Pasti setiap rakan sekalian mempunyai kenderaan yang dipandu setiap hari, tak kiralah moto roda dua ke, roda tiga ke hatta kereta lembu yang pasti setiap darinya mesti dilindungi dengan perlindungan insurance komprehensif (pihak pertama) atau pihak ketiga kerana itu syarat yang ditetapkan oleh undang2 negara kita .
Pelbagai pihak yang menawarkan pelbagai perlindungan insurance . Cerita pasal insurance, semenjak aku memiliki moto roda tiga ku yang pertama 22 tahun yang lalu hinggalah beberapa lagi motor roda tiga selepas itu, kalau nak kira bayaran insurance yang dijelaskan saban tahun, rasanya dah dapat pegi haji 3-4 kali dengan jumlah wang insurance yang aku dah jelaskan tu .
Namun sepanjang itu juga, tiada sekali pun aku melakukan sebarang tuntutan daripada pihak insurance yang melindungi motor roda tiga ku selama ini kerana sepanjang tempoh itu jugalah, aku tak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan dan sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T. hingga lah 2 bulan yg lalu semasa aku dihantam dari belakang oleh lori tu . Namun kerana bukan salah ku langsung, maka keputusan pihak polis meletakkan 100% ke atas bahu insurance yang melindungi lori tersebut.Jadi, semua bayaran akan ditutntut dari mereka dan aku masih dapat mengekalkan NCD (No Claim Diskaun) yang kini dah mencecah 55% dari jumlah penuh insurance yang perlu aku bayar. Maksudnya jika premium insurance ku katalah dalam RM1000,00 setahun , maka setelah ditolak NCD 55%, hanya RM450.00 sahaya yang aku perlu bayar.
Namun aku ingat segala proses tuntutan insurance akan menjadi begitu mudah , namun sebaliknya hinggakan aku sebagai pengguna terasa bagai teraniaya . Masa kena langgar hari tu , aku tak rasa marah, namun keraneh birokrasi pihak insurance yang menguruskan kes aku tu yang menyebabkan aku mula rasa hilang kesabaran.
Mereka mengambil masa yang agak lama untuk meluluskan jumlah tuntutan penuh lebih kurang 12 ribu pada asalnya dan dipotong hanya lebih kurang 8 ribu sahaja kerana mereka hanya bersetuju mengantikan bonet dan bumper motor ku dengan bukan barang original sedangkan hakikatnya sparepart bagi mengantikannya tiada yang "local" dipasaran tempatan. Motor roda tiga ku tu diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU).
Setelah beberapa kali pangilan telefon aku lakukan untuk menyatakan ketidakpuasan hati ku hinggakan aku rasa nak bawa sahaja permasalahan ini ke Tribunal Pengguna, sekali lagi adjuster dari pihak insurance terpaksa melakukan sekali lagi pemeriksaan .
Gedebak-gedebuk 30-40 hari berlalu dan terbuang begitu sahaja hanya untuk mendapatkan pengesahannya sahaja .Akhirnya bonet , lampu dan bumper original digantikan mereka tapi dah buang masa yang agak lama sebelum keputusan diambil oleh mereka.
Itulah yang aku katakan karenah birokrasi pihak insurance menyebabkan aku rasa marah dan merimaskan aku.Jadi proses pengantian bermula lambat menyebabkan sekali lagi aku buat aduan kepada pihak atasan mereka . Baru petang tu sibuk 2-3 orang dari pihak mereka menelefon aku dan berjanji seminggu lepas tu semua kerja2 pembaikkan akan siap , namun kini dah hampir 70 hari , aku masih belum menerima kembali motor roda tiga aku tu sedangkan janji2 mereka hanya tinggal janji.Apabila berjanji lalu dia mungkir mengingatkan aku akan ciri2 dan sikap orang munafik dan mereka pasti tergolong dalam golongan munafik.
Manakah tidak . Nak sembur cat kat bonet dan bumper original tu pun nak kena tunggu adjuster tu tengok dulu . Sekali lagi keraneh birokrasi melambat segala proses kerja sampai aku kata masa aku buat aduan sekali lagi, bukan accident teruk sangat dan hanya perlu ganti bumper dan bonet sahaja , tapi kenapa makan masa yang panjang.
Terus terang aku katakan , aku takkan lagi mengambil polisi insurance dari pihak ... kerana perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan "hampas" semata2 walaupun bukan mereka yang akan mengeluarkan wang bagi segala tuntutan tersebut kerana pihak insurance lori tu yang akan menanggungnya, tapi senang cerita, mereka hanya tahu mengutip wang insurance sahaja sedangkan menguruskan keperluan pelanggan mereka macam sambil lewa sahaja.
Mujur baru2 ini motor roda tiga ku yang lain telah aku insurancekan ke pihak yang menjalankan urusniaganya secara islam atau lebih tepat secara Takaful dan aku harap mereka dapat menjaga kebajikan aku dan pengguna lain juga dengan baik mengikut lunas2 islam . Kalau mereka juga sama cara kerja seperti syarikat konvensional yang lain , tak tahulah aku nak cakap apa kerana aku takut konsep islam hanya pada kulit sahaja tapi tidak pada pengisiannya .
Alhamdulillah
Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, hari ni hari pertama berpuasa , aku menerima panggilan telefon dari bengkel yang kenderaan aku telah siap untuk diambil. Lepas zohor aku pergi lihat dan semuanya telah siap dan dalam keadaan keadaan elok seperti sebelumnya. Semua episod hitam akhirnya bertemu jalan penghujung dengan keizinan Allah jua. Jadi Bimmer aku dah boleh masuk balik dalam garaj dan hanya akan digunakan sekali-sekala sahaja . Dah hampir 2 bulan lebih aku gunakan . Jadi masa rehatnya telah tiba .
Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, hari ni hari pertama berpuasa , aku menerima panggilan telefon dari bengkel yang kenderaan aku telah siap untuk diambil. Lepas zohor aku pergi lihat dan semuanya telah siap dan dalam keadaan keadaan elok seperti sebelumnya. Semua episod hitam akhirnya bertemu jalan penghujung dengan keizinan Allah jua. Jadi Bimmer aku dah boleh masuk balik dalam garaj dan hanya akan digunakan sekali-sekala sahaja . Dah hampir 2 bulan lebih aku gunakan . Jadi masa rehatnya telah tiba .
Sebagai sedikit perkongsian buat rakan2 yang mempunyai kenderaan , kita sekarang telah punya pilihan insurance yang bercirikan keislaman , jadi marilah kita sama2 beralih ke arah tersebut berbanding insurance konvensional . Insurance melindungi kita dan insyallah pahala juga kita akan perolehi dan memakmurkan konsep perniagaan yang berciri keislaman.
Insyallah
Insyallah
p/s : undang2 kita sapa hantam belakang ,
tetap kesalahan atas bahu mereka.
Jadi kita kena berhati2 dan tawakkal pada Allah bila memandu.
Insurance lori tu yg kena tanggung semua perbelanjaan dan malang pula lori tu dia gunakan insurance pihak ketiga, jadi urusan pembaikan lori tu tuannya kena tanggung sendiri. Jadi pastikan kenderaan kita gunakan insurance komprehensif (pihak pertama) yang akan menanggung semua pihak jika berlaku kemalangan
tetap kesalahan atas bahu mereka.
Jadi kita kena berhati2 dan tawakkal pada Allah bila memandu.
Insurance lori tu yg kena tanggung semua perbelanjaan dan malang pula lori tu dia gunakan insurance pihak ketiga, jadi urusan pembaikan lori tu tuannya kena tanggung sendiri. Jadi pastikan kenderaan kita gunakan insurance komprehensif (pihak pertama) yang akan menanggung semua pihak jika berlaku kemalangan
Salam Pak Itam,
BalasPadamSama je mcm bank,tv berbayar,telco,membership club dll,bila lambat sikit mula la call tanya bila nak bayar..tapi bila kita bayar advance 2,3 bulan,cam hampas,langsung x dek pun call ucap terima kasih sbb bayar awal...
waalaikumsalam
Padampengguna di Malaysia semacam tidak dilindungi berbanding negara barat, sebagai contoh ramai pengguna yang membeli rumah yg kena bayar setiap bulan sedangkan rumah tak siap
Hj CR,
BalasPadamMemang letih berurusan dengan company insurance ni, saya percaya Hj boleh bersabar dengan karenah mereka. Saya pun dah pernah melalui proses yang rumit ni tahun 1993 sekali dan tahun 2010/2011 sekali....memang memenatkan dan menyakitkan hati.....saya pun dah tukar company insuran selepas kes 2010/2011 aritu.....janji manis mereka memang gitu.
Harap HJ Cr dapat bersabar, wpun dulu saya jadi kurang sabar dengan kerenah orang insurance ni...hehehee
mesti sesiapa yg pernah menghadapinya rasa bosan dan rimas
Padamalhamdulillah,
kerana saya sabarlah , bila saya tel buat komplen, saya tak marah tapi saya sindir biar depa terasa dan ambil tindakkan sewajarnya
Salam Rezeki.
BalasPadamAlhamduilillah semuanya berjalan lancar... selamat berpuasa!
waalaikumsalam
Padamalhamdulillah, semua dah selesai
selamat berpuasa juga buat uncle sekeluarga
Salam Ramdhan Pak Itam
BalasPadamselamat menjalani ibadah puasa
kite bakor ajer yg lame tu, kite tukor ke syarikat baru...he he
waalaikumsalam atuk
Padamhehehe
Salam pak itam
BalasPadamBegitulah pengalamanya bila berurusan dengan pihak insuran,
Masa rumah jiran terbakar, tempiasnya kena rumah saya,...
Jiran rumah yg terbakor kakitangan insuran berkenaan,
saya adalah pemegang polisi insuran company yg sama dgn jiran tu, bayangkanlah bila yang diharap baik menjadi sebaliknya...
saya telan semuanya..Alhamdulillah Allah beri saya kesabaran...
teringat buku hadiah dari Prof Kamil utk saya bersyukur saat diuji...banyak perkara yang tersirat ..
waalaikumsalam
Padamkarenah dunia sekarang ini menuntut kesabaran yg tinggi dalam hati kita,
sabar itu subur
tak sabar masuk kubur hehehe
Adoih..panjang saya karang komen tadi tapi tak keluaq pulak, huhu..
BalasPadamsabar jelah ciku hehehe
PadamSalam,
BalasPadamIslam atas nama, mereka mengunakan islam untuk keuntungan, Agent takaful cerita gempak habis, islamik itu le islamik ini le. baru tahu cerita sabenar bila buat klaim . macam macam karenah dan birokrasi yang menyusahkan terpaksa lalui.
Waalaikumsalam
Padambenar tu,
sebenarnya islam itu indah jika kita dapat melaksanakan mengikut garis panduan yang diberikan, tapi apabila segelintir dari kita yang hanya ambil sekerat-kerat demi kepentingan sendiri, maka jadilah seperti yang tuan/puan katakan itu ,
mereka inilah yang boleh kita kategori sebagai "penjual agama" .....