ALHAMDULILLAH
Tongkang mula meninggalkan Pier 33 menuju ke Alcatraz. Alcatraz ni kalau kat Tanah Melayu kira macam Pulau Jerejak . Tapi kat Alcatraz ni ,bukan-bukan calang penjenayah yang ditempatkan di sini.Kira penjenayah kat sini jenis "hati kering dan kontang" . Depa semua jenis tak takut untuk melakukan apa2 pun.
Alcatraz juga terkenal dengan jolokan panggilan manjanya "The Rock". Pada tahun 1868, tahanan perang akan ditempatkan di sini hinggalah tahun 1933, ia dijadikan pula penjara persekutuan dan ditutup pada tahun 1963.
Tahun 1969 pula, kaum asli America iaitu puak Red Indian menduduki Alcatraz sebagai sebagai dari protes mereka kepada kerajaan supaya mengiktiraf kaum mereka kerana sering dipinggirkan.Tu sebab aku tertanya-tanya, apasal pulak terdapat contengan dengan cat merah "INDIANS WELCOME" di sebuah dinding semasa menghampiri Alcatraz.
Pasti menyeronokan kunjungan kami ke Alcatraz kerana aku bab2 sejarah ni memang minat lagi dulu lagi hingga SPM aku sejarahnya A. Tapi satu je yang terus terang aku katakan , kami sebenarnya kesejukan dan kedinginan yang teramat sangat kerana angin bertiup kencang jugak . Matahari pulak bersembunyi dicelah kepulan awan.
Mak Itam kira complete pakaiannya ketika ke sini serta glove sedang aku hanya gunakan light jacket dan kepala pun terdedah menyebabkan aku rasa telinga aku kalau boleh menjerit,pasti dia jerit suruh tutup. Takut jugak kerana org selalu kena frosbite kat jari, aku pulak kena frosbite kat telinga hahaha
Memang berbeza sekali dinginnya dengan tanah besar San Francisco.

kedinginan hingga merah dah pipi
kira pipi aku dan telinga aku pun sama merah hahaha
kira pipi aku dan telinga aku pun sama merah hahaha
Alcatraz ni keluasannya dalam 22 ekar je menempatkan penjara utama , dewan makan, library, rumah api, rumah warden dan beberapa binaan lagi yang sehingga kini dipelihara dan dipulihara sebagai warisan sejarah pembinaan negara hingga diletakkan dibawah kategori Golden Gate National Recreration Area dan diuruskan oleh pihak berkuasa di bawah National Park Service,
Tapi kalau kat Tanah Melayu , aku rasa habis dah Alcatraz ni ditelan pembangunan akibat kerakusan.......
Puak asli Amerika dulu kala cukup takut dengan pulau Alcatraz ni hingga mereka mengelarnya Pulau Syaitan atau "Evil Island" ."La Isla de los Alcatraces," adalah nama asal Alcatraz yang membawa maksud "The Island of the Pelicans" diberikan oleh sorang yang berbangsa Sepanyol yang memula menemui pulau ini kerana masa tu Alcatraz ni kira tempat koloni burung pelican membiak.
Ternampak kelibat bangunan di Alcatraz, aku dah tak sabar2 nak turun sebagaimana penumpang lain yang agak ramai dalam ferry pagi ni. Angin yang bertiup agak kencang menambahkan lagi kedinginan menyebabkan aku rasa telinga aku dah mula kebas.
Ferry merapati dok tepi dengan perlahan2 diawasi beberapa petugas berseragam jacket pvc hijau tebal sebagai pakaian rasmi National Park Service . Memang cekap sungguh petugas2 mereka serta menjalankan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Aku kalau pegi tempat orang,bab2 mcm ni memang sering aku perhatikan sebagai satu perbandingan budaya kerja mereka berbanding tempat kita sendiri.
Alcatraz, Bapak Mai ...

peninggalan ratusan tahun masih kekal utuh terpelihara
Salam Bapak
BalasPadamOooo...Alcatraz ni kat amerika ghuper nyer...Keme ingatkan kat Espanol....
Baca tajuk tadi ingat dashyat sungguh Bapak ni balik dari Amerika tu terus ke Spain...sanggup tinggalkan ladang emas gotah tu lama2...hehe...salah tafsiran ghuper nyer Yong....
waalaikumsalam kak yong
PadamYong sebut2 espanol, dahh nak kena pegi hahaha
mmg kami dah plan nak ke Andalusia Spain, tapi masa dan ketika hanya Allah je yang tahu
Salam bapak. Sangat mengkagumkan depa masih mengekalkan Alcatraz ni, boleh jugak dikunjungi pelancong.
BalasPadamComei anak omputeh pipi merah tu, rasa nak geget.
waalaikumsalam ciku
Padamganas ciku nak geget anak omputehh tu hehehe
Alcatraz ni menjana puluhan jutaan ringgit setiap tahun hasil kunjungan pelancong
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamdi KL...ura2 nak dibangunkan penjara pudu tu...
waalaikumsalam atuk
Padamhehehe ura2 nak bangunkan sebagai kompleks komersil perniagaan
Salam bapak
BalasPadamiskk ngeri aaa tengok bangunan tu..
dah tentu ada sejarah yg menggerunkan dalam bangunan tu kan..
waalaikumsalam
Padammmg ngeri sikit , kalau malam sesorang lagi mengerikan krn kat situ bunuh membunuh antara banduan perkara biasa dan banduan di sini semua jenis yang paling ganas yg membunuh jadiperkara biasa pada mereka