WARGA SCP

Khamis, April 14, 2011

MUSIM LURUH , DAUN GOTAH BERGUGURAN


ALHAMDULILLAH

Sekarang musim luruh, daun gotah dah mula gugur dan angin kencang akibat pertembungan dan peralihan angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya.

Jadi tak boleh pi noreh , susu gotah tak dak.

Begitulah dengan kehidupan kita , semua ditentukan oleh Allah . Semasa gotah banyak , kita beringat, jadi masa gotah tak mengeluarkan susunya, kita masih mempunyai hasil dari jualan susu gotah yang banyak sebelumnya.

Jadi , bila susu gotah tgh banyak , kita pulunlah noreh siang , malam, pagi , petang .
TAPI ingat, suruhan dan larangan ALLAH jangan kita kupakan.
Hasil torehan tu nanti boleh menampung masa musim daun luruh .

Begitu juga dgn apa yang bapak usahakan ini. Bulan November hingga Mac ialah musim menoreh yang berpanjangan , tak senang duduk .

Sekarang ialah musim menuai hasil torehan tu , Mei dan Jun nanti , musim menoreh akan datang kembali hingga dah takde pokok yang boleh ditoreh lagi.

Alhamdulillah, bapak kali ni dah dapat beberapa lagi kebun gotah baru yang gotahnya gotah kahwin dan tentu sekali banyak mengeluarkan hasil torehannya. Sebelum ni agak sukar nak dapat pajakan menoreh di kebun2 ni pasal kiblatnya ke Beijing, tapi semenjak towkey2 besarnya dah pencen , maka towkey2 baru nak berkiblatkan ke Makkah pula. Katanya dapat memajukan saudara seagama dan sekurang2nya hasilnya nanti dibayar zakatnya dan kembali kepada org islam semula.

Sekarang dalam 50 buah kebun gotah juga dibawah seliaan bapak.
Semua itu rezeki dari Allah.

Cerita ni hanya kiasan , kalau kalian faham, faham lah apa yg bapak kiaskan hehehe

10 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Pak Itam,

    Alahmdulillah. Kakak pun gembira bila tokey bertukar ke arah kiblat. Kita pun mudah nak berurusan kalau nak jual susu gotahnya. Untung juga penerima zakat tahun ini adalah lebih hasil dari projek Pak Itam yg banyak tu....

    Payment tu kena hati-hati sikit Pak Itam takut juga projek siap payment slow. Nak kena ada downpayment sebelum projek mula...

    BalasPadam
  2. Salam pak itam...

    Alhamdulillah.. memang senang menoreh kalau tokey dah arah kekiblat..kalau tidak..pagi petang poning jarr menyusun cawan gotah tu ado yor tak kona nyer...heheh

    BalasPadam
  3. dulu aku suka mengutip biji getah yang jatuh, maiin lastik burung atau main batu seremban. Yang best nya, gosok biji getah atas simen, kemudian letak kat peha kawan. apa lagi terpekik terlolong.....

    BalasPadam
  4. Assallamualaikum Pak Itam,

    Menoreh..menoreh..hehehe...
    kertas A4 agaknya boleh diumpamakan macam daun-daun getah yer..sentiasa berguguran ke tanah di kebun getah..begitulah juga rezeki Pak Itam hendaknya, bagai daun getah yg sentiasa berguguran..banyak tu..(Alhamdulillah)

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam kakzakie

    alhamdulillah kak
    semua dari Allah yg membuka pintu hati mrk dan juga pintu rezeki saya

    payment mmg mcm kekura kak hehehe
    semua keja menoreh dah siap, tapi baru 3-4 kebunnya dapat hasilnya

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam shami

    biasa lah hehehe
    kalau tak nak kita menoreh , ada je yg tak kena, kata mangkuk gotah sumpik la hahaha

    tapi saya tak kisah psl semuanya dari ALLAH jua

    BalasPadam
  7. az

    hahaha saya pun selalu pedajal mcm tu

    bebudak sekarang rasa biji gotah pun tak kenal

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam mama nadz

    alhamdulillah

    moga2 rezeki menoreh berpanjangan , kita tak tahu , semua kerja ALLAh

    BalasPadam
  9. hello pak itam,

    long time i no walk walk here...been busy ... heheheh

    BalasPadam
  10. kak nab busy lps jadi tok mak hehehe

    BalasPadam