WARGA SCP

Rabu, Januari 22, 2014

PART 76 USA : AROUND DOLBY THEATRE, HOLLYWOOD

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
selalu red carpet kat sini
aku datang "no carpet"


6801 Hollywood Blvd, Hollywood, CA 90028, United States

Dolby Theatre yang dulunya dikenali dengan nama Kodak Theatre merupakan sebuah auditorium yang terkenal di US kerana disitulah saban tahun Grammy Awards Ceremonies diadakan . Lepas aku merempit kat kat Hollywood Blvd tadi mengendap paparazi, aku teruskan langkah aku merayau di kawasan sekitaran Dolby Theatre pula.Tak jauh ,hanya sepelaung je dari Walk of Fame yang terkenal tu.

Aku tak masuk pun kat dalam . Kalau nak masuk dalam kena ikut tournya dan beli tiket serta akan dibawa oleh pegawai mereka dalam 30 minit untuk meninjau dalaman Dolby Theatre serta melawat ruang VIP  . Jadi aku hanya melepak di bahagian luarnya sambil hirup udara pagi yang segar dan nyaman .Katanya dalamnya beso sesungguh dan cantik .




Cuaca pagi cerah dan dingin. Tapi dingin di Los Angeles tak sedingin di New York bila tiba musin sejuk. Sesejuk ni biasalah , teringat kat teh tarik dan keenakkan nasi lemak dengan sambal sotong dan telur mata lembu yang dah hampir dua minggu tak jumpa. Selalunya kalau ada rezeki bercuti ke luar negara, kebiasaannya aku angkut sekali "mini rice cooker" tu serta bahan makanan yang dah siap dalam pek-pek tu . Tapi entah macam mana kali ni ke US, aku langsung tak tergerak bawak benda alah tu. Cuma aku bawak "maggi in my cup" je .

Jadi masuk minggu ke 2 aku kat sini, aku dah mula teringat nasi. Kata orang utara "kebuloq nasi".Corak pemakanan aku berubah 360 darjah di sini. Sarap pagi dengan roti dan telur , pankek dan sewaktu dengannya seperti cereal disamping buah-buahan. Memanglah memacam makanan disediakan kat hotel semasa bersarapan, tapi yang pasti tak halal.

Kalau tengahari aku dok makan kat Pizza Hut jika berkesempatan menyinggah dan makan 100% vegetarian pizza . Sebelum tu puaslah tanya bahan-bahan yang mereka gunakan dan lepas puashati, tawakkal pada Allah dan berserah setelah melakukan apa yang termampu dan sepatutnya.


Sign Hollywood yg terkenal jelas kelihatan dari sini
terletak di Mount Lee
Panjangnya 450 kaki serta tinggi tulisan tu 45 kaki

Seingat aku masa ke Africa dulu, aku angkut satu beg penuh dengan bekalan makanan dan takda masalah nak makan kat sana masa tu.Masa tu kat 3 minggu juga aku di sana. Masa pi Turkey pula,yang rata-rata 99% menjual makanan halal dan boleh lengang kangkung tak payah bawak apa2 bekalan makanan ke sana. Kalau di UK terutama di London , bersepah kedai jual makanan halal . Sebut dan carilah nak makan apa di sekitar London.Kebab , beriyani, tandori, lempeng . Semua ada . 

Tapi kat US ni memang susah sikit . Maka oleh sebab tak jumpa nasi, berat aku pun turun jugak dalam 3-4 kg.Wah, ini sudah bagus. Boleh jadikan alasan nak ke US lagi pasal nak turunkan berat badan dengan pantas tanpa bersenam hahahahaha


selai USD 5.99 ,beli tiga hanya 12.99



baik punya spot utk rakamkan mercu tanda Hollywood

Sambil rayau-rayau kat sini, leka aku dok melayan  dslr aku merakamkan panorama sekitarannya yang tenteram. Aku dok lihat apalah yang dibuat dek pengunjung kat atas tu. Rerupanya depa dok ambik gambar mercutanda Hollywood yang terkenal tu . Tulisan HOLLYWOOD kat lereng bukit jelas kelihatan dari sana. Aku macam nak naik je, tapi malas lah pulak. pengabis aku shoot dari bawah je .

Puas lepak kat situ , aku pun mula beredar semula ke Walk of Fame kerana depa ada minta aku tinggalkan cop tangan dan kaki aku kat situ sebagai kenangan-kenangan kerana mereka menyangka aku filem star terkenal hehehe



senibina mirip senibina egypt




El Capitan Theatre yang terkenal di seberang sana

tu drebar hip hop aku dok laung nama aku "Papa Black,Papa Black"
ajak round sekitar town
 

9 ulasan:

  1. Assalam Pak Itam, Terima kasih atas perkongsian pengalaman di merata dunia. Mohon pencerahan semua lawatan tu atas dasar Free n Easy atau ikut agent pelancongan. wasallam

    BalasPadam
  2. Assalam Pak Itam, Terima kasih atas perkongsian pengalaman di merata dunia. Mohon pencerahan semua lawatan tu atas dasar Free n Easy atau ikut agent pelancongan. wasallam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      kebanyakkannya D.I.Y
      sendiri booking flight,sendiri booking hotel, sendiri sewa kereta dan sendiri rancang nak pi round mana

      Padam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    I love LA 1 helai.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam atuk


      hehehe sebenarnya selai pun saya boleh tak beli i love LA tu hehehe

      next time ya atuk, insyallah

      Padam
  4. Salam. Gambar2 cantik dan pengalaman yang hebat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam uncle

      thanks uncle
      rasa2 mcm hujung tahun ni nak ke US lagi kalau ada rezeki

      Padam
  5. Assallamualaikum Pak Itam,
    mama Nadz suka membaca coretan lawatan ini, suasana yang dipaparkan nampak aman tenteram, tak sibuk..tak ada pendatang Indon atau bangla melepak atau bercelaru dengan penduduk situ..suka sangat merasai sejuk di negara orang..
    mama nadz nak kena habiskan baca entri tertunggak Pak itam ni....sebab lama benar tak ziarah dan update blog....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      kat sana tak crowded sgt pasal bumi america terlalu besar , kat disneyland terutama hujung minggu sesak bangat pasal depa dok bawak anak2 pi sana , penuh dgn hispanic yg dah jadi warganegara US

      Padam