WARGA SCP

Selasa, Mei 07, 2013

PART 37 TANAH SUCI MAKKAH : SUASANA PAGI DI HARAM DAN SYARAT-SYARAT TAWAF

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH


Sedikit Perkongsian buat semua

SYARAT-SYARAT TAWAF 
1. Suci daripada hadas besar dan kecil. Jemaah disyaratkan mengambil wuduk sebelum melakukan tawaf. Jika berlaku sentuhan kulit ketika tawaf dengan lelaki/wanita ajnabi (asing), jemaah boleh berpegang dengan satu pendapat daripada mazhab Shafie yang mengatakan tidak batal wuduk sekiranya berlaku sentuhan kulit dengan lelaki/wanita ajnabi melainkan jika sengaja dan timbulnya syahwat.

Bagi wanita dalam haid, dia kenalah tunggu sampai haidnya kering. Seterusnya mandi wajib, ambil wuduk, kemudianya barulah dia boleh melakukan dan menyempurnakan  tawaf.

2. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf. 

3. Menutup aurat sebagaimana di dalam solat. 

4. Tawaf pula hendaklah dimulakan pada sudut atau penjuru Hajarul Aswad.Ada diletakkan lampu hijau kat tepi sebagai panduan.

5. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu. Jika jemaah ditolak akibat berlaku kesesakan ketika tawaf sehingga bahunya lari sedikit daripada binaan Kaabah, maka hendaklah segera membetulkan bahunya itu menghala ke arah bangunan kaabah. 

6. Berjalan itu dengan tujuan tawaf. Jika terdapat jemaah yang berpisah daripada kumpulannya atau pasangannya, lalu dia berjalan selepas itu bertujuan semata-mata untuk mencari kumpulannya atau pasangannya, maka batal pusingan itu sahaja bukannya semua pusingan. 

Namun pelbagai gelagat passti kita temui semasa tawaf.Jangan hiraukan dan fokus kepada tawaf yang sedang kita lakukan.

7. Cukup tujuh keliling dengan yakin. Jikalau was-was ketika tawaf pada bilangan pusingan tawaf, maka hendaklah mengambil jumlah yang terkecil. Contohnya, jika jemaah was-was antara lima (5) pusingan atau enam (6) pusingan, maka dikira masih lima  (5) pusingan, maka jemaah hendaklah mencukupkan satu lagi pusingan. Jikalau tawaf secara berkumpulan, jemaah hendaklah memakai keyakinan sendiri dalam menentukan pusingan tawaf, walaupun bercanggah dengan rakan sekumpulan. Senang cerita kalau was-was, ambillah kiraan pusingan yang terendah sebelum was-was tu timbul. Kalau asyik was-was pun satu penyakit juga dan mau tawaf dari pagi sampai ke malam tak sudah. Bahagian masing-masing.

8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah seperti Hijir Ismail dan Syazarawan. Semasa tawaf , tidak boleh menyentuh bangunan Kaabah, kelambunya, Hijir Ismail dan Syazrawan. 


Ni lah keja aku setiap pagi
masuk ke Masjidil Haram dalam 1-2 jam
lakukan apa yang sepatutnya aku lakukan buat penuhkan
tabung Amanah Saham Akhirat yang aku rasa
memang masih tak penuh dan mencukupi lagi buat ku
untuk menuai dividen dan bonus nya di akhirat kelak


Kalau kat dunia sapa tak cukup duit nak penuhkan kat Tabung ASB
boleh buat pinjaman ASB kat bank-bank yang tawarkan pinjaman
TAPI
kalau Tabung Amanah Saham Akhirat kita tak mencukupi
takda sapa boleh bantu kita masa tu
melainkan  3 perkara sahaja yang kita tinggalkan iaitu
Anak yang Soleh yang mendoakan kedua ibubapanya
Sedekah dan Amal Jariah serta
Ilmu yang bermanafaat yang kita tinggalkan

Jadi sebagai persiapan nanti
renung-renungkanlah samada ada tak antara tiga di atas tu
yang dapat membantu kita kelak .








10 ulasan:

  1. Semasa tawaf tu kadang-kadang saya nampak macam-macam jenis manusia, ada juga wanita yang dedahkan rambut semasa tawaf dan ada yang selamba berbual-bual dengan handphone.

    Betul kata Rezeki tu, terpesong niat semasa tawaf juga dikira batal dan kena ulang.

    Terima kasih dengan panduan ini. InsyaAllah kami akan berangkat pada 23 Mei nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg memacam gelagat pasal depa ni kurang tertib sikit berbanding org kita

      Alhamdulillah
      moga perjalanan akak sekeluarga dipermudahkan
      insyallah

      Padam
  2. As salam....baca entry2 yang bapak tulis...semakin menggamit rindu....tapi rezeki belum cukup untuk ke sana lagi......suke sangat dengan gambar di atas....minta izin untuk gunakan sebagai wallpaper d PC saya boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Insyallah, pasti sampai lagi nanti ke sana
      Ambillah mana foto yg berkenan
      bak kata org arab halal,halal hehe

      Padam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    rinduuuuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam atuk

      jommmm ke sana hehe

      Padam
  4. assalam bapak...

    datang lagi baca entry. semakin baca, semakin terasa nak pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah]

      insyallah , suatu ketika nanti pasti dijemput ke sana

      Padam
  5. Salam bapak. Boleh dijadikan rujukan di masa depan nih.

    Saya takdak anak, maka tinggai 2 perkara sajalah yg dapat membantu, itupun belum tentu cukup, huhuu..

    Bapak, tangan sapa yg berbulu dalam gambaq last tu? Opsss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      jangan risau ciku pasal yg pasti ciku sebagai ciku tentu banyak memberi ilmu yang bermanafaat buat anak2 murid ciku, itulah sebenarnya kelebihan pada seorang guru yg takde pada org lain kerana sentiasa menyampaikan ilmu yg bermanafaat

      entah tangan bangla mana hehehe

      Padam