ALHAMDULILLAH
Bapak pernah bilang dalam n3 sebelum ni yang jam tangan bapak ni pernah meragam dan perlu masuk dalam bengkel . Jam ni sebenarnya dah lama bapak miliki dan dah serata tempat ceruk rantau dia ikut bapak.
Kali pertama dia meragam masa bapak pi haji tahun 2007 . Kerana jam ni jenis touch screen dan mempunyai banyak fungsi antaranya fungsi kompas , tu sebab bapak gemar sekali kerana kalau bapak pi mana2 , senang bapak nak cari kedudukan arah kiblat.
Lagi satu nampak je besar dan berat tapi ringan sebenarnya kerana keseluruhan bodynya dari Titanium yang terkenal dengan kelasakannya.
Lagi satu nampak je besar dan berat tapi ringan sebenarnya kerana keseluruhan bodynya dari Titanium yang terkenal dengan kelasakannya.
Nak jadi cerita suatu ketika dalam tahun 2007 dalam Masjidil Haram , bapak sajalah gunakan fungsi kompas ni untuk cari arah mata angin kerana kalau kat tempat lain bapak boleh gunakan fungsi kompasnya untuk cari arah kiblat,jadi bapak nak tengok adakah teknologi yang dicipta oleh manusia boleh digunakan di Makkah.
Lepas bapak hidupkan "butang function" dia , jarum tu berputar tak mau dan renti ikut suka dia dan terus "biul".
Lepas bapak hidupkan "butang function" dia , jarum tu berputar tak mau dan renti ikut suka dia dan terus "biul".
banyak fuction antaranya kompas, altimeter, meteo, suhu dll
hanya touch di screen
Mengikut kajian ,Kaabah merupakan pusat paksi bumi yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Pada firasat bapak , jam tu biul kerana Allah ingin menunjukkan bahawa sejauh mana kecanggihan teknologi yang dicipta oleh manusia , pasti tidak terlawan walau sebesar zarah pun kekuasaan Allah dalam mentadbir seluruh sekalian alam.
Balik je dari sana, bapak pergilah hantar dan depa gantikan satu set "enjin" yang baru .
Kemudian dalam setahun setengah lepas tu, dia buat perangai lagi kerana "touch screen" dia agak sensetif dan bapak pulak pakai jam ni selalu , waima pegi noreh sekali pun. Lalu jam ni bapak pun tak pakai dan terperap dalam laci.
Nak pegi hantar servis , servis centrenya kat KL dan setiap kali pegi KL, selalu terlupa nak bawak sekali.
Kebetulan dah 3-4 bulan lepas masa bapak balik KL , bapak pegilah hantar kat servis centrenya di Menara Gold Hill ,Jalan Raja Chulan .
Depa kata sparepart untuk model ni dah takda , tapi jika bapak sertai " program exchange" Tissot, bapak akan diberikan jam untuk model terbaru Tissot T Touch II dengan hanya perlu membayar separuh je dari harga jam tu .
Daripada terbiar gitu je, baik sertainya.
Jam lama tu depa hantar balik ke pengilangnya di Swiss dan ambik masa dua bulan untuk depa verifiy. Awal September hari tu depa email yang mengatakan jam baru bapak dah sampai serta sedia diambil dalam masa 3 bulan dari tarikhnya. Kalau tak, kira "burn"
Bapak kebetulan tak pulak naik ke KL. Cuma hari raya haji tu, bapak ke KL dan terus ambil jam tu dan bayar hanya separuh je dari harga asalnya.
Lepas ambik bapak ingat nak "lego" je jam tu murah2 dalam 2K , tapi takda yang berani dan minat dan pengabisnya sampai sekarang jam tu masih dalam kotaknya siap berlengkor sekali dengan bantal kecik putihnya .Ingat kita je tidur pakai bantal.
Bapak belum ada ilham bila nak pakai Lisut ni pasal sekarang bapak pegi memana ,bapak bawak jam dinding je hehehe
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Assalam bapak, lisut ni kgemaran hubby sy jgk.. Crik lmt edition smpi ke kb sbb kl dh hbis.. Tp idok le yg touch2 ni mahei bapaknyeeeee.. Huhuhuhu.. Cube msuk forum bpak, kompem laku ni.. Xpon bpak kn penoreh, penoreh mmg mampu pki lisut ni bebyk.. Simpan je bapak...
BalasPadamwaalaikumsalam
Padammasih dlm kotak, rasanya akan ku pakai nanti
tissot ni kebanyakannya feveret semua man. hehe, termasuk my dad. kalo bab dia rosak tu sampai tak leh guna lagi, rasa2nhya tak yah pakai. bawa jam dinding lgi bgus kot :P
BalasPadamkita gantung je jam dinding kat leher hehehe
PadamSalam bapak. Canggihlah jam bapak tu, terkedu saya memandangnya. Jam tangan saya boleh touch skrin jugak tapi cuma lekat cap jari saja, kehkehkeh! Bapak jangan ambik hati naa, saya bergurau2 ja nih.
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamngeh ngeh ngeh
As Salam Bapak Menakan,
BalasPadamjuai kat cheq ajelah.. kira rega sedara mara.. cheq bayaq bulan-bulan rm saploh hengget.. amacam?? buley kannnnnnn.. tak kan mengira kot.. heh heh
waalaikumsalan
Padamikat 676 bulan hehehe
Assalamualaikum Pak Itam...apa kabaar, lama kak nab tak singgah umah pak itam...hari tu ada singgah, cilok gambar aiskrim yg kat Al-Massa tu, sbb masa g umrah feb baru2 ni lupa nak snap gmbr aiskrim!!
BalasPadamJam tu boleh check body temperature tak? hehe..
waalaikumsalam kak nab
Padamalhamdulillah sihat
tahun dpn pegi jgn lupa ambik gambar kat situ hehehe
rindu nak ke sana kak
Salam Pak, catik jam tu..... dah ada pembeli ke?
BalasPadamwaalaikumsalam
Padammasih terperap dlm kotak
Assalammualikom pak itam....
BalasPadamApe kabar? Cantik Jam tangan tu..tapi mesti lebih cantik Jam Dinding yang pak itam pakai sekarang ni kan....
Ada rezeki kita boleh jumpe kembali.....
Ana sekarng di luar negara....
JazakaAllah
waalaikumsalam
Padamdah kat sana ya , pejam celik nanti dah nak balik
jaga diri kat tempat org
InsyaAllah...ada masa melawat la ana...
Padam