WARGA SCP

Selasa, April 19, 2011

CARI REZEKI BERMULALAH AWAL PAGI

dua setting berbeza

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.”
Surah Thahaa : ayat 132

Sang matahari pagi yang baru menyinar pagi ni begitu cantik sekali di hadapan kebun gotah bapak. Bapak kalau pi noreh bukan saja bawak tong gotah serta pisau toreh, tapi backpack bapak yg terkandung di dalamnya senapang utk menembak ni bapak bawak sekali.

Sementara nak tunggu susu gotah penuh cawan kristal yg digantung kat btg gotah hehehe
Sempatlah buat apa2 yg patut, kutip cendawan ke, ambik gambar semut ke

Jadi hasil tembakan bapak pagi ni ialah sang matahari yang begitu indah sekali. Foto ni panas lagi dan baru keluar dari sd card dirakamkan lebih kurang jam 6.55 pagi tadi


Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.
Surah Huud : ayat 52

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
Surah Saba’ : ayat 39


7 ulasan:

  1. Yes...saya pun slalu buat apa2 diawal pagi....masuk kerja pun sampai la ni masih pukul 7 pagi macam masa mula2 kerja dulu....staff semua terkejut dan terpaksa masuk ontime jugak...hahahahahahah!

    BalasPadam
  2. Assalam,

    Betul, betul, betul cari rezeki di awal pagi.... rugi, miss mcm2 kalu terlewat...

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/04/bertemu-imam-mesjidil-haram-makkah.html

    BalasPadam
  3. betul tu uncle

    alah bisa tegal biasa,
    utk yg kerja shift tgh atau petang, jangan lah pulak jadikan alasan nak bangun pagi pasal nanti subuh terlepas pulak.

    BalasPadam
  4. mmg matahari masa tu baru keluar dari ufuk dan keadaan masih berkabus sedikit

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam mamawana

    insyallah, mulakan sesuatu di waktu pagi , pintu rezeki kita akan sentiasa dimurah oleh Allah

    BalasPadam