WARGA SCP

Rabu, Februari 06, 2013

USA PART 43 : AROUND DISNEYLAND PARK

ALHAMDULILLAH

Cita-cita
Impian
Realiti
Kenyataan

Pasti semua insan punya hati dan perasaan tersebut . Cerita pasal cita2 , aku masa kecik-kecik dulu sekolah rendah masa tu kat SK Larkin 1 Johor Bahru . Kalau cikgu aku tanya esok besar nak jadi apa,

Jawab ku ringkas "askar"
 20 orang cikgu tanya pun, jawapan aku tetap "askar"
Jawapan aku konsisten dan  tak berubah masa aku sekolah rendah tu hinggalah aku darjah 6. entah kenapa aku nak jadi askar masa tu, aku pun tak tahu .

Bila arwah bapa aku pencen awal dan kami pulang ke kampung , aku dah mula bersekolah menengah di "High School" walaupun sekolah tu hanya dua tingkat je. 

Tengah gila dengan bola takraw, masa tu impian aku untuk mewakili negeri pada usia muda dalam kategori 'senior". Namun cita2 aku nak jadi askar tak pernah padam hingga lepas keputusan SRP aku keluar, aku pun sibuklah cari borang nak masuk "Sekolah Perintis" kalau tak salah aku di Port Dickson yang dibawah kelolaan Kementerian Pertahanan .Kira sekolah tu belajar sambil dilatih menjadi askar nanti.

Tapi kerana bapak aku tak kasi, pengabisnya borang aku tak dihantar walaupun dah ada di dalam tangan aku masa tu dan dah siap diisi. Maka cita2 tak jadi realiti dan kenyataan.

Agaknya kalau jadi askar, rasanya aku dah jadi jenderal kot hahaha

Sementara tu impian aku nak mewakili negeri dalam sepak takraw terlaksana bila aku yang mula mewakili MSSJ ketika aku tingkatan 3 dan telah dipanggil untuk diserapkan ke pasukan senior daerah pula . Kira campur orang2 tua .

Kalau bebudak sekarang sibuk dengan facebook, pakwe makwe, aku masa tu memang takda semua tu kerana hidup aku sekolah, takraw, sekolah takraw. Akhirnya impian menjadi realiti bila aku tingkatan 5 masa tu selepas aku diangkat menjadi olahragawan sekolah, aku telah dipanggil untuk mewakili negeri Johor pula dalam pasukan senior dan seterusnya hinggalah aku ke peringkat yang lebih tinggi juga . Namun masa tu sukan tak boleh menjamin masa depan. Aku ambil keputusan untuk berhijrah ke utara tanah air .

Lama jugak aku menoreh di utara tanah air hinggalah aku bertemu dengan queen aku kerana kami masa tu sama2 menoreh dalam kebun yang sama. Bila noreh je terserempak, bila terserempak  je noreh. 

Cerita banyak tak guna kerana suka sama suka, lalu kami ambil keputusan berkahwin dalam usia yang muda .Kami menikah pada 04/11/1990 jam 2.00 petang ketika aku berumur 23 tahun.Sebelum tu aku korek sana sini nak sediakan duit hantaran cuma RM 3000.00 je .Tiga ribu masa tu besar nilainya.Kebetulan aku jadi ahli koperasi Persatuan Penoreh Malaya masa tu, jadi semua masalah duit hantaran dan barang hantaran settel .Kira nak kawin loan dgn koperasi. Masa tu mana nak cari duit cash kerana berapalah sangat duit noreh ketika tu .

Arwah bapak aku pula hadiahkan untuk Queen aku 2 urat gelang emas . Sebentuk cincin berlian pula aku hadiahkah untuk Queen aku berserta hantaran . Mas kawin pula RM 80.00 tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hehehe  

Di situlah bermulanya kehidupan kami dari sebuah impian akhirnya menjadi realiti dan kenyataan . Kami bermula dari tak punya apa2 masa tu. Sana sini aku dengan basikal je, hinggakan bapak aku kasi motor cup cai buruknya yang kemudian aku upgrade pula ke lebih baik selepas aku lego motor tu bila aku dah "bernyawa" sikit. 

Namun masa tu aku takda pun impian untuk merasai semua yang Allah kurniakan buat kami hari ini. Takda pun cita2 dan impian aku nak jejak kami ke Disneyland ni kerana kami belajar tak tinggi mana .

Cita-cita
Impian
Realiti
Kenyataan

Semuanya telah tertulis sejak azali dan semuanya kerja Allah . 
Siapalah kita insan yang kerdil nak mendabik dada yang cita2 dan impian kita dah jadi realiti dan kenyataan kalau bukan Allah yang "membenarkan" perkara2 tersebut berlaku.

Ingat,
kita semua hanya insan biasa yang kebergantungan kita sebenarnya 100% pada Allah dan bukan pada yang lain.

"Allah,tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"
Surah Al Baqarah (Ayatul Kursi 255)

Tentu kalian semua ada cita2 dan impian yang masih dalam perancangan dan masih belum terlaksana. Maka mintalah pada Allah kerana hanya Dia penentu segalanya.



Tomorrowland

Omnibus Main Street USA



Fantasyland

The Small World



aku panggil cawan gila








Adventureland



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    Ini adalah rezeki yg tak disangka-sangka
    Alhamdulillah
    Syukur
    moga Pak Itam sekeluarga terus diberi rezeki yg halal

    BalasPadam
  2. Salam bapak. Hanya Dia yg Maha Mengetahui :)

    BalasPadam