WARGA SCP

Rabu, Februari 19, 2014

PART 77 USA : PEACE ON EARTH DAN DOWNTOWN LA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Kita sering dimomokkan dengan kesukaran yang bakal dihadapi untuk menjejakkan kaki ke bumi Uncle Sam bermula dari permohonan untuk mendapatkan visa lagi yang memerlukan kita melakukan segalanya secara sendiri . Kalau nak ke Aussie,cukup sekadar ETA Visa sahaja. Tapi visa US ni agak banyak maklumat yang agak teliti sampai nama atok sekali pun kena isikan serta sessi interview di US Embassy.

Masalah pertama yang aku hadapi masa nak apply US Visa ni adalah masalah foto yang diambil di kedai gambar kat High Castle yang tidak menepati apa yang digariskan dan dikehendaki mengikut garis panduan yang diberikan . Terpaksa 3 kali juga ambik gambar hingga kali ketiga, aku siap printkan sekali garis panduan berkaitan contoh foto yang mesti diikuti. 

Aku tak salahkan budak yang jaga kedai tu pasal mungkin ini kali pertama mereka mengambil foto untuk US Visa .Kalau foto untuk Visa Umrah, tak susah. 


nampak cikai je bas awam depa kat downtown LA

 melambak hop in hop off bas ni

Kali pertama lepas snap foto aku,depa dok touchup dengan photoshop sebelum depa cuci gambar tu sedangkan ikut peraturan dan garis panduan tu, foto mesti yang asli tanpa ada proses editing langsung. Kalau kat muka ada tahi lalat beso penumbuk sekali pun atas muka sebenar,maka fotonya juga mesti sebegitu.

Kali kedua pula ialah jarak dan saiz foto tak ikut garis panduan. Kali ketiga baru ok. Jadi melambakkan foto kami yang telah dicuci sedangkan nak pakai 4 keping je termasuk sekeping foto yang hantar secara atas talian. Tapi bayar duit gambar tu sekali je pasal salah mereka.

lepak kejap kat area Peace on Earth LA

Semasa mengisi butiran peribadi yang memang panjang berjela hingga 6-7 halaman secara atas talian, setelah selesai dan cetak setiap halaman , masalah paling serius timbul apabila tarikh lahir sudah tak sama dengan yang tertera dalam passport antarabangsa aku kerana masa isi tarikh lahir, aku sudah ikut format dd/mm/yyyy macam biasa sedangkan US pakai mm/dd/yyyy.Manakala dah save pula dan sistem mereka terus "lock" sebagai langkah keselamatan . 

Alhamdulillah, lepas aku call "helpdesk" bahagian visa US Embassy, depa betulkan.




Semua urusan visa dah settel setelah pasport antarabangsa kita yang telah berada di tangan baru merupakan satu langkah awal sebenarnya untuk menjejakkan kaki ke bumi US . Kat situ je RM512.00 satu kapla dah terbang untuk visa tu . Kalau gagal interview ,maka arakian kira hanguslah pelaburan awal RM512.00 tu. Kalau lulus memang berbaloi sebenarnya kerana RM512.00 bahagi 10 tahun visa yang diluluskan hanya RM52.00 setahun je .

Langkah besar kedua bermula untuk merealisasikan impian menjejakkan kaki ke bumi Uncle Sam adalah untuk menempah dan mendapatkan tiket kapal terbang ke sana . Kalau nak ke bahagian barat US seperti California dan kawasan sewaktu dengannya, maka syarikat penerbangan yang berpengkalan di Asia Timur seperti Hong Kong , Taiwan , Jepun atau China menjadi keutamaan kerana ia akan memendekkan masa penerbangan dan begitu juga rega tiket . Banyak pilihan sebenarnya seperti Cathy Pacific yang pastinya akan transit di Hong Kong, MAS yang akan transit di Narita atau Taiwan dan beberapa penerbangan lain.Tapi MAS mahal bangat tiketnya berbanding Cathy Pacific.

Kalau nak ke Timur US pula seperti New York dan kawasan yang sewaktu dengannya, lagi banyak pilihan penerbangan yang semestinya berpengkalan di Asia Barat seperti Qatar Airways, Etihad, Kuwait Airways dan Emerates .

Pilihan ditangan kita dan lagi best jika syarikat penerbangan itu kira dalam kelompok geng "One World" yang mana bagasi untuk terbang pergi dan balik ke US adalah 2 beg x 23kg satu bag untuk seorang penumpang. Ingat, satu beg tak boleh lebih dari 23 kg kerana mereka agak strict sikit kerana mereka dah bagi sorang 2 bagasi untuk check in . Itu tak termasuk hand luggage, handbag utk perempuan dan satu beg sandang untuk komputer atau kamera.




Aku masa pegi tak jadi hal dan hanya 2 beg saja untuk check in bagi kami berdua. Yang paling penting masa balik kerana tetahu jelahh, kalau pegi US tak beli borong apa2 yang berkenan depan mata seperti handbag atau pakaian, memang rugi teramat sangatlah kerana terlampau murah sesangaaatttttttt.Jadi pegi 2 beg besar, balik boleh tambah lagi 2 bag besar tanpa perlu membayar lebihan bagasi.

Pilihan dengan penerbangan Cathy Pacific dari KLIA merupakan satu pilihan tepat untuk ke Pantai Barat US . Jarak penerbangan KL-HK dalam 3-4 jam lebih merupakan persediaan sebenarnya untuk menempuh satu perjalanan yang amat panjang nanti dari HK-LAX yang memakan masa 14-16 jam lagi .




Satu bajet besar juga perlu disediakan kalau berhajat berada lama di sana dalam tempoh antara 2-3 minggu. Tiket flight je dah hampir 4000++ seorang kalau kita memilih penerbangan yang transitnya hanya sekali sahaja dan masa transit yang tak lama antara sejam dua sahaja. Jadi sempatlah dulu kalau nak solat ke dan luruskan kaki dulu sebelum terperuk dalam perut kapal terbang dalam jangkamasa yang lama. Ada jugak flight yang murah , tapi kena transit sampai 5-10 jam dan transit 2 kali menyebabkan kalau dihitung jangkamasa semua melebihi 24 jam dan hingga yang ada sampai 28-32 jam.

Terpulanglah memasing ikut selera .

Masalah hotel pula tak perlu risau melambak dan rerata hotel kat sana dalam USD 100 belum campur VAT dan service charge. Tu kira 4 star punya hotel .Untuk menjelajahi bumi US , tak perlu risau . Banyak cara yang boleh kita lakukan . Di hotel penginapan,melambak brocure company yang mengendalikan pelbagai pakej pelancongan setempat yang semua boleh dibuat tempahan atas talian di hotel.Mereka akan pickup kita di hotel tapi perlu ingat, jangan pulak bawak budaya melayu kita part "janji melayu". Kalau depa kata pickup pukul 6 pagi , pastikan kita dah tunggu kat lobby hotel ikut masa . 

Kalau janji melayu buat kenduri lepas isyak, kan masanya panjang pasal lepas isyak akan membawa sebelum subuh hehehe

Untuk pergi ke suatu tempat dari suatu tempat juga tak perlu risau. Sewa kereta boleh , naik bas boleh ikut ground pakej yang ditawarkan atau kalau jauh, boleh naik domestik flight.

Ok , cukup setakat pagi ni dulu bebelan aku, aku nak sambung noreh pasal nak penuhkan tabung buluh aku untuk next trip ke US yang akan datang kerana sekali ke US anggaran kasar termasuk flight+hotel+makan+entrance fee+transport dan paling banyak soping moping mau dalam 40k++ berdua  utk 2-3 minggu.

Hehehehe
Sekadar angan2 je pasal angan2 kan tak perlu keluar duit
hahaha











boleh ronda naik bas takde bumbung
keliling bandar




area kawasan american latin
banyak mexico

Isnin, Februari 10, 2014

ANAK SINGA JANTAN AKU DAH BESAR

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Lama tak jenguk dan update SCP. Bukan apa, kerja banyak dan cuti pun banyak dari bulan lepas dan bulan ni. Masa noreh , aku noreh bebetul dan tiba cuti panjang pula, aku cuti  bebetul  walaupun tak ke mana-mana pun . Melepak je kat rumah dengan anak kucing dan anak-anak yg kebetulan depa pun cuti panjang sebelum semester baru dibuka . Maka SCP aku tak update pun.

Kalau dulu ke mana-mana kami bergerak, pasti kedua-dua anak kami akan ikut sama . Laaaa ni depa dah besar dan tak duduk dengan kami. Maka gantinya sekarang ni adalah dua ekor anak singa yang aku bela ni .

Kalau hujung minggu kami ke teratak di pekan HC, depa pun sekali ikut sama masuk kereta . Tapi aku masukkan dia dalam sangkar masa dalam kereta. Kalau tak, karang habis dia merayau satu kereta masa aku memandu kerana bukan tahu duduk diam dedua ekor ni.

Teddy dah besar sekarang dan boleh tahan gemuk jugak . Mana tak gemuk , makan tidur main  adalah rutin sehariannya sama dengan adiknya Penny.

Time tidur, dedua ekor ni tak boleh tidur sama kami dan akan tidur bilik mereka sendiri. Kalau tak, ada je tengah baru nak terlelap, Teddy akan melompat atas katil dan kejutkan aku .

Ni aku nak buat keja pun tak boleh pasal dia dah duduk kat atas meja kerja aku . Aku suruh dia beralih, dia buat tak tahu je . Dia nak aku main2 sama dia suruh aku gosok kepala dia . 

Kalau mak itam balik noreh , akan di timang kedua2 ekor anak singa ni dulu . Nak timang aku berat sangat, timang kucing le gamaknya hehehe




Teddy dah konker meja kerja aku


terus tutup mata
bila flash hp menyala 
hehehe

Rabu, Januari 22, 2014

PART 76 USA : AROUND DOLBY THEATRE, HOLLYWOOD

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
selalu red carpet kat sini
aku datang "no carpet"


6801 Hollywood Blvd, Hollywood, CA 90028, United States

Dolby Theatre yang dulunya dikenali dengan nama Kodak Theatre merupakan sebuah auditorium yang terkenal di US kerana disitulah saban tahun Grammy Awards Ceremonies diadakan . Lepas aku merempit kat kat Hollywood Blvd tadi mengendap paparazi, aku teruskan langkah aku merayau di kawasan sekitaran Dolby Theatre pula.Tak jauh ,hanya sepelaung je dari Walk of Fame yang terkenal tu.

Aku tak masuk pun kat dalam . Kalau nak masuk dalam kena ikut tournya dan beli tiket serta akan dibawa oleh pegawai mereka dalam 30 minit untuk meninjau dalaman Dolby Theatre serta melawat ruang VIP  . Jadi aku hanya melepak di bahagian luarnya sambil hirup udara pagi yang segar dan nyaman .Katanya dalamnya beso sesungguh dan cantik .




Cuaca pagi cerah dan dingin. Tapi dingin di Los Angeles tak sedingin di New York bila tiba musin sejuk. Sesejuk ni biasalah , teringat kat teh tarik dan keenakkan nasi lemak dengan sambal sotong dan telur mata lembu yang dah hampir dua minggu tak jumpa. Selalunya kalau ada rezeki bercuti ke luar negara, kebiasaannya aku angkut sekali "mini rice cooker" tu serta bahan makanan yang dah siap dalam pek-pek tu . Tapi entah macam mana kali ni ke US, aku langsung tak tergerak bawak benda alah tu. Cuma aku bawak "maggi in my cup" je .

Jadi masuk minggu ke 2 aku kat sini, aku dah mula teringat nasi. Kata orang utara "kebuloq nasi".Corak pemakanan aku berubah 360 darjah di sini. Sarap pagi dengan roti dan telur , pankek dan sewaktu dengannya seperti cereal disamping buah-buahan. Memanglah memacam makanan disediakan kat hotel semasa bersarapan, tapi yang pasti tak halal.

Kalau tengahari aku dok makan kat Pizza Hut jika berkesempatan menyinggah dan makan 100% vegetarian pizza . Sebelum tu puaslah tanya bahan-bahan yang mereka gunakan dan lepas puashati, tawakkal pada Allah dan berserah setelah melakukan apa yang termampu dan sepatutnya.


Sign Hollywood yg terkenal jelas kelihatan dari sini
terletak di Mount Lee
Panjangnya 450 kaki serta tinggi tulisan tu 45 kaki

Seingat aku masa ke Africa dulu, aku angkut satu beg penuh dengan bekalan makanan dan takda masalah nak makan kat sana masa tu.Masa tu kat 3 minggu juga aku di sana. Masa pi Turkey pula,yang rata-rata 99% menjual makanan halal dan boleh lengang kangkung tak payah bawak apa2 bekalan makanan ke sana. Kalau di UK terutama di London , bersepah kedai jual makanan halal . Sebut dan carilah nak makan apa di sekitar London.Kebab , beriyani, tandori, lempeng . Semua ada . 

Tapi kat US ni memang susah sikit . Maka oleh sebab tak jumpa nasi, berat aku pun turun jugak dalam 3-4 kg.Wah, ini sudah bagus. Boleh jadikan alasan nak ke US lagi pasal nak turunkan berat badan dengan pantas tanpa bersenam hahahahaha


selai USD 5.99 ,beli tiga hanya 12.99



baik punya spot utk rakamkan mercu tanda Hollywood

Sambil rayau-rayau kat sini, leka aku dok melayan  dslr aku merakamkan panorama sekitarannya yang tenteram. Aku dok lihat apalah yang dibuat dek pengunjung kat atas tu. Rerupanya depa dok ambik gambar mercutanda Hollywood yang terkenal tu . Tulisan HOLLYWOOD kat lereng bukit jelas kelihatan dari sana. Aku macam nak naik je, tapi malas lah pulak. pengabis aku shoot dari bawah je .

Puas lepak kat situ , aku pun mula beredar semula ke Walk of Fame kerana depa ada minta aku tinggalkan cop tangan dan kaki aku kat situ sebagai kenangan-kenangan kerana mereka menyangka aku filem star terkenal hehehe



senibina mirip senibina egypt




El Capitan Theatre yang terkenal di seberang sana

tu drebar hip hop aku dok laung nama aku "Papa Black,Papa Black"
ajak round sekitar town