WARGA SCP

Rabu, April 27, 2011

KE KEBUN KITA


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Dah 2 minggu berturut2 bapak sama ibuk pi kebun kami. Sekarang buah starberry kami tgh berbuah lebat dan masak ranum.

Tahun ni hasil tanaman buah-buahan ni banyak sekali , syukur pada Allah

Pada siapa2 yang sempat , jom lah ke kebun bapak di alamat
Lower Ground Floor ,
Jaya Jusco Shopping Centre
kat mana2 yg ada jaya jusco

tu semua kebun bapak
Sebut je nama bapak ye hehehe



Isnin, April 25, 2011

PENAWAR JIWA KACAU



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Kalau tadi jiwa kacau lihat mee soto , sekarang bapak kasi penawar yg mujarab hehehe

Bapak dah lama benar , rasanya bertahun tak main dengan Photoshop ni, rasanya dah 20 tahun tak godek software ni, manakan tidak, asyik main dgn sudip simen, calong getah dan pisau toreh. Tapi alhamdulillah, dah tangan dan kepala otak seni , insyallah sekali hadap dah boleh recall balik.

Jadi sebagai santapan sebelum rakan2 semua tidur ,
ni satu garapan bapak dgn tema "HITAM PUTIH KEHIDUPAN"

Hitam Putih Kehidupan kita pasti diwarnai dgn pelbagai warna kehidupan menjadikan kehidupan kita begitu bermakna .

Tapi esok , bila kembali kehadrat Allah, hanya 2 helai sahaja kain putih yang akan mengiringi kita selain amalan kita

Apa yg bapak cuba kiaskan pada hasilan ini ialah lihatlah manusia yg berada disekeliling Baitullah ini, semua bapak gambarkan dgn hitam dan putih, mungkin ada kalangan insan yg berada ketika itu pembesar negara , vvip terhormat serta penoreh getah, tapi semuanya sama pada pandangan Allah sebenarnya melainkan amalan masing2.

Manakala warna langit yg indah kebiruan itu menjadikan kehidupan hitam putih kita begitu bermakna dan berwarna warnisebenarnya

sebagai kesimpulannya
Enjoy our life selagi kita tak melanggar hukum-hakam dan tatasusila kehidupan.

Harap jiwa kalian semua tak kacau lagi hehehe
esok bapak kasik kacau semula ya hahaha

ok , selamat malam,
mak itam dah bagitahu tu, esok nak bangun pagi noreh hehehe

DAH MAKAN KE BELUM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Sabtu lps bapak ada keja sikit kat JB, mak itam ikut sekali . Lps abis segala urusan, kami bercengkerama berdua mcm biasa kat JJ Tebrau City .

Jalan2 mak itam ternampak pulak gambar mee soto kat salah sebuah cafe
"mcm sedap je " katanya

Kami tak makan pun psl bapak nak belanja mak itam kat Nando's

Jadi Ahad semalam, menu tengahari katanya nak buat mee soto
maksudnya pakai mee kuning , takde pulak mee hijau ke, mee belang2 kuning hitam ke hehehe

tu lagi best dan sedap pasal buat sendiri punya dan tambah la seberapa banyak yg mahu

Lagi satu buat lebih mcm biasa, bawakan anak bongsu kami kat asrama dan boleh depa buat kenduri dgn kekawan satu dome

sementara tu kami kenduri mee soto ni kat rumah berdua

jom, silakan lah kekawan

psss lepas ambik gambar tgk nape gelap gambarnya,
rupe2nya bapak dah lupa bukak CPL Filter kat lens hahahaha
itu lens utk landscape dah , ni makanan hahaha
malas nak ambik semula gambar psl dah lapo ni hehehe








Ahad, April 24, 2011

PESANAN RINGKAS



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Cantik2kan
ingat
kalau pakaian cantik, akhlak dan budi pekerti juga mesti sama cantik selaras dgn tuntutan Islam

sekian pesanan ringkas penaja yang tak seberapa ni buat ingatan diri sendiri dan keluarga.

Selasa, April 19, 2011

CARI REZEKI BERMULALAH AWAL PAGI

dua setting berbeza

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.”
Surah Thahaa : ayat 132

Sang matahari pagi yang baru menyinar pagi ni begitu cantik sekali di hadapan kebun gotah bapak. Bapak kalau pi noreh bukan saja bawak tong gotah serta pisau toreh, tapi backpack bapak yg terkandung di dalamnya senapang utk menembak ni bapak bawak sekali.

Sementara nak tunggu susu gotah penuh cawan kristal yg digantung kat btg gotah hehehe
Sempatlah buat apa2 yg patut, kutip cendawan ke, ambik gambar semut ke

Jadi hasil tembakan bapak pagi ni ialah sang matahari yang begitu indah sekali. Foto ni panas lagi dan baru keluar dari sd card dirakamkan lebih kurang jam 6.55 pagi tadi


Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.
Surah Huud : ayat 52

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
Surah Saba’ : ayat 39


Sabtu, April 16, 2011

MEMBACA JAMBATAN ILMU

sambil2 kira hasil jualan susu getah kat meja kerja bapak ditepi hutan ni
sambil mendalami ilmu photograpy kat internet dan buku

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Tempohari masa bapak menghadiri perjumpaan pembancuh-pembancuh simen sedunia di KL, bapak sempat lari sekejap ke Pertama Kompleks . Rasa dah 30 tahun bapak tak jejak kaki ke situ.

Tujuan bapak hanya untuk mendapatkan koleksi buku ni yang tiada dijual dipasaran . Hanya di jual di kedainya sahaja . Hasil pengalaman Pak Wan selama 50 tahun berkecimpung dalam dunia fotograpi.

Sempat juga bapak bertemu dgn Pak Wan yang dah agak berumur , berbual2 tentang pengalamannya menjadi jurugambar rasmi dari zaman jepun lagi di Singapura.

Harganya RM95 tak menjadi masalah krn ilmunya selama 50 tahun tak ternilai dgn harga buku ni . Bapak belum khatam lagi buku ni krn sambil baca sambil praktikal sekali. Banyak tips2 yang berguna dari seorang yg sangat berpengalaman dalam dunia photograpy.




mungkin lps bapak dah khatam
bapak boleh menghasilkan foto lebih cantik dan kreatif
dari yang ini
next project will come soon another 1 month from now
hope my equipment ND B+W 72mm filter will get as soon as posible
before we are going

Jumaat, April 15, 2011

MALAM JEMAAT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Kalian ingat tak masa kecik2 dulu , masa kita tinggal kat kampung la, kalau malam jemaat je mesti mak kata jangan main sampai magrib , nanti kena sembunyi dengan antu tetek

ada yang takut pasti dengar cakap mak, tapi bapakkan hero
"ala, setakat antu tetek , apa ada hal"

tapi rasanya bebudak sekarang dah tak kenal antu tetek lagi psl banyak daripadanya menyusu susu lembu hehehe

kalau balik dari mengaji jumpa mcm ni dalam gelap , malam jemaat pulak
mau lari terkencing

sampai sekarang pun kita tak tahu wujud atau tidak antu ni,
tapi antu kopek ni yang datang dari Beijing mmg banyak sekarang kat bandar2 besar ,

hari ni kita tangkap 40 orang antu kopek ni kat hotel2, esok yang datang melalui KLIA beratus orang ,
ni mmg betul2 hantu punya hantu

opssss ,
balik semua cerita malam jemaat
ingat tak, kalau org nak pegi berubat pun masa dulu2 mesti malam jemaat,

tak boleh ke malam ahad ke, malam isnin ke
kalau malam jemaat keliwon lagi menjadi , katanya

kalau berubat, mesti tok bomohnya minta semangkuk air dan tengok kat dalam tu
lagi satu pasti dia menurun

tu lah cite dulu2 zaman bapak kecik2 yang org melayu sinonim dengan tok bomoh dan dukun

tapi bapak ingat zaman moden ni, tak de orang menurun lagi

ada sebenarnya,

semalam bapak dok menurun,

bapak minta semangkuk periuk , bapak pun mula seru dan menurun

"keluarlah kau, keluar lah, tunjukkan diri mu yang sebenarnya"

sambil terketar2

akhirnya dia keluar juga dari celah kuah

tulang selangka tu keluar dari kuah asam pedas berempah

wah , menjadi juga ilmu menurun bapak ni malam jemaat

lepas tu , menurun peluh jantan bapak mengadapnya

hehehehehe

ok, semoga kita bertemu lagi dalam sessi menurun yang akan datang hehehe
apa yang akan keluar dlm sessi akan datang , entah lah


lps ni , jangan ada pulak yg meroyan hehehe




Khamis, April 14, 2011

MUSIM LURUH , DAUN GOTAH BERGUGURAN


ALHAMDULILLAH

Sekarang musim luruh, daun gotah dah mula gugur dan angin kencang akibat pertembungan dan peralihan angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya.

Jadi tak boleh pi noreh , susu gotah tak dak.

Begitulah dengan kehidupan kita , semua ditentukan oleh Allah . Semasa gotah banyak , kita beringat, jadi masa gotah tak mengeluarkan susunya, kita masih mempunyai hasil dari jualan susu gotah yang banyak sebelumnya.

Jadi , bila susu gotah tgh banyak , kita pulunlah noreh siang , malam, pagi , petang .
TAPI ingat, suruhan dan larangan ALLAH jangan kita kupakan.
Hasil torehan tu nanti boleh menampung masa musim daun luruh .

Begitu juga dgn apa yang bapak usahakan ini. Bulan November hingga Mac ialah musim menoreh yang berpanjangan , tak senang duduk .

Sekarang ialah musim menuai hasil torehan tu , Mei dan Jun nanti , musim menoreh akan datang kembali hingga dah takde pokok yang boleh ditoreh lagi.

Alhamdulillah, bapak kali ni dah dapat beberapa lagi kebun gotah baru yang gotahnya gotah kahwin dan tentu sekali banyak mengeluarkan hasil torehannya. Sebelum ni agak sukar nak dapat pajakan menoreh di kebun2 ni pasal kiblatnya ke Beijing, tapi semenjak towkey2 besarnya dah pencen , maka towkey2 baru nak berkiblatkan ke Makkah pula. Katanya dapat memajukan saudara seagama dan sekurang2nya hasilnya nanti dibayar zakatnya dan kembali kepada org islam semula.

Sekarang dalam 50 buah kebun gotah juga dibawah seliaan bapak.
Semua itu rezeki dari Allah.

Cerita ni hanya kiasan , kalau kalian faham, faham lah apa yg bapak kiaskan hehehe

Selasa, April 12, 2011

KABUR ATAU RABUN


nampak tak hehehe

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah

KABUR mengikut kamus dewan perniagaan kongostan ialah tidak dapat melihat dengan terang atau nyata tapi bukan disebabkan oleh mata.

Inilah yang terjadi tengahari tadi , napa kabur je , takkan lens hampir 3K ni dah rosak atau mata bapak yang kabur atau rabun pulak.

RABUN pula mengikut kamus dewan perniagaan cina hong kong ialah masalah pengelihatan akibat penyakit atau meningkat usia seseorang

Wah, kacau ni , tak nampak benda dalam pinggan ni kira bahaya

Rupa2nya cempedak dah jadi nangka, bapak lupa yang masa bapak shot mata helang dimalam hari minggu lepas, bapak dah setting ke MF bermaksud Manual Focus (kira fokus pakai tangan) bukan ke AF yang membawa maksud Auto Fokus hahaha

Nampaknya lens bapak tak kabur dan mata bapak tak rabun lagi

...

...

...

Lega hati bapak bila bapak nampak sotong goreng tepung dalam pinggan, sayur peria goreng sama telur dan juga kari ayam.

Kalau tak nampak tadi, kacau ni hehehe

Kekawan nampak tak , kalau tak nampak hehehe
pi jumpa doktor mata





Isnin, April 11, 2011

MANA NAK CARI KAT TEPI HUTAN NI TETENGAH MALAM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah

Mengadap lappy jap sebelum tidur sambil edit beberapa gambar, terjumpa lah pulak gambar ni
terus lapo

Mana nak cari benda alah ni kat tepi hutan ni tetengah malam
ni kira mengidam ni, kalau lahir esok2 kata org tua meleleh je air liur anak tu hahaha
anak cacing kerawit hehehe

Sabtu, April 09, 2011

PC

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

PC dalam dunia fotograpi kalau tak salah Photography Competition. Sekadar suka2 menyertainya untuk memeriahkan suasana .

Tajuk yang diberi ialah LAMPU oleh salah orang otai dalam dunia fotograpi dengan nama timangannya MANGKOR

Nampak mudah , tapi sukar kerana sebenarnya mencabar satu daya imiginasi yang tinggi dalam menghasilkannya.

Kena faham bebetul dgn apa yang dikehendaki oleh tajuk , jadi fokus utama ialah lampu. Bagaimana kita mengayakan , terpulang pada kreativiti seseorang individu.

Inilah hasilnya dari kreativiti bapak .

Semalam bapak shot gambar ni dalam 72 kpg juga , tapi hanya ambil yang terbaik pada pandangan mata bapak yang rabun ini utk PC kali ni.

Hadiahnya lumayan

tempat pertama sebuah bot nelayan pukat tunda bersama pukat jerut tanpa ikan.

kedua bot fiberglass tanpa pendayung dan pelampung

ketiga pelampung saiz dewasa dengan gambar haiwan

heheheheheh

inilah hasilnya
tajuknya LAMPU
dgn tema
"BURUNG HELANG TERBANG MALAM"


Nak ambil punyalah sukar kerana cahaya lampu2 lain yang berada disekeling burung helang ni . Jadi kena set manual dan ISO paling rendah serta shutter speed yang agak laju juga . Kalau tak habis semua cahaya lain dia tangkap sama.

tu seolah2 keningnya di atas kiri-kanan diikuti dengan 4 pasang biji mata pasal ni helang mata empat serta ada sedikit anak bulu mata sebelah bawah biji mata.

Apa pendapat kalian berkaitan hasilan bapak ni ???

Khamis, April 07, 2011

TIPS KURANGKAN BUKAK PETI SEJUK


ALHAMDULILLAH

FM singkatan pada Fridge Magnet

Dulu koleksi kami mmg boleh tahan dan banyak juga , mcm2 ada

Tapi banyak dah pupus , ada jenis yg batu tu jatuh dan sumpek serta pecah , yang kena main dgn bebudak kecik pun ada, jadi yang tinggal pun dah tak banyak .

Mak itam suka beli benda ni ,

Tempohari hari masa pi Aperika, sempat juga dia beli 3-4 FM ni selain koleksi gelas2 genit .

Tapi boleh tahan juga harganya psl ni semua dari plastik dalam 30-35 rand seunit.

Pak itam ingat nak beli nak bawak balik seorg mak itam betul dari sana, balik awetkan dulu dan lekat kat peti sejuk, tapi karang tak muat pulak pintu fridge mcm kat bawah ni

Ni kalau bagi anak2 atau bapaknya yang asyik bukak peti ais tu 24 jam , mau depa lepas ni dah jarang bukak terutamanya malam2

Asal nak bukak je , nampak fridge magnet ni yang mukanya mcm tak puas hati ,
mau tak jadi.
kalau fridge magnet ni keluarkan suara , lagi lah depa tak bukak peti ais hahaha



Isnin, April 04, 2011

BETUL ATAU TIDAK, YANG BENAR ATAU YANG PELESU

ALHAMDULILLAH

Kalau semalam bapak dapat shot hornbill dok bertenggek atas ranting mati
tadi bapak bertuah dapat shot pulak gajah dok belakang semak kat rumah hehehe

Pada pandangan dan tilikan kalian ,
gajah ni betul2 gajah ke sebaliknya

cuba tekakkkk

...

...

...

...

...

...

...

...

inilah kecanggihan teknologi masa kini, sebenarnya ia hanyalah sekeping lukisan cat yang sungguh halus dan indah seakan2 realiti .

kemudian bapak ambil gambarnya dan adunkan pula dengan Adobe Lightroom 3.2 , lahirlah potret ini .

Ingat , niat kita menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada bukan untuk mengubah ciptaan Allah kerana mengubah ciptaan Allah itu haram dan berdosa hukumnya

Tu yang kadang kala bapak dok pelik, ada orang hidung dah pesek, pi buat plastic surgery mancongkan, dagu pendek dipanjangkan, mata kecik dibundarkan

itulah resam manusia
dah diberi pendek nak yang panjang
dah diberi nipis nak yang tebal
kita patut syukur dgn setiap yang Allah jadikan

tapiiiiii
kalau jumpa bapak yang perutnya dah leper dan bukan mcm bunting gajah,
bukan bapak pi sedut lemak tau atau pi buat plastic surgery
tapi
hasil lenggang perut dengan dukun senah di spanya heheheheh


tengok kesannya kalau salah ubah
nak nampak slim , doktor salah buat plastic surgery
dah jadi bantot
kan nyesal tak sudah

Sabtu, April 02, 2011

HORNBILL SIBUK BERKEMPEN

ALHAMDULILLAH

Bapak dah lama mengendap kenyalang ni, dulu ada 2 pasang kat teratak bapak tepi hutan ni. Dia kalau hinggap kat dahan pokok tepi rumah, punyalah bising dan riuh. Tapi setiap kali bapak nak shot gambarnya, berdesup dia terbang, bapak pun berdesuplah kejar hingga nak terburai kain pelikat, hampa

Tapi 2 hari lepas, dah dekat zohor, masa bapak balik dari noreh, baik je dia tgh landing atas dahan mati sebelah rumah, terus turunkan tong susu gotah dan berebut bapak keluar senapang.

Banyak juga bapak dapat ambil gambarnya yang sedang nak makan buah apa tah kat mulutnya.

Biasanya dia ada pasangannya, tapi laaa ni tinggal sekor, rupanya sekor dok pi balik sarawak pasal berkempen pilihanraya kat sana.

Ni mesti kenyalang yg sepasang ni berlainan pegangan politik .
Sebab politik depa bergaduh,
Sebab politik depa berpisah,
Sebab politik depa bermasam muka
Sebab politik depa bercerai berai

Apalah nak jadi dengan dunia sekarang
Fikir2kan lah,
Allah dah berikan depa akal fikiran ,
buatlah pilihan yang mana baik dan mana buruk
bukan hanya utk kelangsungan hidup di dunia
tapi yang lebih penting di akhirat kelak
kerana diakhirat ALLAH TIDAK AKAN BERPOLITIK DALAM MENENTUKAN YANG MANA HAK, YANG MANA TIDAK, YANG MANA DOSA, YANG MANA PAHALA, YANG MANA KE SYURGA DAN YANG MANA KE NERAKA


nasib baik bapak tak boleh mengundi lagi pasal bapak belum cukup umur hehehehehe