Patutnya dah dekat hari raya ni , N3 pun mengembirakan, tapi aku sengaja pilih N3 pasal musibah yang melanda kami sekeluarga bukan sekali tapi 2 kali pada penghujung 2006 dan awal 2007 sebagai peringatan kepada kita semua bahawa sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa .
Dalam kita bergembira , jangan lupakan kedukaan org lain. Bersyukur dengan segala apa yang ditakdirkan dalam perjalanan hidup kita.Sesungguhnya ada hikmah di sebaliknya.
Kenderaan terpaksa diletakkan di Simpang Pasak utk masuk ke KT
Naik bot , bayar RM 10 duit minyak
Surau Simpang Pasak
Seronok budak2 main air
4 km dari bandar
Dah mcm venice
Jabatan laut pun tenggelam
ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.
Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)
Shopping kompleks
Jam besar
Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).
Tindakan paling drastik yang perlu dilakukan umat Islam adalah kembali kepada Islam itu sendiri, tinggalkan budaya atau gaya hidup yang jauh daripada Allah dan syariat-Nya. Barangkali musibah seumpama ini adalah peringatan untuk kita agar jangan lalai dan leka terhadap peranan kita selaku hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini.
Stesyen bas KT
hampir tenggelam setingkat
Pasar besar KT
Tinggal bumbung
Arked mara
Punahlah tilam
Islam adalah agama yang mengikat hubungan kita dengan Pencipta dan menjalin hubungan manusia sesama manusia.
Islam juga menyusun peradaban dan etika manusia dengan makhluk sekitarnya meliputi alam dan ciptaan Tuhan yang berada di atasnya bersesuaian dengan agenda utama manusia di muka bumi ini selaku khalifah Tuhan yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan saksama dan penuh bijaksana demi kemaslahatan manusia dan keharmonian alam sekitarnya.
Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi (al-Anbiya’: 31). Apakah saranan Islam tentang pembangunan seimbang ?
Kita perhatikan dahulu ayat al-Quran itu tadi. Allah menegaskan: Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’: 31).
Ayat ini menegaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau dan gunung-ganang itu ialah sebagai pasak kepada bumi. Meneres kawasan bukit-bukau sesuka hati tanpa kawalan dan sempadan mengundang ketidakseimbangan muka bumi itu sendiri.
Justeru, pembangunan yang seimbang ini amat dititik beratkan dalam ayat Allah yang lain antaranya firman Allah yang bermaksud: Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19).
Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih dikenali sebagai ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seluruh unit dalam sistem telah diprogramkan Allah agar mengikuti sistem atau sunnatullah yang hebat ini.
Sebagai contoh, matahari dan bulan ditentukan Allah berfungsi dalam ekosistem ini selaku penyumbang cahaya mengikut kadar peratusan yang tertentu.
Jika kadar pencahayaan matahari itu melebihi peratusan yang sepatutnya, maka tentulah alam dan hidupan di atas permukaannya bakal mengalami kemusnahan dan kebakaran.
Begitu juga kadar oksigen dalam udara yang telah ditentukan Allah sejumlah 21 peratus, maka andainya kadar oksigen itu menjangkau 50 peratus, nescaya alam dan hidupan di atas permukaannya juga pasti mengalami kemusnahan dan kebakaran. Begitulah al-Quran melukiskan peri pentingnya keseimbangan ekosistem ini untuk dipelihara oleh khalifah Tuhan atau manusia di muka bumi ini sebaik-baiknya. (Tibarah, ‘Afif bin Abdul Fattah. Ruh al-Din al-Islami. Beirut: Dar al-Malayin li al-‘Ilmi. Hal. 57).
Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam sekitar khususnya bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan menerusi ayat yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)
Ikutilah pengalaman kami menghadapi musibah ini dalam "SUATU CATATAN PERJALANAN"
Alhamdulillah, banjir besar telah melanda Kota Tinggi di penghujung 2006 dan sekali lagi awal 2007. Hampir 40 tahun Kota Tinggi tidak mengalami banjir besar sebegini .Banjir pertama yang berlaku sungguh tidak disangka.Kawasan perumahan kami terletak dalam kawasan bandar KT.
Aku mendapat panggilan telefon dari jiran ku mengatakan air telah mula naik sekitar pukul 2.00 pagi.Namun dia tidak menyangka akan seburuk begitu. Maka kereta yang diletakkan di dalam kawasan rumah tidak dialihkan. Pukul 4.00 pagi air semakin naik, namun mereka tidak sempat menyelamat kereta masing-masing kerana semua jalan keluar dari taman perumahan kami telah dinaiki air . Aku bersyukur dan bernasib baik kerana aku hanya menginap di rumah tersebuthanya pada hujung minggu sahaja.Namun banyak perabot dan harta benda yang tentunya akan rosak. Aku berserah pada Allah kerana dia maha berkuasa.
Banjir pertama telah menenggelamkan bandar Kota Tinggi.Tiada lagi Kota Tinggi, yang ada Kota Rendah . Air naik separas 4-5 kaki . Air surut selepas 5-6 hari. Maka bermulalah fasa selepas banjir. Kota Tinggi mcm padang jarak padang terkukur. Keadaan rumah di taman perumahan ku juga sebegitu.
Lebih kurang 15-20 kereta di situ yg tidak dapat diselamatkan.Keadaan dalam rumah tak usah cakaplah. Ini merupakan sedikit ujian dari Allah SWT. Kami terima dengan redha. Tapi kerja pembersihan perlu dijalankan.Mana yang patut dibuang perlu dibuang. Dalam rumah penuh dengan lumpur yang telah kering. Segala peralatan dan plug letrik rosak .
Setelah seminggu, aku pun mulakan fasa kedua pula, kerja pembaikan. Semua plug dan fius box perlu diganti, dinding yang terkopek di cat semula, Kebanyakan perobot ku dibuat dikilang dan terus dipasang ke dinding.Hampir 2 minggu juga , kerja2 pembaikan dan pengantian dijalankan.
Kawasan perumahan ku selepas 3 hari banjir kalai ke 2. Air belum surut lagi
Namun kuasa Allah , siap sahaja kerja-kerja pembaikan pada malam jumaat itu, hujan telah turun dengan lebatnya. Hati mula risau , namun berserah kepada Allah. Dia maha berkuasa dan maha mengetahui.Keesokannya ,lebih kurang pukul 9.00 pagi, jiran ku menalipon . Air telah mula naik di tengah bandar KT. Aku bergegas bersama seorang pekerja ku ke KT. Kami meletakkan kereta agak jauh dari kawasan prumahan kerana takut terperangkap nanti. Apa yang boleh kami lakukan ialah membuka semua pintu almari dan kabinet kerana kebanyakkan perabot ku melekat di dinding. Oven dan dapur di dry dan wet kitchen di selamatkan. Namun hood dapur ku biarkan kerana beranggapan banjir kali ke 2 ini tentu tidak seburuk yg pertama.
Mana yang patut diangkat ke tingkat atas telah di angkat. Akhirnya bertawakal kepada Allah.
Allah maha berkuasa. Banjir kali 2 lebih teruk . Ada kedai di tengah KT terus nampak bumbung je. Rumah ku juga telah ditenggelamkan hampir 8-9 kaki. Hanya sedikit lagi di dalam rumah hampir ke paras cornice.
Namun , semua yg di cipta oleh Allah SWT ada hikmahnya .Pengalaman yg tidak dapat aku lupakan semasa meredah air banjir untuk ke rumah ku separas dada . Kayu dibawa sambil mengharung takut2, ada ular yg berenang. Sepetang aku bersama pekerja di sana, melihat kerosakan dan kemusnahan sambil menyapu keluar lumpur. Yang paling menyakitkan dan mengelikan hati ialah semasa aku mencuci anak tangga dan terjatuh mengelungsur dari atas tangga .MACAM NANGKA BUSUK.
Air mula surut tapi masih ada lagi di dalam rumah
Hob wet kitchen ni terjatuh ke dalam air kerana ada bot lalu
kat belakang rumah menyebabkan ombak masuk ke dalam rumah
Dry kitchen yg rosak
Lumpur yg perlu dibersihkan
Cat terkopek di sana sini
SELEPAS BANJIR PERTAMA DI KAWASAN BANDAR
Alhamdulillah, aku terima musibah ini dgn hati yang tenang dan redha. Ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Hasilnya kami bangunkan sekali lagi kediaman kami . Banyak keringat dan penat lelah yg tumpah , namun itu hanya sekelumit dugaan Allah SWT ke atas hambanya . Inilah hasilnya "Rumah Ku Syurga Ku" .
SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI YG BAKAL MENJELMA, KAMI SEKELUARGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN KAMI SAMADA DISEDARI ATAU TIDAK SEPANJANG BLOG INI BERSIARAN
UNTUK
CL,CM,NOOR,AZ,IP,PIJAL,TIKAH,ASNIJA ,HANIS, KHAIRYN,UMMI,
MSYUK, NORMALA ,DANCING PENA
DAN RAKAN-RAKAN LAIN
SEMOGA HARI RAYA INI MEMBAWA SINAR KEBAHAGIAAN
DAN KECERIAAN BUAT KAMU SEMUA
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
INGATLAH SEMASA KITA SEMUA BERGEMBIRA
ADA INSAN LAIN YANG BERDUKA