WARGA SCP

Selasa, Disember 31, 2013

PULAU MUTIARA : REVIEW EASTERN AND ORIENTAL PENANG

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Eastern and Oriental Hotel
10, Lebuh Farquhar
10200 Penang
Tel: +(6) 04 222 2000
Fax: +(6) 04 261 6333
Email: luxury@eohotels.com


main entrance Heritage Wing

Eastern and Oriental atau nama manja E and O merupakan antara pilihan utama penginapan aku sekiranya aku berkunjung ke Pulau Mutiara . Aku jatuh cinta dengan hotel ini apabila aku menginap di sini 5 tahun yang lalu . Mengapa ?

Sebuah "luxury 5 star hotel" yang pada aku memang tip top  serba serbi dari segi bilik penginapan dan kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan dari mula kaki kita melangkah masuk ke pintu utamanya hinggalah kita meninggalkannya .Yang bestnya ,tak hiruk pikuk dan terlalu sesak  Kalau dulu terdapat Heritage Wing , kini ditambah lagi dengan Victory Annexe yang terletak bersebelahannya.

Sampai je kereta kebal aku,  joki kereta telah menanti memberikan perkhidmatan tanpa sebarang bayaran untuk meletakkan kenderaan kita .Tu semua complimentary buat tetamu hotel. Kedatangan kita disambut dengan "private butler" yang sedia membantu dari urusan daftar masuk hinggalah bagasi dihantar ke bilik nanti dan juga sepanjang masa kita menginap di sini. 

Kemudahan suites yang terdapat di sini untuk kedua-dua wing ialah:
Heritage Wing 
Deluxe/Georgetown Suites 
Premier Suites Straits
Writers/Java Suites Pinang Suite
 E and O Suite 

Victory Annexe 
Superior Suite 
Premier Suite 
Corner Suite Penthouse



bangunan lama yang klasik

 dok mengadap laut dari tingkap bilik

Sebelum ini , aku pernah menginap di hotel yang mereka tarafkan dengan 5 bintang, tapi ada sesetengah mereka kira "over rated" kerana pekhidmatan yang mereka sediakan tak mencapai taraf 5 bintang.Sebagai perbandingan, aku pernah menginap di Hard Rock Hotel Penang sebelum ini. Dari segi bilik memang memuaskan, tapi bab daftar masuk pada aku agak kelam-kabut dan dekat pukul 5 ptg, baru bilik yang ditempah siap dikemas sedangkan waktu daftar masuk adalah pulul 2.00 ptg. Sarapan pagi secara buffet di Hard Rock Penang je kira "so-so" je dan tak menepati taraf hotelnya. 

Aku bukan jenis mengada-ngada yang ingin layanan macam seorang VIP, tapi tak berbaloi sekiranya ditaraf 5 bintang dan bayaran semalam yang bermula dari 680++ , tapi servis serta kemudahan yang disediakan macam bertaraf 3 bintang. Maka tidak berbaloi atau setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Di E and O, sambil private butler uruskan pendaftaran masuk, segelas jus buahan sejuk serta tuala kecil yang dingin  dihantar kepada kita. Urusan daftar masuk sungguh pantas dan tak payah nak buang masa sampai 10-20 minit .

Suites penginapan aku ditingkat 3 Heritage Wing menggadap laut menyajikan suatu panorama indah . Yang bestnya , kebanyakan suites di Heritage Wing ini yang dibina seawal tahun 1885 menyediakan kamar mandi yang luas serta ruang tidur dan "seperate living area" kerana suites di E and O agak luas saiznya .Room services pula sebelah pagi sekali serta malam nanti sekali lagi bertandang ke bilik untuk bertanya keperluan kita untuk menukar tuala jika perlu dan juga tambahan nescafe , tea serta yang berkaitan.

Harga bilik dah termasuk dengan sarapan pagi untuk dua orang serta "Complimentary Private Water Limousine"pergi dan balik  dari private jetty hotel ke Straits Quay. Bagi yang bawa anak-anak, anak2 bawah 16 tahun dan menginap dengan ibu bapa juga termasuk dalam sarapan percuma tanpa kos tambahan .Tentang Wifi pula, semua percuma kat mana-mana ceruk hotel dengan kelajuan capaian yang baik tak macam sesetengahnya yang namanya ada wifi, tapi jalan terkemut-kemut hehehe

Aku sangat senang sekali di sini  kerana persekitaran hotel yang sangat luas serta kemudahan yang tip top menyebabkan walaupun ramai penginapnya, tapi keadaannya mendamaikan serta tak kelam-kabut dan tak sesak .

seperate living area

 king size bed
Lokasinya yang terletak di Lebuh Farquhar di Gergetown terletak berdekatan dengan tempat2 menarik disekitarnya . Kalau malas nak pegi mana-mana, pelbagai kemudahan tersedia di sini dengan gymnasium lama di Heritage Wing serta gynasium baru di tingkat 6 Victory Annexe.Ada dua buah kolam renang serta sauna di Heritage Wing serta Victory Annexe.Pilih jelah mana satu kita nak lepak.

Terdapat 6 restoran di sini untuk kemudahan pengunjung seperti :
 
 1885 
Sarkies Corner 
Farquhar's Bar 
The Deck 
Drawing Room 
Dining Room


Bersarapan pagi di Sarkies Corner memang suatu yang menyeronokkan. Pilihan sarapan pagi secara buffet dengan American Full Breakfast serta  Asian Full Breakfast menyediakan pilihan makanan yang pelbagai variasi dan banyak sungguh.Rasanya hampir 9-10 meja hidangan mengikut tema . Cuma larat termakan je atau tidak .Jus buahan pula memang "fresh" dan diperah dan dimesin terus dari buah samada epal, oren dan pelbagai lagi dan merekatidak menggunakan jus buahan dari kotak. 

Nak makan char kue tiaw, pergi je kat chef di mejanya dan itu jam jugak depa dok goreng depan kita . begitu juga dengan menu makanan yang lain.

Tapi takda satu foto pun aku rakamkan semasa aku bersarapan di Sarkies . Itu yang aku kata tadi, setimpal dengan harga yang dibayar , maka mereka menyediakan semuanya dalam keadaan yang terbaik untuk kepuasan tetamu hotel.

Ruang makan yang luas dapat menampung tetamu yang bersarapan tanpa perlu kita menunggu meja kosong.Sambil mulut mengunyap, panorama Laut Andaman menjadi santapan mata. Perkhidmatan mereka di Sarkies oleh kakitangan F and B juga sangat baik setaraf dengan penarafan Luxury Hotel yang mereka berikan. 

Alhamdulillah,
Allah bagi aku rezeki dan berkesempatan menginap di sini.
Setelah penat berhempas pulas di kebun gotah, aku perlu juga perlukan masa santai dan rehat yang berkualiti .

OK,
sesiapa yang berminat nak menginap di sini, boleh layari laman rasminya http://www.eohotels.com/

bilik airnya luas sungguh
terdapat ruang untuk "her" dan "his" dalam bilik airnya.

tidur memang selesa sesangat
alhamdulillah




punya luas bilik air
boleh berguling lagi

suis private butler kat tepi katil
petik je sekiranya memerlu apa2 perkhidmatan

Ahad, Disember 29, 2013

PULAU MUTIARA : BLUE HOUR YANG INDAH DAN MENDAMAIKAN

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Pasti setiap insan yang normal punya keinginan untuk rasai nikmat bahagia, ingin rasai nikmat kesenangan , ingin rasai nikmat kesejahteraan dan pelbagai nikmat lagi dalam kehidupan . Namun untuk mencapai segala apa yang diimpikan, bukan semudah yang disangka. Lainlah jika kalangan kita ini lahir dalam "dulang emas" .

Namun sejak akhir-akhir ini , kita sering disajikan dengan berita di dada-dada akhbar tentang penangkapan pesalah-pesalah rasuah yang tanpa mengira umur, pangkat dan latarbelakang , bangsa dan agama . Tentu kalangan mereka ini tewas dengan bisikan hawa nafsu dan menjadikan profesion yang mereka jalankan sebagai satu jalan mudah untuk mendapat keuntungan bagi diri mereka . Di mana silapnya, aku sendiri tak tahu kerana baru-baru ini aku terbaca sebuah kajian yang dijalan oleh seorang ahli akedemik yang mengatakan anak-anak kita yang masih dibangku sekolah lagi mengatakan jika berpeluang, mereka sanggup menghalalkan dan menerima rasuah demi kelangsungan hidup apabila mereka berada di alam pekerjaan nanti. Yang membimbangkan melalui kajian yang dijalankan, hampir 70% respoden terdiri dari pelajar memilih untuk melakukan rasuah berbanding 30% lagi menolaknya.

Di manakah silapnya ?????
Ini adalah salah satu tanda akhir zaman .

Surah Al-Baqarah ayat 168 : 

"Wahai sekalian manusia! 
Makanlah dari apa yang ada di bumi, 
yang halal lagi baik 
dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan 
kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".
 


Bukan senang untuk menjadi senang . Namun sebenarnya semuanya bergantung pada seketul daging yang bergelar hati yang pasti semua insan bernyawa memilikinya . Aku sendiri sekarang nak kata senang , tidaklah sampai begitu. Namun limpahan rezeki hasil dari keringat aku menoreh dan menjual getah sentiasa Allah kurniakan tak henti-henti. Kalau sedikit bulan tu hasil susu getah yang ditoreh, sikitlah . Kalau banyak bulan tu, banyaklah.Namun berkat usaha , doa dan tawakkal aku kepada Allah, "susu getah" tu sentiasa mengalir untuk aku meneruskan kehidupan tu bersama-sama anak isteri aku.

Konsep aku mudah. Bukan kuantiti, tapi kualiti. Antara doa yang sentiasa aku amalkan dari dulu ialah memohon ke hadrat  Allah S.W.T agar sentiasa membuka pintu rahmat dan rezeki seluas-luasnya dan kurniakan kepada kami rezeki yang benar-benar halal lagi diberkati dunia dan akhirat.

Terkenang aku peristiwa 20 tahun lebih yang lalu . Masa tu  kalau beli ikan , yang kami mampu hanya beli ikan kisi(kerisi) je hinggakan dalam seminggu , pasti 3-4 hari lauknya ikan kisi yang reganya dalam 2-3 ringgit sekilo. Kami berdua je , belanja dapur barang basah tak lebih 5 ringgit sehari. Namun makan tetap makan dan tak pernah sampai kebuluran. Alhamdulillah walaupun tak mewah makannya.

Tiada lampin pakai buang buat anak masa tu. Yang ada lampin kain yang akan sentiasa dibasuh apabila kotor . Masa tu katil bujang aku je yang menjadi katil kelamin . Dengan sewa rumah kayu termurah ketika itu 25 ringgit sebulan yang memisahkan dengan rumah sewa sebelah hanya dengan sekeping plywood . Kalau nak cakap laki bini kat bilik tidur memalam pun kena cakap pelan-pelan kerana kalau bunyi kentut pun, jiran sebelah boleh dengar. Tu yang bahaya bagi pasangan yang baru kawin dan nak projek dengan isteri memalam pun macam pencuri kena senyap-senyap dan pelan-pelan hahaha



Ada pepatah mengatakan "peristiwa lepas jangan dikenang". Tapi peristiwa lepaslah yang penuh suka duka ini yang menjadikan dan membentuk sikap dan diri aku yang mesti setiap masa bersyukur dengan  segala nikmat kurniaan Allah tak kira apa jua yang diberiNYA.

Allah kurniakan nikmat dan rezeki dalam pelbagai bentuk. Nikmat kesihatan juga suatu rezeki pemberian Allah , begitu juga dengan nikmat masa dan pelbagai lagi nikmat dan rezeki . Kehidupan mula berubah bila aku mulakan profession bersama isteri ku sebagai penjual minuman . Penat masa tu memang penat. Hari2 biasa dengan menoreh manakala sabtu dan ahad serta hari cuti am bergelumang melayan pelanggan di kedai minuman .Kira kami melakukan dua pekerjaan masa tu. Masa tu apabila Allah bagi rezeki di kedai minuman, nikmat waktu pula mula terhakis dengan sendirinya.

Manakan tidak , tiada istilah rehat dan kerja 365 hari setahun. Sampai lepas sembahyang raya apabila pulang ke kampung, jam 9 pagi je kami dah bertolak balik ke teratak kami dan pukul 12.00 tengahari lebih sikit , kami dah beraksi kembali membacuh minuman kerana kedai yang kami sewa terletak di kawasan pelancongan . Aku pun dah jadi sama macam bangla yang merantau ketika itu masa hari raya . Kemeriahan hari raya terpaksa dikorbankan kerana nak cover sewa kedai setelah sebulan ramadhan tak berniaga.

Rezeki yang Allah bagi masa tu perlu ditebus dengan tiada istilah berehat di Hari Raya dan apa jua hari cuti perayaan. Masa dah berniaga air tu la, baru ada rezeki kalau nak ganti dan beli pakaian. Kalau tak , apa baju yang aku ada, tulah yang aku pakai hingga lusuh .  Masa tu kalau orang sedekah baju terpakai mereka yang masih elok yang tidak mereka kehendaki, aku dah rasa cukup bahagia.


Menatap keindahan "blue hour" ketika lepas subuh di sini mengembalikan semula ingatan ku betapa sukarnya pada mulanya untuk kami memulakan kehidupan berumahtangga dalam usia yang sangat muda ketika itu dalam usia kami 22 tahun ketika itu . Sepasang ibu bapa muda yang serba serbinya penuh kekurangan , namun kebergantungan kami pada Allah berkat usaha, doa dan tawakkal serta tekad dan tak pernah mengalah meyebabkan kami berjaya mengharungi segala suka duka, pahit manis ketika itu dan apabila dikenang, ia menjadi motivasi dan semangat pada ku agar tak lupa asal usul dan sentiasa berpijak di bumi nyata yang segala nikmat dan pemberian hanya sementara sahaja . 

Kebahagian dan kesenangan itu milik Allah sebenarnya, aku hanya sebagai  pemegang amanah sementara dan seketika cuma .

Aku merasa puas kerana semuanya atas izin Allah dan hasil titik peluh kami yang kami usahakan tidak terbabit dengan unsur-unsur rasuah dan syubhah yang ketika ini macam aku katakan , ramai yang mengaku beragama islam, namun memilih jalan yang salah itu untuk mengecapi kesenangan.

Sabda Rasulullah S.A.W: 
 "Dari Abdillah bin Amru Radiallahuanhuma ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah". 
 (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)

Ohhhh,
Indah sungguh kehidupan ini yang penuh warna-warni yang Allah pinjamkan buat seketika.

Alhamdulillah. 



Khamis, Disember 26, 2013

PULAU MUTIARA : MENITI SENJA NAN USANG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Lama sungguh tak mencoret di SCP.Komen kekawan dalam n3 terdahulu pun tak sempat nak reply. Bukan apa, hujung tahun ni, banyak kebun getah yang perlu ditoreh secara mengejut dengan notis yang diberikan singkat sekali . Alhamdulillah, rezeki penghujung tahun manakala persiapan tempahan getah ojol untuk tahun 2014 yang bakal menjelma juga perlu aku siapkan .

Penghujung tahun ni yang kebiasaannya aku akan terbang macam burung helang untuk bercuti terpaksa aku tangguhkan kerana anak bongsu aku pun "last papeeeeeer" SPM bak kata Jozan hanya tamat 6 Disember lalu. 

Lepas tu sibuk pulak uruskannya untuk ambil lesen motorbot dan kereta kebal .


Penghujung tahun ini juga, usia ku menginjak setahun lagi dan menuju ke angka 47 . Suatu jangkamasa yang lama pada pandangan mata kasar namun berlalu dengan begitu pantas sekali sebenarnya . Usia ku jugak berarak perlahan-lahan seperti meniti senja nan usang dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bila masanya, bila ketikanya  dan bila saatnya ia akan terhenti .

Aku merenung mentari yang kian melabuhkan tirainya sambil menghela nafas dengan penuh kesyukuran atas apa yang Allah S.W.T pinjamkan dan kurniakan buat diri ku, isteri serta anak-anak dalam menikmati kehidupan di dunia yang sementara ini.

Lantas terlintas dalam benak ku, adakah bekalan yang akan dibawa nanti sudah mencukupi dan adakah segala amanah yang Allah tetapkan telah aku penuhi dan jalankan dengan sebaik mungkin. Semua itu harus difikirkan dan dihitung kerana kehidupan di alam yang satu lagi  adalah kehidupan yang hakiki .



Menghirup bayu laut yang nyaman sambil merenung diri sendiri sungguh mengasyikkan. Terlalu banyak kurniaan dan nikmat yang Allah berikan dan pinjamkan . Namun hakikatnya , dunia hanya pinjaman .

Namun kehidupan yang sementara ini harus diraikan sebaik mungkin selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. 

Lama tak menembak menyebabkan nak pickup balik skill memerlukan sedikit masa. Agaknya usia yang semakin meningkat menyebabkan daya ingatan tidak setangkas masa muda-muda dulu. Moga kalau usia dipanjangkan Allah, jangan nyanyuk menjadi teman .

Memang lama sungguh DSLR aku terperap dalam drybox dan kali terakhir menembak dalam kuantiti yang banyak untuk koleksi peribadi adalah bulan Mac lalu masa berada di Tanah Suci. Lepas tu tersadai semua peralatan tu kat dalam drybox. 

Terimalah sedikit bingkisan dari ku yang tak seberapa yang sempat aku abadikan semasa "Meniti Senja Nan Usang"




Buat kak Naramas Aman (http://nota-kembara.blogspot.com) yang mahir dengan selok belok 
Pulau Mutiara,jutaan  terima kasih atas pelawaan untuk membawa kami sekeluarga meneroka keunikan Pulau Mutiara, namun tak sempat  kerana  kekangan masa dan takut menyusahkan pula. 
Insyallah di lain masa dan ketika jika diizinkan Allah.

Rabu, Disember 04, 2013

PART 73 USA : PIER 39 SAN FRANCISCO

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH




Jarak perjalanan dari Los Angeles ke San Francisco macam jarak dari selatan ke utara Tanah Melayu. Kalau ikut kiraan metrik , lebih kurang 615 km yang akan memakan masa perjalanan dalam lebih kurang 6 ke 8 jam . San Francisco sebenarnya masih terletak dalam negeri yang sama dengan Los Angeles iaitu California.Bak kata orang Melaka, "Besau" sebenarnya California ni yang meliputi persisiran pantai barat US. 

Alhamdulillah, aku berkesempatan menghabiskan masa selama 2 hari di Kota San Francisco. Kami menginap di Best Western Plus Grosvenor di 380 South Airport Blvd, South San Francisco, CA 94080. Penginapan semalam di sini lebih kurang USD 110++ dah campur tax dan fees. Tu termasuk breakfast sekali walaupun macam biasa hanya bread and butter serta telur dan buah-buahan je yang kami bisa makan. Dah naik jemu nak mamam maggi je . Muka pun dah macam maggi hehehe



jalan utama hadapan Pier 39

it's winter, pokok dah togel

Kalau dah berada di San Francisco, tak sah kalau tak ke Pier 39 yang terletak di Beach Street and The Embarcadero San Francisco, CA 94133 yang hanya lebih kurang 20 minit dari hotel. Kalau seharian sebelumnya, kami habiskan masa di Al Catraz yang terkenal dengan penjara yang menempat segala kepala penjenayah suatu ketika dulu, kini kami habiskan masa berpeleseran dan berdua-duaan  di Pier 39 pula .

Banyak sebenarnya pier kat sini, namun Pier 39 yang paling terkenal . Pier 39 punyalah besar dan memanjang. Sebenarnya banyak tarikan di sini antaranya Bay Voyager di Pier 39 Marina. Kalau sapa nak lebih adventure, bolehlah cuba Rocket Boat yang dipandu macam "setan alas" dengan kelajuan yang maksima dan tetiba sesuka kapten bot tu je koner lipat .Kat Aussie dan NZ rasanya ada benda alah ni. 

Bagi yang minat dengan hidupan laut, bolehlah beli tiket dan masuk ke Aquarium of The Bay yang memaparkan lebih kurang 20 000 hidupan laut . Kira lebih kurang macam Sea World kat Gold Coast, Australia.Harga tiket USD 21.95 untuk seorang dewasa.

Bagi yang nak tengok ikan paus pula, boleh ke San Francisco Whale Watching yang terletak di Dock A Pier 39.Tapi kena pagi sikit pasal sehari hanya ada 2 trip je iaitu jam 8.00 pagi dan 3.30 petang je. Tapi kira nasib la, kalau tak ada rezeki dari Allah, tak muncullah ikan paus tu.

Terdapat 3 pakej yang ditawarkan bermula dari USD 38.00 untuk California Coast Eco Tour, USD 79.00 untuk Pakej San Francisco Whale Watching Wild Life Eco Tour dan yang paling mahal USD 99.00 yang makan masa sehari suntuk jugak untuk Pakej All Day Farallon Island National History Execursion.





Macam aku katakan tadi, kami menghabiskan masa di Pier 39 ni menjelajah ke seluruh ceruknya . Cuaca yang dingin dengan tiupan angin laut memang suatu nikmat yang tak terkira dari Allah dan menyebabkan tak terasa penat . Tapi satu je, sesejuk ni cepat laparlah pulak.

Kalau dapat pekena segelas teh tarik ni, alangkah nikmatnya.

Kerana lama tak jumpa nasi , kami pun ambil keputusan untuk lunch kat Bubba Gump and Shrimp yang terletak di tingkat atas Pier 39 . Last sekali kami jumpa nasi masa kami makan kat Bubba Gump Shrimp Co di Monterey Bay , Old Fisherman Wharf.

Tapi kerana kami di sini pada cuti hujung minggu, punyalah panjang barisannya dalam 20-30 orang sebelum pintu masuk ke Bubba Gump tu. Alamak, kansel pasal kami tak mau buang masa sejam dua hanya untuk beratur je . Tak perlu risau pasal kat Pier 39 ni je, terdapat banyak restaurant yang menyajikan makanan laut , cuma tak tahu mana satu yang sedap je .





Akhirnya kami ambil keputusan untuk lunch di Restaurant Pier Market yang memang terkenal di sini yang telah beroperasi selama 30 tahun . Pembuka selera, mak itam dok order Clam Chowder yang lawannya dengan roti dengan reganya USD 6.95.Untuk hidangan utama , kami pilih Mesquite Grilled Seafood Salmon setelah puas kami belek menunya dan soal jawab dengan pelayan tentang isi kandungan bahannya . Lepas tu kami serah je pada Allah agar makanan kami terhindar dari benda2 haram dan unsur yang meragukan. Salmon tu dipanggang dengan herb butter serta dihidang dengan coleslaw dan rice garlic butter. Kalau dah tekak melayu, tak sah kalau tak jamah nasi hehehe

Sepinggan USD 19.95.Berdua makan lebih kurang USD 50.00 plus tips. Sepanjang kami di US, hanya 2 kali je kami jumpa nasi. Kebanyakkan lunch kami pekena 100% vegetarian pizza sebelum ini kalau kami berada dan menyinggah tengah jalan.

Tulah pasal, sapa suruh tak bawak portable rice cooker hahaha
Sebenarnya memang kami tak bawa pun pasal kami dah jangka , memang setiap hari kami akan berada di luar dan tak sempat nak masak hehehe

Jadi makan jelah apa yang jumpa , yang penting  halal .Insyallah.



Al Catraz Giftshop
Semua sorvenir bertema Al Catraz

tempat jual tiket Aquarium Bay
kira ni pintu masuk ke Pier 39

takde teh tarik kat sini


depa tulis sekali dalam bahasa mexico pasal
banyak mexican kat US ni yang dah jadi PR