ALHAMDULILLAH
Barstow Station ni terletak di 1611 Main Street, Barstow dalam California.
Kira tempat persinggahan hentian rawat dan rehat ni memang popular kerana di sinilah tempat titik pertemuan jalinan jalanraya yang merentas dari Timur ke Barat USA yang terkenal sebagai Historic Route 66 . Aku pernah tengok kat TLC yang hostnya Ian Wright tu mengembara dari timur ke barat ikut Route 66 ni.Teringin juga suatu hari nanti, aku nak mengembara merentas Route 66 ni dari timur ke barat .
Tapi impian tu rasa sukar nak jadi kenyataan. Tapi takpa kerana aku dah capai 2 pasang t-shirt yang ada sign yang menarik berkaitan Route 66 ni terpampang kat depan t-shirt tu di sebuah stesyen minyak masa aku berhenti .Dua-dua kaler hitam dan entah lagi dulu aku suka pakai t shirt kaler yang gelap-gelap sikit terutama hitam .

Barstow Station ni juga merupakan tempat pertemuan Freeway dari 1 - 15, Highway 58 dan 247. Jadi kalau summer, pasti kita boleh jumpa geng2 motor Harley kat sini, tapi winter ni geng kapchai pun tak nampak hehehe
Kerana itulah, tempat ni tak pernah tutup langsung dalam setahun dan beroperasi sepanjang masa.
cantik coach a.k.a bas kecik ni
plat coach ni pakai nama sendiri je
Jadi tak hairanlah jika kelihatan banyak kenderaan terutamanya coach atau bas-bas
yang begitu unik pada aku sering singgah di sini sebelum meneruskan
perjalanan yang panjang. Aku berhenti di sini untuk cari sikit makanan dan minuman dan juga menegangkan segala urat-urat yang dah kendur
setelah beberapa jam atas jalanraya.
Agak sibuk sikit
kat sini tapi perhentian kami hanya sekejap je kerana kejap lagi kami
nak berhenti lama sikit kat Tanger Outlet , Barstow utk solat dan macam
biasa cuci mata,cuci USD dan cuci card credit hehehe
Itulah aktiviti wajib kat US ni. Kejanya asyik menyinggah kat Factory Outlet selagi kami terjumpa dalam perjalanan . Memang nampak gaya balik nanti aku kena noreh pagi petang le nak cover semula . Alhamdulillah, kebiasaannya Allah bagi aku rezeki semula untuk cover semula apa yg yang dibelanjakan dan setakat ini, aku masih terhindar dari belenggu hutang cik cc dan takda "out standing balance" dan sentiasa bayar ikut waktu dan bayar ikut apa yang aku dah gunakan.
Aku bersyukur kerana sebenarnya disebalik semua itu, terkandung hikmah dari Allah yang aku dapat hindarkan diri dari terbabit dalam riba' kerana kalau tak bayar cukup, nanti kan dah kena bayar "interest" a.k.a riba' namanya.Sesekali meraikan diri sendiri tak salah selepas penat menoreh dan macam pernah aku katakan, aku jenis kalau "meraikan" untuk diri sendiri untuk stok 1-2 tahun dan habis stok nanti , baru aku beli nanti.

Outlet ni boleh tahan juga besar tempatnya. Kalau JPO dalan 1 jam dah boleh habis rayau, sini 1/2 hari rasanya tak dapat ranjau semua kedai kot.
Macam biasa bagi pelancong macam kami, pi ambik map tempat ni dulu kerana kami hanya masuk ke kedai2 yang kami rasa nak beli barangannya je . Disamping tu, pihak pengurusan outlets ni pula beri kami dengan pelbagai kupon discount yang boleh digunakan nanti bila nak bayar hingga ada kupon tu yang beri discount hingga 60 % macam Banana Republic Factory Store.
Dahlah harganya asalnya rendah dan tolak lagi dengan discount , memang berbaloi untuk dibeli.
Sambil pusing-pusing, aku dok mengerling mana "port" aku nak solat yang agak terlindung dari laluan dan pandangan orang ramai. Pengabis kami pergi kat sebelah tepi hujung kerana dekat sikit dgn bilik air . Nak ambik wuduk agak makan masa kerana nak kena bukak jacket dulu, boot dan stokin . Cucuh je kat paip air, melenting aku kedinginan dan payahlah pulak nak berwuduk kerana paipnya jenis tekan dan berhenti sendiri. Pengabis, aku isi je dalam botol kosong mineral tu dan ambik wuduk pakai botol. Senang cerita.

factory outlets ni punyalah besar
aku rasa dalam 10 kali suria KLCC
Memang sesiapa pernah berkunjung ke US akan mengatakan rambang mata dek lihat pelbagai jenama terkenal dijual dengan harga yang sangat murah ditambah dengan discount lagi dan kalau tak beli rasa rugilah pulak.
Rayau punya rayau , terjumpa kami dengan kedai yang menjual pinggan mangkuk. Terbeliak biji mata bila lihat set correlle tu yang biasa depa jual kat Parkson KLCC dan Jaya Jusco dalam 500-600 satu set kerana kat sini hanya USD 46.00 je . Baru dalam RM 138.00 . Pak kal mengenangkan agak sukar nak bawak balik kerana takut pecah . Kalau tak, mau aku angkut .
Kekadang terpikir kenapalah benda2 macam tu bila sampai kat Tanah Melayu kosnya begitu tinggi sekali . Rasanya cukai tinggi kot . Tu belum lagi harga kereta .Bila aku berbual dengan sorang Chinese American yang aku temui, depa kata Bimmer 3 series full spec pun paling mahal kat sini dalam USD 40 000 je (RM 120 000) sedangkan kat Tanah Melayu kalau takda 300 ribu lebih jangan cakap le.
Lalu aku terkenang dedulu bila kita dihebohkan dengan harga kereta akan turun bila AFTA termeterai tapi semua hanya tinggal cerita2 kosong je .
Walaupun dihebohkan dengan inflasi dan pengangguran di bumi US agak tinggi, tapi kuasa membeli mereka masih tinggi kerana kalau pendapatan mereka dalam USD 1500 - 2000 sebulan, mereka dah boleh hidup macam orang yang berpendapatan 7000-8000 ringgit sebulan kat Tanah Melayu.
Namun bak kata orang tua,
Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri.
Tepuk dada , tanya selera.
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan di Tanah Melayu namun perkara2 positif yang baik yang terdapat di negara orang boleh kita ambil dalam memperbaiki taraf kehidupan golongan marhaen dengan memastikan harga barang yang rendah dan agak munasabah kerana aku pernah suatu ketika dulu merasa peritnya kehidupan .
Kasihan bagi sesiapa yang tinggal di bandar besar macam KL.JB dan sewaktu dengannya.
Kalau gaji dalam seribu dua dan tinggal lagi kat KL , aku rasa memang cukup2 makan je kerana segalanya perlu dibayar.Bayar ansuran kereta, bayar sewa rumah, bayar petrol, bayar tol yang berselirat sana-sini dan keperluan makan dan minum ,apa pun tak tinggal.Tu untuk orang bujang.Kalau yang dah berkeluarga ......
Kalau gaji seisi rumah 3-4 ribu dengan tanggungan 3-4 orang anak , sewa rumah lagi , ansuran kenderaan dan petrol lagi , belanja sekolah anak lagi dan keperluan lain , nak sampai cukup bulan pasti sesak nafas . Namun jangan risau kerana kalau rezeki kita penuh keberkatan , insyallah cukup .
Tapi kat US ni kalau gaji seribu dua aku rasa masih boleh pakai bimmer second lagi pasal baru enam tujuh ribu dollar je . Aku cerita ni dalam perbandingan nisbah matawang 1:1.

Syukur ke hadrat Allah yang meminjamkan kepada ku sedikit rezeki dan kesenangan agar aku dapat melihat dunia luar dan dapat membuat perbandingan.
jenuh nak jalan wooooo