WARGA SCP

Rabu, Julai 25, 2012

5 cm x 5 cm BERLATARBELAKANGKAN PUTIH

ALHAMDULILLAH

Aku mula belek2 pula foto kami yang 5cm x 5 cm yang aku sekali ambil masa buat foto untuk passport antarabangasa dan mula membandingkan pula dengan kehendak syarat untuk yang ditetapkan dalam DS 160 yang perlu aku lengkapkan nanti. Belek punya belek , tak menepati syarat kerana kepala, telinga , rambut , dagu serta bahu mesti "center" betul2 , kalau tak, habislah permohonan aku nanti akan ditolak mentah2.

Kata dia tak boleh gunakan foto yg telah berusia 6 bulan dari tarikh diambil, kalau tak boleh aku gunakan foto lama dan tak payah membazir .

Pegi sekali lagi aku ke kedai gambar tu utk ambil sekali lagi dengan contoh foto yang disyaratkan agar tak salah dan menepati syarat2nya. Setelah berpuashati, maka aku ambil selangkah lagi tindakan untuk membuat pembayaran sebanyak RM512.00 seorang bagi permohonan di DS 160 kategori B (B1 dan B2). Bergegas aku ke Standard Chatered JB kerana hanya pihak mereka sahaja yang menjadi wakil menerima bayaran tersebut dan satu ID Unik akan diberikan utk langkah2 seterusnya nanti.Selepas 4 jam membuat bayaran, barulah aku boleh mengisi secara atas talian DS 160.

Ini baru permulaan dan selepas setiap kali solat dan juga ditengah keheningan malam, aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan aku yang berkaitan dengannya dan aku mendapat apa yang aku hajati dengan keizinanNYA juga.

Apa itu DS 160.

Setiap pemohon termasuk kanak-kanak perlu mempunyai permohonan visa DS-160 sendiri. DS-160 perlu dilengkapkan dan dihantar secara dalam talian sebelum temu duga di Kedutaan di Kuala Lumpur. Nombor kod bar pada halaman pengesahan DS-160 diperlukan untuk menempah slot temu duga. Borang DS-160 dihantar secara dalam talian .Pihak Kedutaan tidak akan menerima permohonan bertulis tangan atau ditaip dan anda tidak akan dibenarkan menghadiri temu duga tanpa halaman pengesahan DS-160.

Apabila telah menandatangani DS 160 secara elektronik, hendaklah kita pastikan dan mengesahkan bahawa semua maklumat terkandung di dalamnya adalah betul dan benar. Kesilapan dalam memberi maklumat boleh menyebabkan kita tidak layak memasuki Amerika Syarikat. Jadi kena semak semula jawapan untuk memastikannya tepat dan setiap soalan dijawab dengan lengkap.

Alamak

Dah macam nak jawab soalan masa peperiksaan STPM pula dan yang pasti semua "homework" dan "Paper Work" dah siap sedia sebelum aku memulakan pengisian di dalam DS 160 secara atas talian nanti.

Ia merupakan langkah pertama dalam memohon visa ke US yang begitu rumit sekali dan banyak kertas kerja dan dokumen2 yang perlu disiapkan agar permohonan tidak ditolak begitu sahaja.

Apa yang berlaku seterusnya ,

Adakah Allah merestuinya dan mempermudahkannya ...

inilah foto yang mereka kehendaki
mengikut format mereka


kalau2 kalian terserempak kat tengah jalan
tegur2 lah
kalau salah orang , aku tak bertanggungjawab hehehe

kalau gambar ni sampai bawah ,
ada tangan aku tengah pegang blazzer tu
apalah punya kedai, blazzer dah tak rupa blazzer
butang pun takdak hahaha
aku tak nak pakai blazzer ni
dia tak kasi suruh pakai jugak hahaha
macam blazzer nak pegi hadiri pengkebumian je hehehe
lantaklah labuuuuuu

8 ulasan:

  1. Assalam Bapak,
    Nak pergi US ke? Tu yg leceh kalau nak visit negara depa dan yang sewaktu dengannya kan...saya fikir banyak kali kalau nak pergi melancong ke sana tapi kalau pergi atas tiket kerja, jadi senang sebab organiser akan buat semua untuk kami..hehe.Apa-apapun didoakan semoga Allah mempermudahkan urusan bapak sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam lw

      nak pi mengubatkan orang kat sana hehehe

      mereka buat begitu krn melindungi penduduk mereka jugak , lihat apa yang berlaku pada negara kita bila sesenang hati boleh dapat visa on arrivals, tu yang banyak masuk sebagai pelancong dan akhirnya jadi pelacur hehehe

      memang Allah banyak memudahkan urusan saya , nanti bapak ceritakan sebagai perkongsian , insyallah

      Padam
  2. Salam bapak.

    Ok sekarang kenai sudahla saya camana rupa bapak. Insyaallah jika ditakdirkan terjumpa tengah jalan, saya tegoq. Kehkeh.

    Rumit jugaklah nak pi negara pakcik Sam tu eh. Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan. Bolehla baca & tengok gambaq negara pakcik Sam pulak kat blog bapak ni nanti kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      jgn lupa sapa tau kalau terserempak ngeh ngeh ngeh

      urusan visa rumit tapi berbaloi jika memperolehinya

      terima kasih doa kan kami

      Padam
  3. Assalamualaikum Yob,
    semoga semua urusan dipermudahkan, Kolay Gelsin!

    BalasPadam
  4. salam....nk tnya..visa ni kena isi borang DS-160 dulu atau g bayax dl rm512 tu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      kena pi bayar dulu rm512 tu kat bank dan depa kasi satu nombor pin utk masukkan masa isi ds160 tu

      Padam