ALHAMDULILLAH
Aku tinggalkan sekejap cerita kembara umrah aku dan sambung semula cerita kembara aku di bumi Paman Sam sementara aku masih ingat lagi segala peristiwa yang berlaku semasa aku di sana.
Aku tinggalkan sekejap cerita kembara umrah aku dan sambung semula cerita kembara aku di bumi Paman Sam sementara aku masih ingat lagi segala peristiwa yang berlaku semasa aku di sana.
Primm Valley Fashion Outlets terletak di 32100 South Las Vegas Boulevard, Pirmm, dalam negeri Nevada . Kira outlets ni terletak kat kawasan gurun. Tu sebab ia bukan jenis terbuka dan "like a shopping mall" tapi setingkat je , tak macam kebanyakkan outlets yang terdapat di US kerana pepaham le, kat kawasan gurun Nevada.
Sering berlaku ribut pasir tanpa diduga.
Sering berlaku ribut pasir tanpa diduga.
Kami tiba agak pagi juga lebih kurang jam 10. Aku tanggalkan jaket dan hanya pakai t-shirt pagoda je memasuki kompleks tersebut kerana yang pasti di dalam hangat berbanding di luar yang suhu pagi tu lebih kurang 5-10 darjah celcius.
pagi lagi, tak ramai pengunjung
Masuk-masuk je, Mak Itam kegirangan kerana terpampang kedai Hello Kitty di hadapan pintu masuk utama. Hajatnya nak beli baju tidur pasti terkabul sedangkan aku tidur tak pakai baju pun dan berlenggeng hehehe
Kalau ada pelikat gombang cap Hello Kitty, mau aku kena beli buat kenang-kenangan kerana yang ada kat Tanah Melayu , pelikat cap gajah duduk, gajah berdiri dan gajah nyankung je
Biasanya aku tidur dengan kain pelikat je tanpa baju.
Kulit tebal kalis cuaca hahaha
Kalau ada pelikat gombang cap Hello Kitty, mau aku kena beli buat kenang-kenangan kerana yang ada kat Tanah Melayu , pelikat cap gajah duduk, gajah berdiri dan gajah nyankung je
Biasanya aku tidur dengan kain pelikat je tanpa baju.
Kulit tebal kalis cuaca hahaha
Cuma kat US ni je , aku tidur siap dengan long sleeve lagi kerana walaupun dah masuk dalam lapisan cadar yang paling dalam atas katil, aku masih terasa kedinginan malamnya. Kalau setakat kat rumah aku tepi hutan,penghawa dingin yang dipasang 16 darjah celcius paling rendah, aku masih mampu bertahan tanpa baju,kalau kat sini taubat aku kalau tidur tak pakai baju.
Tu sebab kain pelikat gombang yang aku bawa terperuk dalam beg.
Alhamdulillah,
dapat jugak isteri aku beli 2-3 pasang .
Sambil ronda-ronda kat dalam, terserempak pula dengan Luggage Store . Kebetulan aku memang memerlukan satu lagi beg kerana nanti mana nak letak belacan, batu lesung, batu ladung dan macam-macam lagi yang aku dah beli di beberapa factory outlets yang aku dok nyinggah saban hari . Takkan nak punjut je dan bungkus serta diikat kat sebatang kayu bawa balik nanti.Nanti dah macam cerita "Si Bongkok" pula .
Lama jugak dok belek-belek mana satu yang berkenan di hati . Yang pasti beg yang menjadi pilihan mesti jenis "ultra lightweight" iaitu ringan dan kukuh . Samsonite murah tapi aku tak beli kerana aku dah ada beg yang satu keturunan dengannya. Masa hari tu aku datang , aku tak "wrap" beg aku dengan plastic di lapangan terbang sebelum check in bagasi, pengabis tiba Los Angeles hari tu, habis calar balar beg aku .
Alhamdulillah,
beg tu dapat bertahan kerana kualitinya walaupun rasanya depa dok hempas sana sini kerana dari KL-HK satu hal dan tukar pulak flight lain HK-LA pula . Kalau beg tak cukup kukuh, aku rasa dah pecah dan berterabur isi dalam.
Pengabisnya aku sambar Delsey Ultra Light Weight dalam USD 200++ juga . Covert ke RM dalam 600++ tapi masih murah kerana beg sebegitu 1000 lebih kat Malaysia. Yang penting Delsey ada "double zip" kerana biasalah kat mana2 airport,pasti ada yang panjang tangan jenis kopek kat zip semasa bagasi masih berada di dalam kawasan penghantarannya. Dulu kat KLIA,banyak penumpang yang kehilangan barangan dalam bagasi hinggakan pihak keselamatan terpaksa memasang banyak CCTV sebagai langkah2 pencegahan semasa bagasi diuruskan .
Sambil tu aku sempat gesek cc aku kat Lacoste sambar 2-3 helai baju . Yang pasti tak sampai 2-3 saat, hp aku berbunyi menandakan sms masuk . Tak lain tak bukan dari pihak card centre bank di Malaysia mengatakan bahawa ada penggunaan cc di luar negara. Cepat sungguh depa detect penggunaannya . Kat sini pun gesek cc tak sampai 1-2 saat dah approved berbanding negara kita yang kekadang kat seminit jugak dan terpaksalah budak cashier tu dok gosok cip kat kad tu .Balik nanti , aku kenalah gesek kat pokok getah nanti lebih sikit cover aktiviti asyik mengesek cc kat sini.
Alhamdulillah.
Sambil tu aku sempat gesek cc aku kat Lacoste sambar 2-3 helai baju . Yang pasti tak sampai 2-3 saat, hp aku berbunyi menandakan sms masuk . Tak lain tak bukan dari pihak card centre bank di Malaysia mengatakan bahawa ada penggunaan cc di luar negara. Cepat sungguh depa detect penggunaannya . Kat sini pun gesek cc tak sampai 1-2 saat dah approved berbanding negara kita yang kekadang kat seminit jugak dan terpaksalah budak cashier tu dok gosok cip kat kad tu .Balik nanti , aku kenalah gesek kat pokok getah nanti lebih sikit cover aktiviti asyik mengesek cc kat sini.
Alhamdulillah.
mak itam sedang nyorong beg yg baru kami beli
ribut pasir dan angin kencang kat luar
biasalah pasal outlets tengah kawasan gurun pasir
biasalah pasal outlets tengah kawasan gurun pasir
Salam bapak. Gesek jangan tak gesek kad tu bapak, kehkehkeh! Tapi tang part kena gesek pokok getah lebih2 untuk cover balik tu yg tak bleh tahan, kahkah!
BalasPadamSeronok shopping eh, alhamdulillah, rezeki dariNya. Bab hempaih2 beg tu, haritu masa saya pi Brunei dengan kak Jenab, kak Jenab nampak mamat2 yg uruskan bagasi tu pakai baling ja beg kami. Memang la dah tau pun beg2 tu akan dilempaq macam tu saja tapi bila nampak dengan mata kepala sendiri adalah lebih tragis gitu, hehe. Kak Jenab tetap terkedu, padahal dia dah merantau merata dunia dah :D
waalaikumsalam
Padamhehehe
mmg gitulah gamaknya depa lempar beg tu , tragis hehe
kalau depa nak sopan santun susun bagasi, mau lambat terbangnya
tapi kalau beg pecah dek depa punya kerja, boleh claim kat depa
Assalammualaikom wbt Pak Itam....Lama sungguh ana tak singgah akt Blog tuan Hj....Maklum la...ana terlalu sibuk di Negara mata biru janggut tebal ni...
BalasPadamAllhamdulillah, seronok baca N3 kali ni...walaupun tak sempat nak baca N3 yang lain...Sesunguhnya perjalan pak Itam dan Mak Itam pasti bermakna.
Sampai jumpe lagi.....JazakaAllah
waalaikumsalam
Padamdah nak habiskan service kat sana
sian tak jumpa lagi dgn anak yg baru lahir tu
nanti balik , boleh sembang2 panjang nanti
Salam bapak..
BalasPadamcepat sungguh depa approved transaction cc..tak macam kat malaysia..seminit..dua minit..dok tunggu..kadang2 kita yang nervous, walhal dah bayaq elok pun cc tu. saya dok bercita-cita nak beli samsonite, jatuh cinta dengan kelasakannya, tapo tak kesampaian lagi. simpan dulu hajat tu. terbakar hati tengok luggage calar balar tu..
waalaikumsalam
Padamsebenarnya line kat tanah melayu teruk , tu sebab connection pun teruk
yg tak tahan tu bila tak boleh, cashier tu siap kata kad rosaklah heheeh
samsonite kat tanah melayu mahal 2-3 ganda dengan rega kat US , samsonite ni asal US
*tapi. typo error dibuatnya.
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamsalam ukhuwah dan salam kenal dari bunda...
Waalaikumsalam Bunda a.k.a KN
Padamterima kasih sudi berkunjung ke SCP
salam ukhwah juga dari saya