WARGA SCP

Khamis, Januari 13, 2011

KEBAL YANG TAK KEBAL

ALHAMDULILLAH

Monumen Kroh ini dibina sebagai memperingati wira2 negara yang gugur semasa menjalankan tugas mengiringi pesakit dari pekan Baling menuju Kroh (Pengkalan Hulu).

Peristiwa ini berlaku pada 20 julai 1979 dan telah diserang hendap oleh komunis sehingga mengorbankan 2 orang awam dan 3 orang askar kita yang berada dalam kereta perisai ini.

Kereta perisai ini dengan nombor plet ZA 744 didalamnya telah meragut nyawa
- Koperal Ramli bin Abd Rashid
- Tropper Azmi Rahman
- Tropper Abu Hassan bin Syeikh Daud

Kalau bapak lihat ketebalan dinding kereta perisai ni yang diperbuat dari kepingan besi padu , boleh tahan tebalnya. Tapi akibat tembakan pelancar roket anti kereta kebal, telah menembusi dindingnya dan akhirnya meletup didalamnya.

KEBAL TAPI TAK KEBAL

lubang dan rekahan tempat peluru anti kereta kebal
menembusi

Begitunya juga dengan kehidupan kita
Kita tak kebal dari bisikan halus syaitan dan iblis koreng yang sentiasa membisikkan kata2 indah di cuping telinga kita, di dalam hati kita dan pelbagai cara lagi. Namun ada beberapa langkah yang boleh kita ambil dalam memerangi bisikan syaitan ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
riwayat Bukhari dan Muslim

Lintasan di hati tidak akan memudaratkan iman seseorang. Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah dan ditentang agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya serta hatinya.

Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. dan akhirnya kehancuran. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.

Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja tak kira yang berkopiah putih atau hitam , haji atau hajjah, imam atau bilal. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya kita disarankan hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

Ingat
Kebal Tapi Tak Kebal
selagi kita bernama manusia
ingatan khas buat diri bapak dan juga sesiapa saja yang sudi mendengarnya

inilah kereta perisai asal yg terlibat dalam peristiwa tersebut

keadaan asal dalamnya yang hangus terbakar
dan membakar serta membunuh ketiga2 mereka


psss kat atas header tu
monumen telur dadar bapak

20 ulasan:

  1. tersentuh tengok 'kubur kebal' mereka

    BalasPadam
  2. Sekarang ramai merasa diri kebal kerana berkuasa menjerumus siapa saja yg dia tidak suka; tanpa sedar suatu ketika kekebalan itu musnah sekelip mata bila Izrael yg tidak pernah dusta tiba menjemputnya....

    Kereta kebal buatan manusia tak sama kekebalan iman dan mental drivernya yg terkorban.

    BalasPadam
  3. Menarik tu, masih di muzium gambar2 ni?

    BalasPadam
  4. salam

    terima kasih. ada yang tersirat dalam tersurat dalam n3 ini

    BalasPadam
  5. Salam pak itam..

    Wah amat bermakna pesanan di atas
    terima kasih.

    BalasPadam
  6. salam,
    masih dlm ingatan syaperistiwa tsb.salah sorang magsa tsb adalah jiran saya..kata emak mayatnya rentung

    BalasPadam
  7. Assallamualaikum Pak Itam,

    Bila sampai waktunya...yang kebal pun sudah tidak kebal..hanya Allah yang maha berkuasa..

    lama tak dengar perkataan komunis..manalah komunis2 tu..

    BalasPadam
  8. Besar pengorbanan wira2 negara kita

    BalasPadam
  9. SALAM,
    MENARIK N3 INI !

    BalasPadam
  10. telur dadar yang menyelerakan

    BalasPadam
  11. KOG

    harga sebuah pergorbanan buat negara

    BalasPadam
  12. kak zakie

    selagi kita bernama manusia

    BalasPadam
  13. uncle

    muzium tu macam2 ada hehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam az

    alhamdulillah

    yg tersirat perlu diselami

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam shami

    ingat mengingati sesama islam

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam rosnah

    mmg betul, menurut pegawai tu, bom meletup dlm keta perisai tu umpama sebuah oven

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam mama nadz

    rasa2 masih ada berjiwa komunis ni kak

    BalasPadam
  18. kamato

    demi mempertahankan agama, bangsa dan negara

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam LH

    sekadar berkongsi

    BalasPadam
  20. mampir

    mmg gebu telur tu hehe

    BalasPadam