Adek hanya berak dalam bekas pasir dia je |
Adek ni baka persian semi flat dan baru 2 bulan lebih je . Tapi adek ni punyalah aktif sampai tak terlayan . Biasalah , budak tengah membesar . Manjat sana,manjat sini. Orang tua pun suka manjat sana,manjat sini hehehe
Kalau jenis tak duduk diam, maknanya ia sihat la tu
Kalau jenis tak duduk diam, maknanya ia sihat la tu
Ni beberapa keping foto adek yang aku sempat buatkan single HDR. Punyalah azab nak ambik gambar adek kerana dia jenis tak tahu duduk diam.Namun keletahnya buat aku terhibur . Berbanding sekor lagi kucing aku yang bernama Blackey yang jenis penakut sungguh .
Yang paling seronok bila aku balik noreh panggil depa dengan nama yang aku berikan , depa ni jenis dengar cakap dan datang mengerumun kat aku.Nanti yang meleset-meleset, yang mintak dibelai lain, yang nak menyeludup masuk dalam kain pelikat gombang aku pun ada hehehe
Sejarah kami membela kucing ni bermula belas tahun yang lalu bila kakak aku bagi kami sekor kucing baka Parsian yang kami beri nama Pussy . Kalau balik kampung masa tu, Pussy pun ikut sekali . Tapi Pussy dah meninggal dunia lepas dia lahirkan tiga ekor anak.
Lepas diaberanak ,dia mula duduk termenung. Aku rasa sakit meroyan. Anak2 kecil dia tak mahu susukan. Kenalah bancuhkan susu tepung dan kasi kat anak2 kecil dia yang 3 ekor tu
Lat seminggu Pussy meninggal petang tak salah aku lepas pagi tu aku bawa ke klinik haiwan .
Pussy meninggal belakang pintu bilik anak aku dalam senyap2 je . Aku tanam kat belakang rumah aku tepi hutan tu. Kesian anak2 dia kecik2 dah takda ibu . Jadi kenalah susukan tetiap hari pakai susu tepung . Dari 3 ekor anaknya , sampai sekarang yang masih hidup tinggal sekor je iaitu CC.
Nampak macam senang je bela kucing2 ni, tapi kalau nak bela tanggungjawabnya besar kerana kena pastikan semua keperluan kucing2 ni terjamin . Kalau tak , menangung dosa pula.
Kalau dulu masa kucing2 aku tengah banyak dalam 18 ekor masa tu, dia punya makan sebulan beratus jugak . Tapi aku anggap satu sedekah jugak kerana kucing2 tu pasti turut mendoakan untuk kami juga.
Kalau dulu masa kucing2 aku tengah banyak dalam 18 ekor masa tu, dia punya makan sebulan beratus jugak . Tapi aku anggap satu sedekah jugak kerana kucing2 tu pasti turut mendoakan untuk kami juga.
Sekarang dah tak ramai dalam 6 ekor je
Ingat lepas ni aku nak bela beruang dan anak rimau je hehehe
Babi hutan tak payah bela pasal memang berkeliaran kat belakang belukar kecil belakang pondok aku tepi hutan tu ngeh,ngeh,ngeh
Ingat lepas ni aku nak bela beruang dan anak rimau je hehehe
Babi hutan tak payah bela pasal memang berkeliaran kat belakang belukar kecil belakang pondok aku tepi hutan tu ngeh,ngeh,ngeh
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamjiran saya ada bela kucing juga
keharumanya sampai kat rumah kami juga...he he
waalaikumsalam atuk
Padamdapat pahala tu sama hehehe
Salam Bapak,
BalasPadammasyaAllah comelnya kucing tu..kalaulah kucing tu macam baby..memang nak jer gigit..
tapi saya allergic kucing..:(
waalaikumsalam
Padamadek selagi tak tidur, haru biru dibuatnya hehehe
kucing parsi memang pandai..tak mcm kucing kampung ...kucing parsi saya nama lulu....lulu meninggal masa usia dia 14 tahun....lulu pernah hilang 2 bulan tapi sy jumpa dia semula dlm keadaan yg sungguh kurus tak terbela...agagnya tak pandai cari rumah balik.....lepas tu aku belkan lulu pasangannya mc mighty/kucing jantan...yg juga sungguh bijak...pandai menjaga anak2 mereka.kedua2 kubur mereka bersebelahan.
BalasPadamkat belakang rumah saya tepi hutan , rasanya dah berbelas ekor kami kebumikan kucing2 kami yang mati
Padamrasa sedih jugak bila kenang2 kembali saat menanam mereka tu
Assalamualaikum...
BalasPadamcomellllllnya kucing. kalau dapat ni peluk kuat2. hehehe...
waalaikumsalam
Padamkarang penyek pulak kena peluk hehehe