ALHAMDULILLAH
Stok lauk dalam peti sejuk dah habis. Jadi kenalah pegi pasar tani pagi sabtu . Macam biasa ke Larkin destinasi kami. Lewat sikit keluar dan sampai dekat jam 8.00 pagi juga.
Sementara mak itam menuju ke gerai menjual hasilan laut, melilau aku , mana nak tambat kuda ni kerana semua parking penuh .
Alhamdulillah,
setelah tawaf seround kat situ, ada ruang sikit untuk aku tambat kuda aku.
Ikan tak berapa banyak macam selalu. Maklumlah sekarang musim hujan dah tiba . Selang sehari je pasti hujan lebat turun . Pasti nelayan sekarang dah tak segalak ke laut kerana al maklumlah , dah nak masuk musim tengkujuh. Dapat sikit buat stok seminggu je .
Lepas tu melencong ke gerai jual daging , ingat nak beli kambing buat lamb chop macam minggu sudah, tapi mesin potong tu tak dibawa minggu ni oleh tuannya. Pengabis belilah sikit daging batang kelapa a.k.a batang pinang hehehe
Aku pun sebenarnya tak tahu mana depa dapat nama "daging batang pinang ni"
Beli sikit tulang kerana chef aku cakap nak masak mee sup soto tulang tengahari nanti.
Sebelum beredar sempat kami pi sarap pekena lontong kering kat gerai bawah pokok tu yang sentiasa menjadi tumpuan pelanggan . Separuh tempat depa tak panggil lontong kering. Depa panggil lontong darat .
Bezanya dengan lontong biasa ialah takda kuah lodeh . Tu yang dipanggil lontong kering kerana ada nasi impit, kuah kacang dengan kacang panjang serta sedikit serunding dan rendang.
Mak itam pekena nasi ambang . Jadi sementara balik nanti nak tunggu hidangan tengahari siap , takdalah perut tu "berkeroncong"
Selesaikan beberapa urusan macam biasa kat beberapa tempat sebelum sampai ke HC dekat jam 12.00 tgh jugak.
Mak Itam bersilat kat dapur , aku pulak bersilat jugak hehehe
Bersilat kat atas buat apa yang patut mengadap kerja2 yang melambak jugak . Lepas zohor, chef aku dah siapkan hidangan tengahari kami .
Memacam ada dalam bahan mee sup soto tulang ni.
Yang pasti supnya gunakan rempah soto, ada pengedil , ada soon yang dah digoreng kalau tak salah aku serta daun sup dan paling penting ada bawang goreng . Kalau tak , tak kick
Alhamdulillah
Salam bapak. Aisehmen dah lepaih tengah malam tengok ni, perut saya pulak yg berkeroncong..kena tidoq cepat nih, kalau tidak saya pi selongkaq dapoq pulak :D
BalasPadamwaalaikumsakam
Padamkarang nyelongkor dapur memalam, orang ingat tikus mondok hehehe
Jauhnya Pak Itam gie pasar dr HC ke Larkin...
BalasPadamkalau dari teratak tepi hutan jauh bebenor hehe
Padamkalau dari HC dalam 1/2 jam lebih sikit je drive
lagi pun kat pasar tani larkin ni semua ada dan pengunjung plet "S" penuh sekali setiap minggu
Salam Pak itam,
BalasPadamPerghh!!..menggoda sungguh!sekarang jugak saya pergi cari tulang...nak cari tulang..nak cari tulang...
waalaikumsalam
Padamheheh
dah lepas tu nak cari kayu, nak cari kayu hehe
P E N G S A N !!!!
BalasPadamhehehe
PadamSAlam Bapak,
BalasPadambila nak ajak saya pi makan tu..
adehh tak menahan nengoknya!
waalaikumsalam
Padamkalau dekat boleh ajak je hehehe