ALHAMDULILLAH
Ikan vs Ayam
Tatkala sekarang musim tengkujuh yang belum berakhir
untuk mendapatkan ikan segar agak sukar
kerana nelayan masih belum 100% ke laut, terutama bagi bot2 kecil
harganya pula agak melambung kerana kekurangan bekalan
ayam pula tiada masalah buat masa ni
walaupun harganya mencecah rm 7++ bagi setiap kg
apa yang bapak nak kongsikan di sini
ialah harga keperluan semakin naik
maka bagi ketua keluarga yang punya anak ramai dan hanya berpendapatan tetap
tentu menimbulkan satu tekanan dalam mencukupkan keperluan keluarga
itulah dilema yang dihadapi ramai sekarang ini
belanja persekolahan anak2 pula semakin tinggi
bapak sangat bersyukur kerana tidak perlu melalui semua sekarang
namun bapak berasa simpati pada mereka yang terpaksa mengharungi semua itu
kerana bapak pun pernah merasainya suatu ketika dulu
semasa gaji bapak yang tak seberapa hanya tinggal 3 ringgit je selepas melunaskan bayaran sewa rumah, utiliti dan kenderaan setiap hujung bulan
masuk je bulan baru , tiada apa yang tinggal .....
gaji isteri bapaklah yang menanggung segala keperluan dapur dan anak ketika itu untuk meneruskan kehidupan seharian sementara menunggu putaran dan situasi yang sama juga setiap bulan
bapak tetap akan kenang pengorbanan isteri bapak ketika kami masa tu mula2 nak kenal erti kehidupan dan tanpa mahu menyusahkan orang lain waima keluarga sendiri maupun rakan2

apa yang ada , itulah rezeki kami
mensyukuri apa yang Allah berikan
masa tu kami tak kenal ikan2 mahal ni
hanya berani membeli ikan biasa je dan kalau takde atau terlalu mahal
tentunya ayam menjadi pilihan kerana lebih murah berbanding ikan dan
"lebih murah berbanding harga di negara jiran"
Kos kehidupan sekarang semakin meningkat
lihat jelah harga bawang yang sekarang dah mencecah belasan ringgit sekilo
dah nak sama dengan harga getah pula

Sebagai perbandingan , semasa bapak dulu menjadi pembacuh air
harga setin susu FN 1 kg lebih kurang RM 2.80 berbanding sekarang RM 5.20++
Namun kehidupan mesti diteruskan
Insyallah, kuantiti bukan ukuran
Yang penting kualiti iaitu keberkatan dalam setiap sen dan rezeki yang Allah kurniakan pada kita.

Sabda Rasuluillah S.A.W
“Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rezeki adalah ketentuan Allah buat hambaNya. Bukan ditentukan oleh Ahmad, Ah Chong atau Ali. Untuk menambah kualiti atau keberkatannya, kita sebagai seorang islam disarankan agar membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil atau kedekut untuk bersedekah kepada orang lain kerana perbuatan dan sifat bersedekah ini akan memberikan ketenangan kepada diri.
Sesungguhnya, dalam harta dan rezeki yang kita miliki dan dikurniakan oleh Allah ini, terdapat hak-hak atau bahagian-bahagian individu lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. samada melalui zakat , sedekah atau amal jariah. Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan iman yang tercermin dari sifat kesederhanaan iaitu sifat qanaah.

Sebagai individu yang mengaku "islam sebagai agama ku" hendaklah menanamkan sifat qanaah iaitu redha dalam setiap pemberian Allah . Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain dan merasai yang apa yang Allah kurniakan kepada diri mereka sentiasa tidak mencukupi.
Salah satu cara yang disarankan dalam islam dalam menanamkan dan menyemarakkan sifat qanaah dalam diri dan hati ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perlakuan atau perkara baik yang diterima.

Itulah antara yang tersirat diantara Ayam vs Ikan sebagai renungan bapak pagi ini.
salam
BalasPadamikan skrg dah jadi lagi mahal dari ayam... mkn lah berpada2... :) ~
Salam Pak Itam,
BalasPadamMahal tak apa juga, lagi teruk bawang India langsung tak ada. India dah tak mahu export lagi.
Nak buat asam pedas yg merah menyala macam dlm SCP macamana? Geram tengok gambar...
suka hadis tu... makan toksah tamak² (macam saya? alamak, malu)
BalasPadamAduh....tengok asam pedas terus saya sms aunty bagitahu kat dia suruh buat asam pedas ayam esok for lunch! Kacau2.............
BalasPadamsalam pak itam,
BalasPadammemang mahal segalanya...barangan & perkhidmatan...
anyway...asam pedas tu menggoda jiwa ragaku...:)
Salam Bapak Itam,
BalasPadamSetuju dgn apa yg bapak kata. Kalau di Kemaman ni semua benda mahal. Bawang pun dah RM14++ sekilo.Tp hidup perlu diteruskan jugak.... p/s: Pandai2 lah menggunakan rezeki kurniaan Allah
tak kesahlah ayam ke ikan. dua2 kakpah suka.
BalasPadamAhli keluarga kakpah ada 15 orang termasuk bibik. Imajinlah berapa ekor ayam dan berapa ekor ikan seminggu.
Alhamdulillah atas rezki yang diberi ALLAH.
Salam pak itam....
BalasPadamItulah hal ehwal harga barang hari ini.. tapi asam pedas tu kena ada ikan atau ayam jugakkan...heheh
pergggg asam pedas pak Itam... tak ada sapa bleh lawan
BalasPadamAssalamualaikum Pak Itam,
BalasPadamBelanja persekolahan anak-anak mmg tinggi sekarang..kalau dihitung-hitung rasanya macam tak cukuppp jer bagi kami yang hanya makan gaji seciput dan beranak ramai ni..tapi berbekalkan keyakinan bahawa setiap orang anak Allah tetapkan rezeki masing-masing..Insyaallah kami berlapang dada dan bersyukur dengan nikmat seadanya.Usaha,ikhtiar,doa.
waalaikumsalam manje
BalasPadamyup, demi kesihatan jugak kan
waalaikumsalam kak zakie
BalasPadamtadi org umah suruh pi beli bawang, yg ada sekrg bawang cina, bawang india yellek hehehe
kog
BalasPadamtamak its ok, jgn haloba hehe
uncle
BalasPadamkacau jiwa ye hehehe
waalaikumsalam kak nab
BalasPadamekonomi beprestasi tinggi hehehe
waalaikumsalam ibu
BalasPadamkena sesuaikan dengan keadaan semasa
kak pah
BalasPadammau kalau sebulan, habis sereban ayam hehehe
alhamdulillah , rezeki pemberian Allah buat kita semua
waalaikumsalam shami
BalasPadamtak pernah org guna telur masak asam pedas hehe
che att
BalasPadamalhamdulillah, menu rutin
waalaikumsalam cekgu pinat
BalasPadambetul tu cekgu,
insyallah , setiap insan ada rezekinya
usaha , doa tawakkal
Allah akan mencukupinya
ikan kita suka..
BalasPadamayam pun kita suka..
dua-dua sedap..!
* mmg harga barang sekarang makin mahal..