ALHAMDULILLAH
Kerana jarak Al Massa yang berdekatan dengan Al Haram, dengan izin Allah , setelah selesai setiap waktu magrib , aku boleh kembali ke penginapan sebentar sebelum kembali semula ke Masjidil Haram untuk solat Isyak pula.
Terkenang dulu semasa aku menunaikan fardhu haji pada tahun 2007. Masa tu kami akan terus dari magrib hingga ke isyak. Apabila dah dekat tiba hari wukuf pula ketika jemaah semua dah berada di Kota Suci Makkah, kami akan berada di Masjidil Haram bermula dari asar bawak ke magrib dan terus ke isyak . Tu cerita 6 tahun lalu ketika usia ku baru menginjak ke angka 40 masa tu.
Ketika itu walaupun penginapan kami di Firdaus Marwa yang terletak dalam lingkungan 200++ meter dari dataran Masjidil Haram, tapi kerana lautan manusia yang ramai tidak memungkinkan kami pulang ke penginapan yang melalui jalan utamanya ditepi Hilton Tower yang merupakan jalan yang tak pernah lenggang dengan manusia menghala ke Misfala.
Ketika tu kalau keluar dari masjid lepas solat , alamat harapan tipis nak dapat masuk semula .Jadi , aku banyakkan doa ke hadrat Allah masa tu agar wuduk kami terpelihara sepanjang waktu kami berada di masjidil haram. Namun ada sekali dua terkucil jugak hahaha
Maka kenalah keluar jugak ke Hilton Tower lalu ambil wuduk kat toilet je kerana masa tu tiada lagi kemudahan macam sekarang untuk mengambil wuduk yang tersedia berbanding dulu.
Maka kenalah keluar jugak ke Hilton Tower lalu ambil wuduk kat toilet je kerana masa tu tiada lagi kemudahan macam sekarang untuk mengambil wuduk yang tersedia berbanding dulu.
Aku bersyukur yang Allah berikan aku lebih rezeki ketika itu dan dapatlah aku ambil pakej dua orang sebilik dengan Tabung Haji Travel and Services kalau tak salah aku 23k seorang untuk 45 hari di sana. Duit yang aku dapat dan simpan dari jual getah masa tu aku gunakan untuk tujuan tersebut .
Aku ketika itu menerima jemputan dari Allah di saat-saat terakhir ketika semua jemaah yang lain ketika itu dah sebulan mengetahui yang mereka telah terpilih menjadi Tetamu Allah .
Namun walaupun aku menerima jemputan saat-saat terakhir , aku sebenarnya telah bersedia dari awal kerana kesemua kursus yang dijalankan setiap hujung minggu yang kalau tak salah aku dalam dekat 30 kali jugak aku hadiri bersama isteri ku.
Alhamdulillah, seperti biasa masa tu yang penginapan di Madinah ialah Anwar Movenpick betaraf 5 bintang dan ketika di Makkah pula hanya hotel biasa bertaraf 3 bintang je namun pada aku sangat-sangat bersyukur sangat kerana satu bilik berdua dan tak berapa jauh jugak dari Masjidil Haram , namun kalau subuh tetap kena keluar jam 3 pagi dan begitu jugak setiap waktu yang lain kena ke masjid sejam awal dari masuk waktu.
harga pakej haji tahun 2013
dari sebuah syarikat
dari sebuah syarikat
Namun kini aku lihat setiap tahun harga menunaikan umrah atau pun haji bagi pakej sentiasa meningkat dan dah tak jumpa harga yang sama masa aku pergi dulu untuk dua orang sebilik sekarang ni yang harganya bermula dari 34k ke atas .
Itu tak dapat dielakkan kerana ketika ini hotel penginapan di Makkah begitu mahal sekali akibat banyak hotel-hotel yang telah dirobohkan bagi membina hotel-hotel baru yang lebih selesa .
Memang rezeki aku ketika itu ,
walaupun penginapan kami di Makkah taklah besar sangat biliknya ketika itu , namun semua cukup dan memadai bagi kami .
Insyallah,
giliran kami akan tiba lagi dalam tahun 2020 . Tak lama dah dalam 6 tahun lebih lagi je dan kami mendaftar semua seisi keluarga dgn kedua anak aku dan tak tahulah masa tu berapalah agaknya harganya ketika itu . Kami nak kena tingkatkan usaha lebih sikit dari sekarang untuk mencukupkan nanti segala perbelanjaan apa bila tiba masanya nanti kami menerima jemputan nanti kerana pasti ketika itu kosnya meningkat entah berapa pulak untuk kami berempat .
Namun aku serahkan pada Allah kerana Dia Maha Mengetahui dan lagi Maha Pemurah.
Insyallah,
giliran kami akan tiba lagi dalam tahun 2020 . Tak lama dah dalam 6 tahun lebih lagi je dan kami mendaftar semua seisi keluarga dgn kedua anak aku dan tak tahulah masa tu berapalah agaknya harganya ketika itu . Kami nak kena tingkatkan usaha lebih sikit dari sekarang untuk mencukupkan nanti segala perbelanjaan apa bila tiba masanya nanti kami menerima jemputan nanti kerana pasti ketika itu kosnya meningkat entah berapa pulak untuk kami berempat .
Namun aku serahkan pada Allah kerana Dia Maha Mengetahui dan lagi Maha Pemurah.
menanti waktu isyak
Assalamualaikum Bapak,
BalasPadamHari ni semuanya naik.. naik dan terus naik.
Namun alhamdulillah.. rezeki itu ada di mana-mana asal saja ada usaha.
Jemputan-Nya juga perlu otherwise jadilah macam kes terkandas di saat-saat akhir. Nauzubillah..
Expat di Kuwait khabarnya tidak dibenarkan menunaikan Haji dari sini tahun ini.
Kuota terhad akibat dari kerja-kerja penambahbaikan yg masih cergas berlangsung.
Jika benar bagai dikata.. alangkah sedih rasa di hati
Namun tetap dipanjatkan doa agar pihak yg berwajib terbuka hati menambah kuota.
Moga ada rezeki kami tahun ini.
Insya'Allah.. bi'iznillah..
Waalaikumsalam
PadamMmg laaa ni rasanya kuota haji tahun ni terhad krn Al Haram tgh renovate besar-besaran
Tapi kalau Allah dah jemput menjadi tetamunya, takda apa yg dpt menghalangnya
Moga ibuk dijemput menjadi tetamunya, insyallah
Salam bapak. Mahai jugak na. Tapi itu bukan alasannya, kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. In syaa Allah dengan kurniaan rezeki & izin dariNya, akan sampai jugak ke sana.
BalasPadamWaalaikumsalam
PadamBetul tu ciku
Salam pak.
BalasPadamWow mahalnya.
Waalaikumsalam
PadamMmg semakin hari semua kos semakin meningkat