WARGA SCP

Khamis, Februari 28, 2013

USA PART 52 : SELAMAT TINGGAL ALCATRAZ

ALHAMDULILLAH

Tadi sebelum aku naik ke atas sel The Rock, sebenarnya aku sempat melayan hampir 1/2 jam dengan sekor burung ni yang nampak jinak . Tapi bila aku nak menghampirinya, dia lari .

Lalu aku pun tembaklah ia dari jauh je 

Aku pun tak tahu burung apa ni.









Suasana menjadi semakin dingin menjelang tengahari di Alcatraz. Kemungkinan besar akibat tiupan angin yang semakin kencang menbadai Teluk San Francisco.

Aku meninggalkan sel utama The Rock  dengan sejuta kenangan dan pengalaman yang sukar dilupakan. Walaupun ia hanyalah sebuah binaan usang yang pernah menempatkan para penjenayah yang hebat di zaman mereka, namun apa yang dapat aku simpulkan adalah segagah2 kita di dunia , sehebat-hebat kita di dunia, kehidupan kita pasti berakhir nanti di sebuah persimpangan di akhirat kelak . Hanya ada 2 persimpangan sahaja ketika itu samada ke persimpangan ke syurga atau persimpangan ke neraka.

Ketika itu sudah pasti, kita tidak akan boleh berpatah semula untuk memperbaiki kesilapan masa silam semasa kita dipinjamkan oleh Allah S.W.T "sekeping nyawa" . Segala amalan dan perbuatan kita ketika hidup dulu akan dihitung dan ditimbang dengan seadil-adilnya tanpa ada sebarang "penyelewengan" ketika itu kerana yang pastinya kedua malaikat yang berada di kiri kanan kita ketika kita hidup pasti tidak terlepas mencatatkan apa saja perbuatan yang kita lakukan.

Ketika itu akhirat atau hari pembalasan telah tiba yang mana Allah S.W.T telah mengambarkan dalam kitab suci Al Quran dengan pelbagai nama seperti :

• Yaumul Barzah - Alam kubur
• Yaumul Zalzalah - Hari Kegoncangan
• Yaumul Mizan - Hari Penimbangan
• Yaumul Hisab - Hari Penghitungan
• Yaumul Qariah - Hari Keributan
• Yaumul Din - Hari Agama
• Yaumul Akhir - Hari Penghabisan
• Yaumul Ba'ats - Hari Kebangkitan
• Yaumul Jaza' - Hari Pembalasan
• Yaumul Fahel - Hari Keputusan
• As-Sa'ah - Masa
• Al-Ghasiyah - Penyelubungan
• Yaumul Hasyir / Yaumul Mahsyar - Hari Berkumpulnya manusia di Padang Mahsyar
• Al-Waaqi'ah - Peristiwa Kiamat


Walau macam mana kehebatan yang diperkatakan oleh manusia beratus tahun sudah tentang Alcatraz, namun pasti tidak terlawan walaupun sebesar zarah sekali pun walaupun dengan  Yaumul Barzah, inikan pula dengan Al-Waaqi'ah.

Ketika itu ,sesiapa pun yang pernah diberikan kehidupan oleh Allah termasuklah kita dan juga para banduan tegar yang pernah terpenjara di Alcatraz pasti bertemu dengan hakikat sebenarnya ketika itu suasana hari pembalasan yang maha hebat berbanding terpenjara di Alcatraz ketika itu.

Selamat tinggal Alcatraz.
Sayonara .



rumah mayat menempat banduan yang mati
depa kunci dan seal dari luar
hanya boleh jengok kat lubang kecil je










ada berani night tour





Selasa, Februari 26, 2013

USA PART 51 : KEDINGINAN MENCENGKAM JIWA DAN RAGA

ALHAMDULILLAH

Kalau aku cakap kat dalam bangunan sel "The Rock" ni sangat sejuk dan dingin , pasti sukar nak percaya  . Tapi memang aku tak dapat sangkal yang kedinginan dan kesejukan kat dalam bangunan sel ni sungguh sejuk sekali seolah2 kedinginan ni ada gigi yang tajam seumpama mengeget tubuh badan dan tulang kita.

Lalu timbul persoalan bermain dalam minda aku, bagaimanakah agaknya rasanya kesejukan para banduan yang pernah tinggal di sini menghadapinya.Kat dalam ni sejuk dan dinginnya lain macam sungguh.

Kemungkinan binaannya dari batu yang kukuh menyimpan kedinginan musim salju manakala pada musim panas pula pasti menyimpan kehangatan matahari .


buat ngankung ni, sesuai hehehe
usianya ratusan tahun




Sebagaimana situasi dan keadaan dalam lakonan Sean Connery dalam filem The Rock, begitulah juga keadaan susun atur sel-sel yang menempatkan para banduan yang hanya  sebuah katil bujang kecil dengan tilam yang nipis, sebuah singki dan tak ketinggalan "sebuah jamban duduk".

The Rock ini pernah menempatkan "syaitan dan iblis koreng" yang bukan hati kering lagi, tapi jenis takda perasaan dan mencabut nyawa orang lain mereka anggap macam seumpama minum segelas air kosong je .

Kalau sebelah malam selepas ia ditutup kepada para pengunjung, aku fikir tempat ni pasti begitu menyeramkan kerana kita memang tidak boleh menidakkan kehadiran makhluk halus yang juga makhluk ciptaan Allah .Cuma Allah tak bagi kita lihat dengan mata kasar je. Kalau terbuka hijab , mau terkencing kita dibuatnya hehehehe

Tapi perlu diingat, sayugianya mereka juga makhluk Allah.

Ada berani tidur kat dalam situ dalam semalam????



Memang alat yang mereka berikan kepada setiap pengunjung sangat berguna kerana kita pusing dan toleh atau melangkah kat mana pun dalam sudut sel  , maka kedengaran di corong earphone kita sejarah atau fakta tempat tersebut. Cuma jangan pulak terdengar hilaian bak pontianak di corong earphohe tu hii hiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiii

Tapi atas sebab-sebab tertentu, tak kesemua bahagian The Rock ini dibuka untuk pelancong . Takut pulak ada yang tersesat atau terjumpa arwah Al Pacino ke hehehe

Aku lihat memasing dok kusyuk meneroka setiap sudut sel . Kami sempat jugak berposing dalam The Rock tapi flash tak bawak pulak kerana ada beberapa bahagian dalam The Rock yang pencahayaannya agak terhad .

Aku memang sebelum ni tak pernah memasuki penjara . Pengalaman memasuki salah sebuah penjara yang terkenal seantero dunia merupakan satu pengalaman baru dan berharga buat ku .Tak rugi aku beli tiket dan meredah kedinginan musim sejuk ke sini. 

Antara banduan yang popular pernah menetap di sini ialah Kapla Mafia Al Capone, Alvin "Creepy Karpis" yang dipenjarakan di sini untuk tempoh 28 tahun serta banduan yang memegang gelaran "popular antara yang popular" juga dikenali sebagai  Alaskan Murderer iaitu Robert “Birdman” Stroud, yang dipenjarakan selama 17 tahun.

OK, layanlah foto sebenar dalam The Rock sementara aku nak ronda sekitar The Rock.




bilik gelap tempat banduan yg buat onar dikurung
dalam ni bang seminggu tanpa cahaya pun

alat komunikasi yg digantung pada setiap pengunjung
dan disambung ke earphone


walaupun dalam bangunan sel
semua pengunjung berbungkus
memang sejuk teramat kat dalam ni
mungkin kerana binaan  batunya
sebelah kiri mak itam dan sebelah kanan mak utih
hehehehehe



dewan makan dahulunya


banduan yang cuba pernah melarikan diri
tapi gagal


Sabtu, Februari 23, 2013

USA PART 50 : MEMIJAK ALCATRAZ

ALHAMDULILLAH

Seturunnya kami dari tongkang, kami disambut oleh seorang ranger yang agak senior juga dengan suara yang agak garau dalam slang orang putih US. Memanglah cakap omputeh, kalau dia bantai cakap Tamil, mau tongkang ni salah landing kat Ceylon rupanya hehehe

Terus terang aku katakan suhu begitu dingin sekali di Alcatraz ni walaupun tiada salji .Ditambah lagi dengan tiupan angin membadai pulau dari lautan Pacific sudah tentu menjadikan kehidupan banduan dulu kala di sini amat sukar terutama pada musim dingin.

Atok ranger tu menerangkan serba sedikit tentang sejarah Alcatraz. Terdapat 2 buah kiosk yang menjual brosur dalam bahasa omputeh dan satu lagi dalam bahasa Spain. Tapi ia hanya kiosk tanpa penjaga dan siapa nak beli kena letakkan USD 2.00 dalam tabung dia . Di sinilah aku lihat budaya keikhlasan kendiri dalam hati diterapkan dan berlaku jujur pada diri sendiri .Kalau kat tempat lain , tak tahu lah labuuuu.




Sementara pengunjung lain dok pakat mendengar celoteh atok tu tadi, kami berdua dok pakat jom kita terokai apa yang ada kat dalam bangunan tu . Mak Itam dah kesejukan dan yang pasti tangan sentiasa dalam poket jaket . Aku juga begitu . 

Kami melangkah ikut kaki je mendaki bukit untuk ke blok yang pertama lalu meninjau apa yang ada kat dalam tu. sambil tu toleh jugak kiri kanan , mana tau arwah Al Pacino menanti kedatangan aku kerana orang tua2 katalah , bukan aku kata , "sapa jahat masa hidup, mati jadi antu" hahahaha

Bangunan yang aku masuk ni bukan sel banduan, kemungkinan besar blok pentadbiran suatu masa dulu . Di sini ditempat koleksi2 bahan bersejarah yang ada usianya ratusan tahun seiring dengan umur Alcatraz. 

Apabila aku terpandang kemungkinan mcm lesung batu kepunyaan kaum red indian dulu kala yang pasti berusia ratusan tahun , langsung aku teringat kaki-kaki ekor kat Tanah Melayu yang selalu cari benda2 pelik macam ni hanya untuk memuaskan hawa nafsu mereka nak "mengecai" buat pi cari nombor ekor kat tok2 pawang nombor. Sesungguhnya perbuatan "mengecai" nombor tu dah sah2 berdosa, menyekutukan Allah pula sah2 dosa besar yang tak diampunkan selagi tak bertaubat.

Kalau depa lihat ni, pasti meleleh air liur mereka hahaha

Terdapat 4,5 buah seakan2 teater kecil buat pengunjung di dalamnya untuk menikmati sebuah dokumentari berkaitan Alcatraz. Namun jangan salah duduk pula kerana setiap satunya menggunakan berlainan bahasa seperti omputeh, sepanyol, mexico, jepun dan bahasa badan .



batu lesung tempat mereka tumbuk ubat kot

mini teater



Aku tinggalkan blok tadi untuk meneruskan pengembaraan aku di Alcatraz.
Seram juga kalau jalan sesorang di tempat ni seakan2 ada mata yang
sentiasa memerhatikan kita .
Keadaan senyap ,sunyi serta begitu dingin sekali




sudah ratusan tahun tapi masih kekal terpelihara
sebagai warisan sejarah




Habis je penerangan orang dok meluru naik ke atas kerana sel penjara sebenarnya berada di atas puncak bukit Alcatraz. Aku pulak ambik keputusan untuk naik menggunakan kenderaan khas . Tapi keutamaan untuk menaiki kenderaan ni hanya pada orang2 tua dan yang mengalami kesulitan akibat masalah kesihatan untuk menaiki bukit tu, Kalau masih kosong lagi tempat duduknya,baru kita boleh naik.

Alhamdulillah,
aku dapat naik juga selepas 2 round dia naik ke atas.

Boleh tahan tinggi jugak puncak bukit tu.

telah musnah terbakar semasa demo oleh kaum red indian


tulisan asal semasa puak red indian menduduki Alcatraz
semasa mereka menuntut hak mereka dari kerajaan sebagai kaum pribumi


Setiba di atas, dah panjang jugak barisan nak memasuki dalam sel tu. Yang mengakibatkan barisan tu panjang kerana setiap pengunjung akan dibekalkan dengan sejenis alat bersama "earphone" mengikut pilihan bahasa yang kita pilih kerana depa semua dah gunakan teknologi terkini . Jadi tak perlu ada staff atau sesiapa kat dalam tu untuk menerangkan apakah peristiwa yang perlu berlaku dalam setiap bilik atau sudut dalam bangunan penjara tersebut.

Secara automatik ,jika melangkah ke sesuatu bahagian sudut atau bilik kat situ, akan kedengaran penerangan yang berkaitan keluar di corong earphone memasing. Jadi kita boleh menghayati setiap peristiwa dan bersejarah yang pernah berlaku di setiap sudut dan sel penjara tersebut.

Mereka jugak mengutama aspek kebersihan pengunjung dengan setiap alatan tersebut yang telah digunakan oleh pengunjung sebelumnya akan "disterlis" terlebihh dahulu sebelumdigunakan oleh pengunjung yang baru memasuki kawasan sel.



dok beratur ikut pilihan bahasa utama dunia
lebih kurang 10 bahasa
bahasa melayu yelekkkkkk
aku pilih bahasa peranchis