WARGA SCP

Khamis, November 29, 2012

ADEK POST DALAM SINGLE HDR

ALHAMDULILLAH
Adek hanya berak dalam bekas pasir dia je 
Adek ni baka persian semi flat dan baru 2 bulan lebih je . Tapi adek ni punyalah aktif sampai tak terlayan . Biasalah , budak tengah membesar . Manjat sana,manjat sini. Orang tua pun suka manjat sana,manjat sini hehehe

Kalau jenis tak duduk diam, maknanya ia sihat la tu

Ni beberapa keping foto adek yang aku sempat buatkan single HDR. Punyalah azab nak ambik gambar adek kerana dia jenis tak tahu duduk diam.Namun keletahnya buat aku terhibur . Berbanding sekor lagi kucing aku yang bernama Blackey yang jenis penakut sungguh .

Yang paling seronok bila aku balik noreh panggil depa dengan nama yang aku berikan , depa ni jenis dengar cakap dan datang mengerumun kat aku.Nanti yang meleset-meleset, yang mintak dibelai lain, yang nak menyeludup masuk dalam kain pelikat gombang aku pun ada hehehe



Sejarah kami membela kucing ni bermula belas tahun yang lalu bila kakak aku bagi kami sekor kucing baka Parsian yang kami beri nama Pussy . Kalau balik kampung masa tu, Pussy pun ikut sekali . Tapi Pussy dah meninggal dunia lepas dia lahirkan tiga ekor anak. 

Lepas diaberanak ,dia mula duduk termenung. Aku rasa sakit meroyan. Anak2 kecil dia tak mahu susukan. Kenalah bancuhkan susu tepung dan kasi kat anak2 kecil dia yang 3 ekor tu

Lat seminggu Pussy meninggal petang tak salah aku lepas pagi tu aku bawa ke klinik haiwan . 

Pussy  meninggal belakang pintu bilik anak aku dalam senyap2 je . Aku tanam kat belakang rumah aku tepi hutan tu. Kesian anak2 dia kecik2 dah takda ibu . Jadi kenalah susukan tetiap hari pakai susu tepung . Dari 3 ekor anaknya , sampai sekarang yang masih hidup tinggal sekor je iaitu CC.

Nampak macam senang je bela kucing2 ni, tapi kalau nak bela tanggungjawabnya besar kerana kena pastikan semua keperluan kucing2 ni terjamin . Kalau tak , menangung dosa pula.

Kalau dulu masa kucing2 aku tengah banyak dalam 18 ekor masa tu, dia punya makan sebulan beratus jugak . Tapi aku anggap satu sedekah jugak kerana kucing2 tu pasti turut mendoakan untuk kami juga.

Sekarang dah tak ramai dalam 6 ekor je  

Ingat lepas ni aku nak bela beruang dan anak rimau je hehehe

Babi hutan tak payah bela pasal memang berkeliaran kat belakang belukar kecil belakang pondok aku tepi hutan tu ngeh,ngeh,ngeh

Selasa, November 27, 2012

KERJA DOK MELAMBAK, BILA NAK CUTI NI WEI

ALHAMDULILLAH


masa aku bukak pintu bilik ni
aku rasa sayu je
Kerja dok melambak tak siap2 lagi . Tapi nak tak nak , aku kena pulun siapkan semua sebelum habis bulan ni dan awal bulan disember nanti boleh slow down sikit sebelum semua urusniaga digantung buat sementara waktu dalam 3 minggu kerana aku nak lepaskan lelah setelah hampir setahun bekerja.

Kerana melambak kerja nilah, cuti umum bagi negeri Johor Rabu lalu aku terpaksa kerja jugak . Foto kat atas tu kalau tak salah aku ambil lebih kurang tanggal 12 November semasa arwah minta aku ukur dan gantikan dengan yang baru kerana telah rosak dimakan anai-anai. 

Tanggal 21 November lalu , aku janji akan jalankan kerja2 pengantian seperti yang diamanahkan , namun pada pagi tu jugak arwah kembali ke rahmatullah secara mengejut tanpa sebarang tanda.

Jadi sebagai menunaikan amanah terakhir dari arwah , hari khamis lalu aku selesaikan segala2nya . Masa aku bukak pintu biliknya, sayu juga rasa hati ku kerana biliknya masih seperti biasa tanpa diusik . Itulah lumrahnya kehidupan kita , setiap yang hidup pasti akan kembali pada Pencipta kita. Kita sebagai yang hidup ambil iktibar yang kita juga akan menyusul nanti dan ia tidak tercepat barang sesaat pun dan juga tidak terlambat barang sesaat juga.

Pukul 9.00 , kami mulakan kerja di bahagian atas dahulu namun kerja yang sepatut tak ambil masa yang lama tak dapat dielakkan kerana jenang asal pintu dahulu yang menggunakan kayu kelihatan bengkok dan begitu jugak "frame" kiri dan kanan.

Leceh sikit ni kerana nak kena potong dan ketam pintu yang baru ni . Namun aku tak risau kerana tukang kayu aku dah biasa dengan kerja2nya . Cuma kalau biasa 1/2 jam siap sepasang pintu, tapi kerana kena potong sikit pintu baru, maka sejam jugak baru siap sepasang pintu.Nak buat macam mana, terima jelah kerana Allah S.W.T dah tetapkan begitu dan kita kena akur .
 

Kat kul dua lebih jugak semua pintu2 siap dipasang dan siap varnis serta laquer sekali . Lepas ni aku tak tahulah samada aku masih dapat job dan bekalkan "gotah ojol" kat sekolah ni lagi kerana tak tahu siapa yang akan gantikan tempat arwah .

Lain padang, lain belalang namun semua rezeki Allah yang tentukan .

Minggu ni aku cuba slow down sikit gear kerja aku dan harap2 semua siap sebelum habis bulan ni kerana sebarang panggilan pasti tak akan ku jawab kerana aku dah bagi notis kat depa yang aku akan berada luar kawasan dalam 2-3 minggu juga. Hampir setahun menoreh dan jiwa serta minda juga perlu rehat . Kalau cari duit , sampai mati pun tak habis cari . Jadi aku nak gunakan nanti kesempatan tu untuk bagi semangat semula dan refresh segala2nya . Harap2 nanti segala perancangan berjalan lancar dengan keizinan Allah S.W.T jua kerana Dialah pentadbir seluruh sekalian alam .

Insyallah.


my carpenter

Isnin, November 26, 2012

ADEK MENGENCAH RUMAH

ALHAMDULILLAH


Nampak gaya lambat benor aku pi noreh pagi ni pasal melayan Adek dok mengencah rumah. Leka melayan dia dari lepas suboh tadi .

Habis semua dia buat kecah. 

Adek tungga bapak balik noreh ya ,
nanti kita sambung main.



Khamis, November 22, 2012

SEMOGA ROH MU DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG BERIMAN

ALHAMDULILLAH 

Lepas subuh tanpa kokokan ayam seperti biasa jika aku berada di teratak ku di pekan HC berbanding pondok usang ku di tepi hutan, aku telah bersiap dengan segala peralatan kerja dan "getah ojol" yang perlu aku hantar ke sebuah sekolah yang menjadi pelanggan ku . 

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” 
(Diriwayatkan al-Baihaqi) 

Pagi ni seperti yang dirancang selain menghantar "gotah ojol" di situ, beberapa buah pintu kayu solid  yang telah aku tempah dikilang papan seminggu sudah serta puluhan fomica putih yang akan mengantikan papan2 hitam yang usang  akan dihantar pagi ni juga kerana dalam cuti sekolah macam nilah masa yang paling sesuai untuk menjalankan kerja2 pengantian dan tidak mengganggu sessi persekolahan. 

Namun pagi ni, kami  bercadang untuk melakukan kerja2 memvarnish sahaja dan esok nanti baru memasangnya nanti.

Teringat kata2 Tuan Pengetua sekolah ni yang lebih mesra aku panggil "Abang" yang meminta aku menyegerakan agar salah satu pintu masuk ke biliknya diganti kerana telah rosak dan reput dek anai-anai.

Aku telah mengenalinya agak lama juga dalam 10-15 tahun dan aku anggap  dah macam abang sendiri seperti bukan hubungan macam dengan peniaga dan pelanggan. Namun aku tidak pernah sesekali mengambil kesempatan atau "advantage" atas hubungan yang agak baik ini untuk perniagaan ku . 

Memang begitu prinsip ku sejak dulu lagi tak kira aku berurusan dengan siapa pun kerana aku berpegang pada prinsip yang "Rezeki Allah Yang Tentukan" dan bagaimana Allah nak beri dan melalui siapa, aku berserah.

Namun usaha dan ikhtiar aku ialah menyediakan "service" yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan aku dan dari situ tentu mereka dapat menilai nanti.



Aku mahukan  keberkatan dan aku tak mahu dapat job kerana "kronisme" dan mutu atau perkhidmatan yang sepatutnya menjadi kayu pengukur . 

Macam medal2 dalam paparan ini yang aku telah siapkan minggu lepas untuk sekolah "Abang", rasanya kerana apa yang aku tawarkan untuk mereka memenuhi kritiria , dah bertahun2 lamanya, "Abang" tetap menempah dari ku . Aku hantarkan kepada "Abang" hari Isnin lalu dan tak menyangka itulah pertemuan kami yang terakhir kali semasa hayatnya dikandung badan.

Kami berbual macam biasa hal berkaitan  kehidupan di dalam pejabatnya hampir sejam sebelum aku minta diri dan berjanji pagi Rabu nanti aku akan datang lagi .

200 meter sebelum aku sampai ke sana , aku ditahan oleh pengawal keselamatan sekolah yang aku kenali dalam keadaan tergesa2 dengan kata2 "Boss Meninggal" baru kejap ni dan jenazah ada di klinik kesihatan kecil berhampiran. Aku terpingga2 dan meneruskan perjalanan masuk dalam pagar sekolah untuk mendapatkan kepastian.


"Abang" pagi ni macam biasa datang awal pagi ke sekolah dan memberikan kata2 semangat kepada anak2muridnya dikantin sekolah sebelum mereka memasuki ke dewan peperiksaan untuk kertas fizik SPM tak salah aku. Antara calon2 adalah anak lelakinya sendiri yang aku boleh kategorikan sebagai seorang murid yang baik dan sungguh menghormati guru2 dan orang lain walaupun bapanya pengetua di situ.

5 minit selepas itu, "Abang" jatuh terlentang di situ juga dipercayai diserang serangan jantung secara mengejut lalu terus dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan dan disah telah kembali ke Rahmatullah. Sungguh mudah "Abang" pergi . 

9.30 pagi jenazah "Abang" terus  dihantar ke rumahnya dan guru2 bertugas di situ merahsiakan dari pengetahuan anakandanya yang sedang menghadapi peperiksaan kerana tidak mahu mengganggu emosinya ketika itu. 

11.00 pagi aku sama2 berada disitu melihat "Abang" dimandikan serta sama2 membantu mengkafankan sebelum dibawa ke masjid berhampiran kerana azan zohor akan berkumandang bila2 masa sahaja. Ramai sungguh saudara mara, sahabat handai termasuk Tuan Pengarah Pelajaran serta timbalannya sebagai memberi penghormatan terakhir . Lepas solat zuhur, rasanya hampir 500-600 orang juga yang sama2 mengerjakan solat jenazah dan ketika  itu anaknya yang baru selesai menghadapi SPM untuk kertas hari ni terus dibawa dari sekolah menuju ke masjid untuk menatap wajah ayah tersayang buat kali terakhir sebelum dikebumikan dan keadaannya kelihatan trauma rasanya yang pasti berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Allah telah mempermudahkan sungguh buat "Abang" dan yang pasti kerana sebelum ini pada pandangan aku, "Abang" seorang yang akan mempermudahkan segala urusan orang lain termasuk semasa aku berurusan dengannya . Begitulah rasanya , jika kita permudahkan urusan orang lain,insyallah Allah akan permudahkan urusan kita . Cara dan bagaimana, hanya Allah yang mengetahui .

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa "Abang" dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Semoga roh "Abang" dicucuri rahmat dan aku kehilangan seorang lagi sahabat yang ku anggap seperti saudara ku sendiri.

AL FATEHAH

Isnin, November 19, 2012

MELANGSIR KITA

ALHAMDULILLAH

Al maklumlah,

Hujung-hujung tahun ni macam biasa banyak kerja-kerja menoreh yang perlu aku bereskan membabitkan projek-projek kecil yang pasti semuanya itu datang dari Allah S.W.T yang menyebabkan aku memang tak sempat menjenguk SCP dan melilau ke rumah rakan2 sekalian.

Ni salah satu projek kecil yang aku perlu bereskan dan siapkan di beberapa bilik bangunan baru di sebuah sekolah . Jadi sepanjang 2-3 hari lalu, aku sibuklah pulak ke kilang kain kerana nak pilih kain langsir untuk "Day Light Curtain" a.k.a "Transluscent Curtain" serta bahagian depannya langsirnya nak kena "match" . 

Depa cuma bagi tahu aku nak warna biru turquoise kena dengan permaidani yang dipasang di salah sebuah bilik ni. Aku dah ukur sesiap berapa banyak tingkap yang perlu dipasang nanti serta pintu. Banyak jugak nak kena siapkan . 


Alah beli memang memakai , aku dapatkan kain yang bermutu namun harganya pun boleh tahan jugak berpuluh semeter hanya untuk "Day Light Curtain" tu . Tu belum masuk langsir depannya lagi . Insyallah, selagi sekolah tu tak runtuh , selagi tu aku rasa langsir tu akan dapat bertahan berbanding dengan "day Light Curtain" yang harganya murah yang kekadang tak sampai setahun akibat panahan cahaya matahari, kainnya akan reput dan koyak dengan sendirinya.

Tu baru satu hal, lepas tu sibuk pulak cari kain satin yang agak baik mutunya dan aku sengaja pilih kuning agar agak kontra sikit dengan warna langsir dan carpet . Mak Itam ikut sekali masa aku menguruskan sessi pemilihan ni kerana 4 mata lebih baik dari dua mata semasa memilih. 

kalau kerusi ni warna biru , tentu lebih cantik bilik ni

kat belakang dinding yang kosong tu nanti aku nak kena hias dengan
bendera semua negeri yang jenis bertiang dan tetengahnya ada jata negara dan kiri kanan gambar DYMM  Agong dan Permaisuri 
 
Depa tak mau jahit jenis ropol2 tu, hanya simple sahaja . Jadi bertambah mudah sikit kerjanya . Lepas dah puas hati dan kira berapa kayu nak pakai , maka kerja2 menjahit pun bermula yang memakan masa 1/2 hari jugak dipulun oleh 3-4 orang tukang jahit sekali gus macam "lipas kudung" kerana banyak bidang lansir yang nak kena jahit . Untuk "skirting" pun bolehlah tahan masa yang diperlukan untuk menjahitnya.

Siap satu bab , satu bab lagi menyusul.

Nak kena pasang cangkuk pulak dan supaya "ngam-ngam soi" ikut saiz "rel"nya pula yang setiap tingkap sepanjang 6 kaki 6 inci.

5-6 orang sekali pasang dan dalam 2 jam siap semua sekali. 

Habis satu hari penuh untuk semua urusan ni. Urusan kedua pula muncul kerana nak kena potong pula rel langsir yang banyak untuk "double layer" dan setengah hari baru siap.

 
Jumaat lepas , aku pepagi subuh dah keluar menuju ke sekolah tu sarat dengan segala benda alah ni . Dalam perjalanan , hp aku berbunyi pulak dari sebuah agensi kerajaan yang minta aku datang pagi tu jugak kerana mereka berminat untuk satu projek secara pembelian terus akan "getah ojol" aku dan tak boleh tangguh-tangguh lagi kerana masa semakin suntuk .

Bak kata pepatah,
"musuh jangan dicari,
 rezeki jangan ditolak"

Maka terkejar-kejar aku pagi tu . Kerja "mendrill" ni pun agak rumit jugak kerana kena dinding yang keras dan memantul punyalah azab. Rel langsir ni dilekatkan ke dinding dalam "wall plug" dan diskrew agar tak senang runtuh dan nampak kemas. 

Aku sempat drill untuk beberapa tingkap untuk rel tu sebelum aku minta pekerja aku sangkutkan langsir2 tu sebelum aku berkejar semula memecut laju motor roda tiga ku ke destinasi seterusnya dalam 45 km jugak tapi aku rasa berbaloi kerana boleh tahan jugak jumlah 'gotah ojol" yang depa nak aku bekalkan dalam masa seminggu je selepas "pesanan kerajaan" dikeluarkan nanti . 

Patah balik dah dekat jam 12 tgh jugak dan hari tu hari jumaat , kenalah berhenti dan siap2 pulak nak bentang tikar kat masjid . 2.00 petang sambung balik "noreh" sampai 6.00 ptg dan hanya 30% dari keseluruhan kerja2 pemasangan rel dan langsir tu yang siap . 

Sabtu Ahad tak boleh buat kerana sekolah tutup , nampak gaya esok, lusa , tulat aku kena pulunlah sampai siap kerana khamis sekolah tutup bagi negeri Johor kerana cuti sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor . 

Moga semua kerja aku dapat bereskan dengan izin Allah jua.

Banyak  lagi yang perlu disiapkan dan senang cerita semua projek menoreh kena aku siapkan satu persatu sebelum habis bulan ni kerana bulan depan aku nak cuti sebulan honeymoon dgn mak itam.
Insyallah.

UPDATE
Salam takziah buat CL seisi keluarga (Blog PDKM) atas pemergian adindanya yang tercinta
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman 

Al Fatehah

Selasa, November 06, 2012

LISUT @ TISSOT

ALHAMDULILLAH 

Bapak pernah bilang dalam n3 sebelum ni yang jam tangan bapak ni pernah meragam dan perlu masuk dalam bengkel . Jam ni sebenarnya dah lama bapak miliki dan dah serata tempat ceruk rantau dia ikut bapak.

Kali pertama dia meragam masa bapak pi haji tahun 2007 . Kerana jam ni jenis touch screen dan mempunyai banyak fungsi antaranya fungsi kompas , tu sebab bapak gemar sekali kerana kalau bapak pi mana2 , senang bapak nak cari kedudukan arah kiblat.

Lagi satu nampak je besar dan berat tapi ringan sebenarnya kerana keseluruhan bodynya dari Titanium yang terkenal dengan kelasakannya.

Nak jadi cerita suatu ketika dalam tahun 2007 dalam Masjidil Haram , bapak sajalah gunakan fungsi kompas ni untuk cari arah mata angin kerana kalau kat tempat lain bapak boleh gunakan fungsi kompasnya untuk cari arah kiblat,jadi bapak nak tengok adakah teknologi yang dicipta oleh manusia boleh digunakan di Makkah.

Lepas bapak hidupkan "butang function" dia , jarum tu berputar tak mau dan renti ikut suka dia dan terus "biul".



banyak fuction antaranya kompas, altimeter, meteo, suhu dll
hanya touch di screen
Mengikut kajian ,Kaabah merupakan pusat paksi bumi yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Pada firasat bapak , jam tu biul kerana Allah ingin menunjukkan bahawa sejauh mana kecanggihan teknologi yang dicipta oleh manusia , pasti tidak terlawan walau sebesar zarah pun kekuasaan Allah dalam mentadbir seluruh sekalian alam.

Balik je dari sana, bapak pergilah hantar dan depa gantikan satu set "enjin" yang baru .

Kemudian dalam setahun setengah lepas tu, dia buat perangai lagi kerana "touch screen" dia agak sensetif dan bapak pulak pakai jam ni selalu , waima pegi noreh sekali pun. Lalu jam ni bapak pun tak pakai dan terperap dalam laci.

Nak pegi hantar servis , servis centrenya kat KL dan setiap kali pegi KL, selalu terlupa nak bawak sekali.




Kebetulan dah 3-4 bulan lepas masa bapak balik KL , bapak pegilah hantar kat servis centrenya di Menara Gold Hill ,Jalan Raja Chulan .

Depa kata sparepart untuk model ni dah takda , tapi jika bapak sertai " program exchange" Tissot, bapak akan diberikan jam untuk model terbaru Tissot T Touch II dengan hanya perlu membayar separuh je dari harga jam tu .

Daripada terbiar gitu je, baik sertainya.
Jam lama tu depa hantar balik ke pengilangnya di Swiss dan ambik masa dua bulan untuk depa verifiy. Awal September hari tu depa email yang mengatakan jam baru bapak dah sampai serta sedia diambil dalam masa 3 bulan dari tarikhnya. Kalau tak, kira "burn"

Bapak kebetulan tak pulak naik ke KL. Cuma hari raya haji tu, bapak ke KL dan terus ambil jam tu dan bayar hanya separuh je dari harga asalnya.

Lepas ambik bapak ingat nak "lego" je jam tu murah2 dalam 2K , tapi takda yang berani dan minat dan pengabisnya sampai sekarang jam tu masih dalam kotaknya siap berlengkor sekali dengan bantal kecik putihnya .Ingat kita je tidur pakai bantal.

Bapak belum ada ilham bila nak pakai Lisut ni pasal sekarang bapak pegi  memana ,bapak bawak jam dinding je  hehehe

ALHAMDULILLAH




Ahad, November 04, 2012

MELAYAN MEE SOTO TULANG.

ALHAMDULILLAH

Stok lauk dalam peti sejuk dah habis. Jadi kenalah pegi pasar tani pagi sabtu . Macam biasa ke Larkin destinasi kami. Lewat sikit keluar dan sampai dekat jam 8.00 pagi juga.

Sementara mak itam menuju ke gerai menjual hasilan laut, melilau aku , mana nak tambat kuda  ni kerana semua parking penuh . 

Alhamdulillah,
setelah tawaf seround kat situ, ada ruang sikit untuk aku tambat kuda aku.





Ikan tak berapa banyak macam selalu. Maklumlah sekarang musim hujan dah tiba . Selang sehari je pasti hujan lebat turun . Pasti nelayan sekarang dah tak segalak ke laut kerana al maklumlah , dah nak masuk musim tengkujuh. Dapat sikit buat stok seminggu je .

Lepas tu melencong ke gerai jual daging , ingat nak beli kambing buat lamb chop macam minggu sudah, tapi mesin potong tu tak dibawa minggu ni oleh tuannya. Pengabis belilah sikit daging batang kelapa a.k.a batang pinang hehehe

Aku pun sebenarnya tak tahu mana depa dapat nama "daging batang pinang ni"

Beli sikit tulang kerana chef aku cakap nak masak mee sup soto tulang tengahari nanti.





Sebelum beredar sempat kami pi sarap pekena lontong kering kat gerai bawah pokok tu yang sentiasa menjadi tumpuan pelanggan . Separuh tempat depa tak panggil lontong kering. Depa panggil lontong darat . 

Bezanya dengan lontong biasa ialah takda kuah lodeh . Tu yang dipanggil lontong kering kerana ada nasi impit, kuah kacang dengan kacang panjang serta sedikit serunding dan rendang.

Mak itam pekena nasi ambang . Jadi sementara balik nanti nak tunggu hidangan tengahari siap , takdalah perut tu "berkeroncong"

Selesaikan beberapa urusan macam biasa kat beberapa tempat sebelum sampai ke HC dekat jam 12.00 tgh jugak.





Mak Itam bersilat kat dapur , aku pulak bersilat jugak hehehe
Bersilat kat atas buat apa yang patut mengadap kerja2 yang melambak jugak . Lepas zohor, chef aku dah siapkan hidangan tengahari kami .

Memacam ada dalam bahan mee sup soto tulang ni.
Yang pasti supnya gunakan rempah soto, ada pengedil , ada soon yang dah digoreng kalau tak salah aku serta daun sup dan paling penting ada bawang goreng . Kalau tak , tak kick

Alhamdulillah
kena dua mangkuk kira cover sampai malam nanti kerana kami jarang makan malam .