بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Eastern and Oriental Hotel
10, Lebuh Farquhar
10200 Penang
Tel: +(6) 04 222 2000
Fax: +(6) 04 261 6333
Email: luxury@eohotels.com
Eastern and Oriental Hotel
10, Lebuh Farquhar
10200 Penang
Tel: +(6) 04 222 2000
Fax: +(6) 04 261 6333
Email: luxury@eohotels.com
main entrance Heritage Wing
Eastern and Oriental atau nama manja E and O merupakan antara pilihan utama penginapan aku sekiranya aku berkunjung ke Pulau Mutiara . Aku jatuh cinta dengan hotel ini apabila aku menginap di sini 5 tahun yang lalu . Mengapa ?
Sebuah "luxury 5 star hotel" yang pada aku memang tip top serba serbi dari segi bilik penginapan dan kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan dari mula kaki kita melangkah masuk ke pintu utamanya hinggalah kita meninggalkannya .Yang bestnya ,tak hiruk pikuk dan terlalu sesak Kalau dulu terdapat Heritage Wing , kini ditambah lagi dengan Victory Annexe yang terletak bersebelahannya.
Sampai je kereta kebal aku, joki kereta telah menanti memberikan perkhidmatan tanpa sebarang bayaran untuk meletakkan kenderaan kita .Tu semua complimentary buat tetamu hotel. Kedatangan kita disambut dengan "private butler" yang sedia membantu dari urusan daftar masuk hinggalah bagasi dihantar ke bilik nanti dan juga sepanjang masa kita menginap di sini.
Kemudahan suites yang terdapat di sini untuk kedua-dua wing ialah:
Sebuah "luxury 5 star hotel" yang pada aku memang tip top serba serbi dari segi bilik penginapan dan kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan dari mula kaki kita melangkah masuk ke pintu utamanya hinggalah kita meninggalkannya .Yang bestnya ,tak hiruk pikuk dan terlalu sesak Kalau dulu terdapat Heritage Wing , kini ditambah lagi dengan Victory Annexe yang terletak bersebelahannya.
Sampai je kereta kebal aku, joki kereta telah menanti memberikan perkhidmatan tanpa sebarang bayaran untuk meletakkan kenderaan kita .Tu semua complimentary buat tetamu hotel. Kedatangan kita disambut dengan "private butler" yang sedia membantu dari urusan daftar masuk hinggalah bagasi dihantar ke bilik nanti dan juga sepanjang masa kita menginap di sini.
Kemudahan suites yang terdapat di sini untuk kedua-dua wing ialah:
Heritage Wing
Deluxe/Georgetown Suites
Premier Suites
Straits
Writers/Java Suites
Pinang Suite
E and O Suite
Victory Annexe
Superior Suite
Premier Suite
Corner Suite
Penthouse
dok mengadap laut dari tingkap bilik
Aku bukan jenis mengada-ngada yang ingin layanan macam seorang VIP, tapi tak berbaloi sekiranya ditaraf 5 bintang dan bayaran semalam yang bermula dari 680++ , tapi servis serta kemudahan yang disediakan macam bertaraf 3 bintang. Maka tidak berbaloi atau setimpal dengan bayaran yang dikenakan.
Di E and O, sambil private butler uruskan pendaftaran masuk, segelas jus buahan sejuk serta tuala kecil yang dingin dihantar kepada kita. Urusan daftar masuk sungguh pantas dan tak payah nak buang masa sampai 10-20 minit .
Suites penginapan aku ditingkat 3 Heritage Wing menggadap laut menyajikan suatu panorama indah . Yang bestnya , kebanyakan suites di Heritage Wing ini yang dibina seawal tahun 1885 menyediakan kamar mandi yang luas serta ruang tidur dan "seperate living area" kerana suites di E and O agak luas saiznya .Room services pula sebelah pagi sekali serta malam nanti sekali lagi bertandang ke bilik untuk bertanya keperluan kita untuk menukar tuala jika perlu dan juga tambahan nescafe , tea serta yang berkaitan.
Harga bilik dah termasuk dengan sarapan pagi untuk dua orang serta "Complimentary Private Water Limousine"pergi dan balik dari private jetty hotel ke Straits Quay. Bagi yang bawa anak-anak, anak2 bawah 16 tahun dan menginap dengan ibu bapa juga termasuk dalam sarapan percuma tanpa kos tambahan .Tentang Wifi pula, semua percuma kat mana-mana ceruk hotel dengan kelajuan capaian yang baik tak macam sesetengahnya yang namanya ada wifi, tapi jalan terkemut-kemut hehehe
Aku sangat senang sekali di sini kerana persekitaran hotel yang sangat luas serta kemudahan yang tip top menyebabkan walaupun ramai penginapnya, tapi keadaannya mendamaikan serta tak kelam-kabut dan tak sesak .
seperate living area
king size bed
Terdapat 6 restoran di sini untuk kemudahan pengunjung seperti :
1885
Sarkies Corner
Farquhar's Bar
The Deck
Drawing Room
Dining Room
Bersarapan pagi di Sarkies Corner memang suatu yang menyeronokkan. Pilihan sarapan pagi secara buffet dengan American Full Breakfast serta Asian Full Breakfast menyediakan pilihan makanan yang pelbagai variasi dan banyak sungguh.Rasanya hampir 9-10 meja hidangan mengikut tema . Cuma larat termakan je atau tidak .Jus buahan pula memang "fresh" dan diperah dan dimesin terus dari buah samada epal, oren dan pelbagai lagi dan merekatidak menggunakan jus buahan dari kotak.
Nak makan char kue tiaw, pergi je kat chef di mejanya dan itu jam jugak depa dok goreng depan kita . begitu juga dengan menu makanan yang lain.
Tapi takda satu foto pun aku rakamkan semasa aku bersarapan di Sarkies . Itu yang aku kata tadi, setimpal dengan harga yang dibayar , maka mereka menyediakan semuanya dalam keadaan yang terbaik untuk kepuasan tetamu hotel.
Ruang makan yang luas dapat menampung tetamu yang bersarapan tanpa perlu kita menunggu meja kosong.Sambil mulut mengunyap, panorama Laut Andaman menjadi santapan mata. Perkhidmatan mereka di Sarkies oleh kakitangan F and B juga sangat baik setaraf dengan penarafan Luxury Hotel yang mereka berikan.
Alhamdulillah,
Allah bagi aku rezeki dan berkesempatan menginap di sini.
Setelah penat berhempas pulas di kebun gotah, aku perlu juga perlukan masa santai dan rehat yang berkualiti .
OK,
sesiapa yang berminat nak menginap di sini, boleh layari laman rasminya http://www.eohotels.com/
bilik airnya luas sungguh
terdapat ruang untuk "her" dan "his" dalam bilik airnya.
terdapat ruang untuk "her" dan "his" dalam bilik airnya.
tidur memang selesa sesangat
alhamdulillah
alhamdulillah
punya luas bilik air
boleh berguling lagi
boleh berguling lagi
suis private butler kat tepi katil
petik je sekiranya memerlu apa2 perkhidmatan
petik je sekiranya memerlu apa2 perkhidmatan
Salam Pak,
BalasPadamBestnya E&O. Tak der rezeki lagi nak bermalam di sana...insyallah satu hari nanti. Thanks for the review.
Waalaikumsalam
Padamalhamdulillah
terima kasih ke hadrat Allah bagi kami rezeki untuk menikmati nikmat dunia yang sementara ni
Salam bapak. Saya memang suka E&O. Kuat feeling antiknya. Kawan saya buat kenduri kawen di situ dulu, best bangat. Sejak tu sekali sekala saya pi lepak kat situ, tumpang aura antik tu, kehkeh.
BalasPadamWaalaikumsalam ciku
Padamaura antik hehehe
bapak ni dah lepass umur 45 kira dah masuk kategori antik jugak hahaha
Penoreh getah hari ini dah semakin kaya, sebab harga getah meningkat. Jadi penginapan selesa dan mewah begini patutlah diutamakan untuk memanjakan badan setelah digigit nyamuk dan pacat di kebun. :)
BalasPadamSaya pernah makan malam di sini untuk majlis perpisahan pelajar saya. Bagi saya yang suka makan di gerai tepi jalan, harga semeja makan malam tu amatlah mahal, tak sepadan dengan rasanya. Untuk Prom Night anak saya pula, diadakan di sini juga, tapi semeja berharga beribu-ribu ringgit. Tapi saya tidak datang untuk majlis itu kerana bagi saya harganya "membunuh" saya.
getah dulu se kg 2 ringgit lebih je kak, sekarang mahal kat 8-9 ringgit hehehe
Padambreakfast hari2 dah masuk harga bilik, jadi makan jelah selagi nak makan kalau larat hehehe,
utk lunch dgn dinner saya lebih suka pi makan nasi kandar kat line clear tu atau sup hameed .
betul tu kak, kalau harga semeja ribu riban , mahal bebenor , duit tu boleh pergi ke tempat lain yang lebih utama
last year masa kat Tg Jara Resort , malas nak keluar dan dinner kat restorannya je, sepinggan nasi goreng cina pun RM25.00 ++ . Rasanya tak seberapa dan sedap lagi yang rega rm 4.50 kat warung je hehehe
Biasalah tempat sebegitu mahal pasal jenamanya .
saya free je kalau menginap kat sini...hehe!!!
BalasPadamwah , itu sudah bagus heheheh
Padamtak perlu keluar ongkos hehe