WARGA SCP

Selasa, November 27, 2012

KERJA DOK MELAMBAK, BILA NAK CUTI NI WEI

ALHAMDULILLAH


masa aku bukak pintu bilik ni
aku rasa sayu je
Kerja dok melambak tak siap2 lagi . Tapi nak tak nak , aku kena pulun siapkan semua sebelum habis bulan ni dan awal bulan disember nanti boleh slow down sikit sebelum semua urusniaga digantung buat sementara waktu dalam 3 minggu kerana aku nak lepaskan lelah setelah hampir setahun bekerja.

Kerana melambak kerja nilah, cuti umum bagi negeri Johor Rabu lalu aku terpaksa kerja jugak . Foto kat atas tu kalau tak salah aku ambil lebih kurang tanggal 12 November semasa arwah minta aku ukur dan gantikan dengan yang baru kerana telah rosak dimakan anai-anai. 

Tanggal 21 November lalu , aku janji akan jalankan kerja2 pengantian seperti yang diamanahkan , namun pada pagi tu jugak arwah kembali ke rahmatullah secara mengejut tanpa sebarang tanda.

Jadi sebagai menunaikan amanah terakhir dari arwah , hari khamis lalu aku selesaikan segala2nya . Masa aku bukak pintu biliknya, sayu juga rasa hati ku kerana biliknya masih seperti biasa tanpa diusik . Itulah lumrahnya kehidupan kita , setiap yang hidup pasti akan kembali pada Pencipta kita. Kita sebagai yang hidup ambil iktibar yang kita juga akan menyusul nanti dan ia tidak tercepat barang sesaat pun dan juga tidak terlambat barang sesaat juga.

Pukul 9.00 , kami mulakan kerja di bahagian atas dahulu namun kerja yang sepatut tak ambil masa yang lama tak dapat dielakkan kerana jenang asal pintu dahulu yang menggunakan kayu kelihatan bengkok dan begitu jugak "frame" kiri dan kanan.

Leceh sikit ni kerana nak kena potong dan ketam pintu yang baru ni . Namun aku tak risau kerana tukang kayu aku dah biasa dengan kerja2nya . Cuma kalau biasa 1/2 jam siap sepasang pintu, tapi kerana kena potong sikit pintu baru, maka sejam jugak baru siap sepasang pintu.Nak buat macam mana, terima jelah kerana Allah S.W.T dah tetapkan begitu dan kita kena akur .
 

Kat kul dua lebih jugak semua pintu2 siap dipasang dan siap varnis serta laquer sekali . Lepas ni aku tak tahulah samada aku masih dapat job dan bekalkan "gotah ojol" kat sekolah ni lagi kerana tak tahu siapa yang akan gantikan tempat arwah .

Lain padang, lain belalang namun semua rezeki Allah yang tentukan .

Minggu ni aku cuba slow down sikit gear kerja aku dan harap2 semua siap sebelum habis bulan ni kerana sebarang panggilan pasti tak akan ku jawab kerana aku dah bagi notis kat depa yang aku akan berada luar kawasan dalam 2-3 minggu juga. Hampir setahun menoreh dan jiwa serta minda juga perlu rehat . Kalau cari duit , sampai mati pun tak habis cari . Jadi aku nak gunakan nanti kesempatan tu untuk bagi semangat semula dan refresh segala2nya . Harap2 nanti segala perancangan berjalan lancar dengan keizinan Allah S.W.T jua kerana Dialah pentadbir seluruh sekalian alam .

Insyallah.


my carpenter

4 ulasan:

  1. Salam bapak. Akhirnya tukaq jugak pintu pejabat tu na. Al-Fatihah buat arwah.

    Bapak pi cuti mana nanti, mesti ada gambaq2 cun :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah, pasti penuh 24gb sd card hehehe

      Padam
  2. Tukang kayu bapak ni rupa2nya. Padan la pakai motor 3 roda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bapak semua kerja buat

      tukang kayu, tukang simen, tukang angkat, noreh getah, potong buah sawit hehehe

      Padam