjara yang dikawal ketat hingga tahap maksimum kerana menempatkan para kepala-kepala mafia yang terkenal ketika itu hingga Al Pacino pun pernah dipenjarakan di situ.



Kita kena kena beratur ikut barisan dan akan melalui satu tempat jurugambar profesional mereka yang latarbelakangnya ada lukisan pulau Alcatraz . Nak tak hendak beli takpa, tapi depa tetap ambik gambar kita kerana kalau nak gambaran mcm tu, bermakna kita kena ambil gambar dalam bot sendiri. 

Aku ambil cruise pukul 10.00 pagi untuk ke sana. 10.30 pagi aku dah mula berkayuh ke Alcatraz meninggalkan Pier 33 yang anggaran perjalanan dalam 20-30 minit . Ada dua pilihan tempat duduk untuk kita semasa menaiki tongkang ni samada duduk di dok dalam yang tersedia cafe atau duduk di luar sambil menikmati udara nyaman dan segar dan permandangan pagi yang indah.

Kami ambik keputusan duduk di luar bahagian bontot bot . Kalau orang indonisia kata "buritan bot". Kalau kat kampung kita cakap duduk kat "buritan bot" dengan orang2 tua, mau kita kena lempang pasal dia kata kita mencarut hahaha

Alcatraz Aku Datang

dah macam tajuk filem Istanbul Aku Datang pulak hahaha








bot San Francisco Fire Deparment (SFFD)



Isnin, Februari 18, 2013

USA PART 47 : DISNEY PARADE Part 1

ALHAMDULILAH

Antara yang paling menarik perhatian dan saat yang ditunggu-tunggu sekiranya berpeluang berada dalam dalam Disneyland Park adalah "Disney Parade" yang biasanya diadakan sebanyak 2 sessi dalam sehari pada hari jumaat, sabtu dan ahad pada pukul 1.00 pm dan 3.30 pm manakala hari lainnya hanya sekali je pada pukul 4.00 pm.

Sejam lagi nak berarak, petugas Disneyland dah pasang tali dibeberapa laluan yang akan dilalui perarakkan tersebut.

Lagi 45 minit dah mula , aku dah cari "port" baik kerana kalau lambat , pasti tak dapat bangku utk duduk atau silap haribulan kena berdiri dibelakang pengunjung yang pada aku terlalu ramai hari ini. Maklumlah hari Ahad merupakan hari cuti hujung minggu bagi mereka di US.





Sebenarnya, aku tak menyangka bahawa terlalu ramai umat manusia dalam Disneyland ni hari ini . Kebetulan seperti yang aku katakan hari Ahad . Kebanyakkan muka yang aku temui terdiri dari raut wajah Hispanic yang sebahagian mereka dahulunya datang ke US untuk mencari pekerjaan yang akhirnya menjadi pemastautin tetap  US. 

Memang sana-sini pengunjung macam ulat tak kira kat mana2 sekalipun. Namun suhu yang dingin menjadikan aku tak terlalu rimas . Kalau lihat cara mereka berpakaian, tak percaya yang sekarang musim dingin. Tapi musim dingin di California yang terletak di pantai barat US tidak sedingin negeri yang terletak di pantai timur US. 

Menjelang pukul 10 pagi ke atas , suhu mula meningkat dari 17 darjah celcius hingga ke 21 darjah celcius pada pukul 2-3 petang kira macam dalam bilik berhawa dingin kalau kita kat rumah. Itulah keistimewaan California namun kalau waktu kemuncak musim panasnya pula adalah sangat panasdan kering hingga sering menyebabkan kebakaran hutan sekitar California.






Disneyland kiranya terletak di Anaheim , California dalam Los Angeles County. Memula agak sukar juga aku nak memahami corak pembahagian negeri dan wilayahnya kerana ternyata berbeza sekali dengan negara kita. California ni kiranya ibarat sebuah negeri dan county kira daerahnya.Tapi jangan terperanjat kerana California sendiri mempunyai 58 buah counties dan yang paling terkenal ialah Los Angeles yang merupakan bandar kedua popular di US selepas New York.

Jadi tak hairanlah ia menjadi tumpuan bagi mencari pekerjaan bagi pendatang suatu masa dulu.

Kalau penduduk negara kita mencecah 27 juta orang , Los Angeles County ni pula dengan keluasan hampir 10,515 km persegi mempunyai penduduk hampir 10 juta orang. Aku tak boleh bayangkan yang sebuah daerah saja seperti LA ni dihuni oleh penduduk yang begitu ramai hingga situasi "Bumper to Bumper" di jalanraya yang 8 lorong adalah perkara biasa pada waktu puncak semasa mereka keluar berkerja dan pulang pada petangnya. 

Tapi kalau waktu hujung minggu dan cuti, memang jalan rayanya begitu lenggang sekali macam pagi tadi bila aku ke sini dari hotel penginapan hanya memakan masa tak sampai 20 minit.