WARGA SCP

Selasa, Mei 14, 2013

PART 40 TANAH SUCI MAKKAH : MENITI SENJA NAN USANG DARI KAMAR AL MASSA

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH


Lahir ku di dunia ibarat subuh yang menyinsing
Remaja ku di ibarat sang mentari di atas kepala
Berganjak umur ku ibarat meniti senja nan usang

Aku tak tahu bila mentari akan berlabuh 
Moga bekalan ku nanti dapat membantu

Yang Pasti
Kita semua akan sampai ke satu titik perhentian
Titik perhentian yang kekal abadi

Insyallah

Meniti Senja Nan Usang
Kamar Al Massa
Makkah Al Mukarramah
6.20 petang












Isnin, Mei 13, 2013

PART 39 TANAH SUCI MAKKAH : KOS MENGERJAKAN HAJI SECARA PAKEJ SEMAKIN MENINGKAT

ALHAMDULILLAH

Kerana jarak Al Massa yang berdekatan dengan Al Haram, dengan izin Allah , setelah selesai setiap waktu magrib , aku boleh kembali ke penginapan sebentar sebelum kembali semula ke Masjidil Haram untuk solat Isyak pula.

Terkenang dulu semasa aku menunaikan fardhu haji pada tahun 2007. Masa tu kami akan terus dari magrib hingga ke isyak. Apabila dah dekat tiba hari wukuf pula ketika jemaah semua dah berada di Kota Suci Makkah, kami akan berada di Masjidil Haram bermula  dari asar bawak ke magrib dan terus ke isyak . Tu cerita 6 tahun lalu ketika usia ku baru menginjak ke angka 40 masa tu.



Ketika itu walaupun penginapan kami di Firdaus Marwa yang terletak dalam lingkungan 200++ meter dari dataran Masjidil Haram, tapi kerana lautan manusia yang ramai tidak memungkinkan kami pulang ke penginapan yang melalui jalan utamanya ditepi Hilton Tower yang merupakan jalan yang tak pernah lenggang dengan manusia menghala ke Misfala.

Ketika tu kalau keluar dari masjid lepas solat , alamat harapan tipis nak dapat masuk semula .Jadi , aku banyakkan doa ke hadrat Allah masa tu agar wuduk kami terpelihara sepanjang waktu kami berada di masjidil haram. Namun ada sekali dua terkucil jugak hahaha

Maka kenalah keluar jugak ke Hilton Tower lalu ambil wuduk kat toilet je kerana masa tu tiada lagi kemudahan macam sekarang untuk mengambil wuduk yang tersedia berbanding dulu. 

Aku bersyukur yang Allah berikan aku lebih rezeki ketika itu dan dapatlah aku ambil pakej dua orang sebilik dengan Tabung Haji Travel and Services kalau tak salah aku 23k seorang  untuk 45 hari di  sana. Duit yang aku dapat dan simpan dari jual getah masa tu aku gunakan untuk tujuan tersebut .

Aku ketika itu menerima jemputan dari Allah di saat-saat terakhir ketika semua jemaah yang lain ketika itu dah sebulan mengetahui yang mereka telah terpilih menjadi Tetamu Allah . 

Namun walaupun aku menerima jemputan saat-saat terakhir , aku sebenarnya telah bersedia dari awal kerana kesemua kursus yang dijalankan setiap hujung minggu yang kalau tak salah aku dalam dekat 30  kali jugak aku hadiri bersama isteri ku.



Alhamdulillah, seperti biasa masa tu yang penginapan di Madinah ialah Anwar Movenpick betaraf 5 bintang dan ketika di Makkah pula hanya hotel biasa bertaraf 3 bintang je namun pada aku sangat-sangat bersyukur sangat kerana satu bilik berdua dan tak berapa jauh jugak dari Masjidil Haram , namun kalau subuh tetap kena keluar jam 3 pagi dan begitu jugak setiap waktu yang lain kena ke masjid sejam awal dari masuk waktu.

 harga pakej haji tahun 2013
dari sebuah syarikat

Namun kini aku lihat setiap tahun harga menunaikan umrah atau pun haji bagi pakej sentiasa meningkat dan dah tak jumpa harga yang sama masa aku pergi dulu untuk dua orang sebilik sekarang ni yang harganya bermula dari 34k ke atas 

Itu tak dapat dielakkan kerana ketika ini hotel penginapan di Makkah begitu mahal sekali akibat banyak hotel-hotel yang telah dirobohkan bagi membina hotel-hotel baru yang lebih selesa .

Memang rezeki aku ketika itu ,
walaupun penginapan kami di Makkah taklah besar sangat biliknya ketika itu , namun semua cukup dan memadai bagi kami .

Insyallah,
giliran kami akan tiba lagi dalam tahun 2020 . Tak lama dah dalam 6 tahun lebih lagi je dan kami mendaftar semua seisi keluarga dgn kedua anak aku dan tak tahulah masa tu berapalah agaknya harganya ketika itu . Kami nak kena tingkatkan usaha lebih sikit dari sekarang untuk mencukupkan  nanti segala perbelanjaan apa bila tiba masanya nanti kami menerima jemputan nanti kerana pasti ketika itu kosnya meningkat entah berapa pulak untuk kami berempat .

Namun aku serahkan pada Allah kerana Dia Maha Mengetahui dan lagi Maha Pemurah. 


menanti waktu isyak


Selasa, Mei 07, 2013

PART 37 TANAH SUCI MAKKAH : SUASANA PAGI DI HARAM DAN SYARAT-SYARAT TAWAF

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH


Sedikit Perkongsian buat semua

SYARAT-SYARAT TAWAF 
1. Suci daripada hadas besar dan kecil. Jemaah disyaratkan mengambil wuduk sebelum melakukan tawaf. Jika berlaku sentuhan kulit ketika tawaf dengan lelaki/wanita ajnabi (asing), jemaah boleh berpegang dengan satu pendapat daripada mazhab Shafie yang mengatakan tidak batal wuduk sekiranya berlaku sentuhan kulit dengan lelaki/wanita ajnabi melainkan jika sengaja dan timbulnya syahwat.

Bagi wanita dalam haid, dia kenalah tunggu sampai haidnya kering. Seterusnya mandi wajib, ambil wuduk, kemudianya barulah dia boleh melakukan dan menyempurnakan  tawaf.

2. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf. 

3. Menutup aurat sebagaimana di dalam solat. 

4. Tawaf pula hendaklah dimulakan pada sudut atau penjuru Hajarul Aswad.Ada diletakkan lampu hijau kat tepi sebagai panduan.

5. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu. Jika jemaah ditolak akibat berlaku kesesakan ketika tawaf sehingga bahunya lari sedikit daripada binaan Kaabah, maka hendaklah segera membetulkan bahunya itu menghala ke arah bangunan kaabah. 

6. Berjalan itu dengan tujuan tawaf. Jika terdapat jemaah yang berpisah daripada kumpulannya atau pasangannya, lalu dia berjalan selepas itu bertujuan semata-mata untuk mencari kumpulannya atau pasangannya, maka batal pusingan itu sahaja bukannya semua pusingan. 

Namun pelbagai gelagat passti kita temui semasa tawaf.Jangan hiraukan dan fokus kepada tawaf yang sedang kita lakukan.

7. Cukup tujuh keliling dengan yakin. Jikalau was-was ketika tawaf pada bilangan pusingan tawaf, maka hendaklah mengambil jumlah yang terkecil. Contohnya, jika jemaah was-was antara lima (5) pusingan atau enam (6) pusingan, maka dikira masih lima  (5) pusingan, maka jemaah hendaklah mencukupkan satu lagi pusingan. Jikalau tawaf secara berkumpulan, jemaah hendaklah memakai keyakinan sendiri dalam menentukan pusingan tawaf, walaupun bercanggah dengan rakan sekumpulan. Senang cerita kalau was-was, ambillah kiraan pusingan yang terendah sebelum was-was tu timbul. Kalau asyik was-was pun satu penyakit juga dan mau tawaf dari pagi sampai ke malam tak sudah. Bahagian masing-masing.

8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah seperti Hijir Ismail dan Syazarawan. Semasa tawaf , tidak boleh menyentuh bangunan Kaabah, kelambunya, Hijir Ismail dan Syazrawan. 


Ni lah keja aku setiap pagi
masuk ke Masjidil Haram dalam 1-2 jam
lakukan apa yang sepatutnya aku lakukan buat penuhkan
tabung Amanah Saham Akhirat yang aku rasa
memang masih tak penuh dan mencukupi lagi buat ku
untuk menuai dividen dan bonus nya di akhirat kelak


Kalau kat dunia sapa tak cukup duit nak penuhkan kat Tabung ASB
boleh buat pinjaman ASB kat bank-bank yang tawarkan pinjaman
TAPI
kalau Tabung Amanah Saham Akhirat kita tak mencukupi
takda sapa boleh bantu kita masa tu
melainkan  3 perkara sahaja yang kita tinggalkan iaitu
Anak yang Soleh yang mendoakan kedua ibubapanya
Sedekah dan Amal Jariah serta
Ilmu yang bermanafaat yang kita tinggalkan

Jadi sebagai persiapan nanti
renung-renungkanlah samada ada tak antara tiga di atas tu
yang dapat membantu kita kelak .








Rabu, Mei 01, 2013

Aku Masih Di Sini


Aku masih di sini, tak selesai lagi.
Maklumlah hari cuti umum,
doktor bertugas tak ramai.

Moga dipermudahkan segala urusan 
Insyallah