ALHAMDULILAH
Antara yang paling menarik perhatian dan saat yang ditunggu-tunggu sekiranya berpeluang berada dalam dalam Disneyland Park adalah "Disney Parade" yang biasanya diadakan sebanyak 2 sessi dalam sehari pada hari jumaat, sabtu dan ahad pada pukul 1.00 pm dan 3.30 pm manakala hari lainnya hanya sekali je pada pukul 4.00 pm.
Sejam lagi nak berarak, petugas Disneyland dah pasang tali dibeberapa laluan yang akan dilalui perarakkan tersebut.
Lagi 45 minit dah mula , aku dah cari "port" baik kerana kalau lambat , pasti tak dapat bangku utk duduk atau silap haribulan kena berdiri dibelakang pengunjung yang pada aku terlalu ramai hari ini. Maklumlah hari Ahad merupakan hari cuti hujung minggu bagi mereka di US.
Sebenarnya, aku tak menyangka bahawa terlalu ramai umat manusia dalam Disneyland ni hari ini . Kebetulan seperti yang aku katakan hari Ahad . Kebanyakkan muka yang aku temui terdiri dari raut wajah Hispanic yang sebahagian mereka dahulunya datang ke US untuk mencari pekerjaan yang akhirnya menjadi pemastautin tetap US.
Memang sana-sini pengunjung macam ulat tak kira kat mana2 sekalipun. Namun suhu yang dingin menjadikan aku tak terlalu rimas . Kalau lihat cara mereka berpakaian, tak percaya yang sekarang musim dingin. Tapi musim dingin di California yang terletak di pantai barat US tidak sedingin negeri yang terletak di pantai timur US.
Menjelang pukul 10 pagi ke atas , suhu mula meningkat dari 17 darjah celcius hingga ke 21 darjah celcius pada pukul 2-3 petang kira macam dalam bilik berhawa dingin kalau kita kat rumah. Itulah keistimewaan California namun kalau waktu kemuncak musim panasnya pula adalah sangat panasdan kering hingga sering menyebabkan kebakaran hutan sekitar California.
Disneyland kiranya terletak di Anaheim , California dalam Los Angeles County. Memula agak sukar juga aku nak memahami corak pembahagian negeri dan wilayahnya kerana ternyata berbeza sekali dengan negara kita. California ni kiranya ibarat sebuah negeri dan county kira daerahnya.Tapi jangan terperanjat kerana California sendiri mempunyai 58 buah counties dan yang paling terkenal ialah Los Angeles yang merupakan bandar kedua popular di US selepas New York.
Jadi tak hairanlah ia menjadi tumpuan bagi mencari pekerjaan bagi pendatang suatu masa dulu.
Kalau penduduk negara kita mencecah 27 juta orang , Los Angeles County ni pula dengan keluasan hampir 10,515 km persegi mempunyai penduduk hampir 10 juta orang. Aku tak boleh bayangkan yang sebuah daerah saja seperti LA ni dihuni oleh penduduk yang begitu ramai hingga situasi "Bumper to Bumper" di jalanraya yang 8 lorong adalah perkara biasa pada waktu puncak semasa mereka keluar berkerja dan pulang pada petangnya.
Tapi kalau waktu hujung minggu dan cuti, memang jalan rayanya begitu lenggang sekali macam pagi tadi bila aku ke sini dari hotel penginapan hanya memakan masa tak sampai 20 minit.
Bestnya pak!!
BalasPadamSaya belum sampai disneyland tu.
tu kira dah ada sebab nak kena pegi tu hehehe
PadamInsya allah di suatu ketika nanti:)
PadamSalam Pak Itam...
BalasPadamHuuuu..gambar-gambarnya sharp..best..cantekk..puas hati tengokkk
Gambar yg ada huruf RDWOO tu suka sgt mama nadz..background daun hijau yang ada rintik2 merah...
waalaikumsalam kak
Padamtu kalau dapat shot guna d600 full frame , lagi meleleh air mata hehehe
rasa nak sambar d600 , tapi rasa membazir pulak krn mana nak letak yg saya selalu pakai ni hehehe
Salam bapak. Ceria ja tengok parade tu :)
BalasPadamTu dia aih, di LA saja ada hampir 10 juta
orang, ramai tu!
walaikumsalam ciku
Padammmg punyalah ramai hingga kereta kat atas jalan raya mcm ulat jengku hehehe
salam bapak,
BalasPadamkalau masuk disneyland ni rasa macam tak mau jadi dewasa kan...nak dok kekal usia kanak-kanak tu je sebab macam2 boleh main tanpa kawalan...nak buat apa pun tak pe, saya paling suka tengok2 kanak-kanak buat perangai dengan mak mak depa kala nak beli toys kat dalam kedai...haha..
masa saya pi disneyland hongkong, ada satu kanak-kanak ni sanggup tidur baring depan kedai sebab nak merayu mak bapaknya belikan dia helicopter mainan...kesian tengok tapi funny..
waalaikumsalam
Padamkita yg dah berumur pun sama naik mcm bebudak bila ke disneyland, merry go round pun kita nak naik hahaah