Passport antarabangsa kami hampir luput lebih kurang 6 bulan lagi .Jadi aku ambil keputusan "kasi hidup" untuk jangkamasa 5 tahun . Manalah tahu tetiba Joseph Ngangkombe minta aku datang Africa tolong dia motong getah, kalau pasport tu kurang dari 6 bulan hidupnya, dah tak dapat aku pegi nanti tolong dia.
Maka kami memperbaharuinya semula kekira 2-3 minggu yang lalu . Macam biasa gambar passport berlatarbelakangkan biru . Lantas kami ambil sekali gambar foto 5cm x 5cm berlatarbelakangkan putih . Untuk apa foto tersebut, akan aku ceritakan kemudian nanti.
Nak pergi renew passport di Jabatan imigresen JB agak malas kerana pasti terlalu ramai umat manusia lalu mcm biasa ,kami ke Imigresen Tg Pengelih yang berdekatan dengan teratak kami tepi hutan pada hari isnin yang indah .Tg. Pengelih ni kira2 salah satu pintu masuk ke negara kita yang berdekatan dengan Changi di Singapura. Dari Tg Pengelih pun dah boleh nampak Temasek . Tapi pelancong yg masuk dan keluar hanya menggunakan bot kecil sahaja.
RM 300 utk satu permohonan pembaharuan yang akan tamat 5 tahun selepas itu. Kerana ada lebih kurang 6 bulan lagi , maka dapatlah jangkahayatnya dalam 5 tahun 6 bulan lagi sebelum diperbaharui semula.
Serahkan segala dokumen dan hari khamis petang nanti dan boleh ambik tanpa perlu menunggu berejam2 jika ke buat di JB.
Sebenarnya passport tu depa hantar ke Jabatan Imigresen JB juga utk segala urusan pembaharuan, cuma kita tak payah le ke JB nak menunggu dari pagi hingga petang .
Alhamdulillah
Passport dah siap dan bolehlah mula rancang2 utk trip hujung tahun ni nanti .Aku ingat aku nak pi pasang atap kat Zimbabwe nanti .
Insyallah
Jauh langkah bila pasport dah hidup balik tu :)
BalasPadamPasport saya akan meninggal dunia 2016 nanti. Buat balik kampung kat Papua New Guinea paling cikai setahun sekali :D
laaaa dekat kg bapak jugak , papua old guinea hehehe
Padamjiran sekampung rupanya
ramai rakyat indon pati datang negara kita xyah passpot pownn.. uhhhuu, salam ramadhan abg rezeki tuuu
BalasPadammalaysia boleh kan heheheheh
Padamsalam ramadhan jugak buat hj me sekeluarga
As Salam,
BalasPadamwah, lama sungguh pak menakan menyepi diri.. jenuh anak menakan mencari serata estet.. risau woooo.. sib baik muncul semula, tak yah lah anakda turun 'high castle' wat polis repot.. heh heh
selamat berpuasa untuk pak itam & mak itam..
salam anak menakan
Padambapak menghilang diri menuntut ilmu penghaib dan habiskan juzuk silat rebung yg tak habis dulu hehehe
selamat berpuasa buat anak menakan dan adik2 ye hehehe
Assalamualaikum Pak Itam,
BalasPadamLamanya kaknab tak tggl komen kat sini ... byk kali ter'miss' baca post2 yg sentiasa mencuit hati :)...ni nak kena study semua yg tertggl tu...
Ohoo..nak ke zimbabwe yer...hehehe...wat umah baru ke pak itam? sempat ke masuk raya ni?
Selamat beribadah pak itam & mak itam..
waalaikumsalam kak nab
Padamsalam ramadhan buat kak nab dan keluarga
hehehe saya pun dah 2 bulan lebih cuti berblog, ni baru nak menulis semula
umah baru takpe, jgn org umah baru hehehe
Assalamualaikum.kebetulan terjumpa blog ini ketika google perihal umrah.saya insya-Allah nak buat umrah mei ini.kebetulan paspport saya akan mati bulan 10 tahun ini. jadi bolehkah saya renew passport sekarang? bulan 2 walaupun lebih dari tempoh 6 bulan sebelum passport saya mati
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamalahmdulillah
pasport mesti sekurang2nya 6 bulan hidup sebelum terbang , maksudkan Ummu Auni kena hidupkanlah pasal nak pergi bulan 5 dan bulan 5 sampai bulan 10 kira tak sampai 6 bulan passport tu hidup
boleh renew dah