بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Seringkali kita mendengar cerita yang ramai juga kalangan Tetamu Allah yang sesat akibat berlaku kekeliruan atau kata bebudak zaman kini "jiwa kacau" apabila hilang punca dan terlupa mana satu pintu atau jalan yang perlu kita gunakan untuk keluar nanti dari Al Haram . Jika tersalah je , pasti ia akan membawa kita entah ke mana-mana nanti kerana Al Haram besar sangat dan banyak pintu keluar .
Dari itu , kita pasti sering ketemu dengan jemaah2 terutamanya jemaah wanita yang menggunakan pelbagai tanda atau warna yang ceria lagi terang di telekung mereka agar mereka dapat mengecam anggota kumpulan mereka tatkala jemaah yang terlalu ramai di Al Haram terutamanya ketika melakukan tawaf agar mereka tidak terpisah terutamanya jemaah wanita, lagi-lagi yang dah berumur.
Aku seronok melihat suasana ini dengan penuh keceriaan .
Walaupun aku dah beberapa kali bertandang ke sini, namun hingga ketika dan saat ini , aku buangkan jauh-jauh dalam hati yang aku takkan sesat kerana banyak yang aku dah lihat akibat keangkuhan dan kesombongan segelintir manusia yang telah acap kali ke sini yang akhirnya menerima pembalasan dari Allah akibat keceluparan dan kesombongan hingga sesat barat dibuatnya akibat tak jumpa jalan keluar a.k.a jalan pulang .Depa ni pusing-pusing kat situ juga dan pastinya pandangan mereka telah "ditutup" oleh Allah sebagai satu bentuk pembalasan .
Sebagai iktibar dan pengajaran, akibat keceluparan dan keangkuhan mereka ini , lalu terkeluarkan perkataan ,
"Dah biasa datang , tak sesat punya"
dan hingga ada pula yang mendabik dada dengan nada sombong lagi angkuh,
" Tetiap tahun datang dah berbelas kali , takkan sesat"
Maka seringkali golongan ini yang akan mengalami peristiwa ngeri hingga ada yang sesat berhari-hari berpusing-pusing di situ dan tak jumpa jalan keluar.
Ada yang tak jumpa jalan keluar berhari-hari dan hanya berlegar-legar dan berada di dalam Masjidil Haram dalam keadaan keletihan dan kusut masai hinggalah takdir Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani membuka kembali pintu hati mereka untuk bertaubat dan akhirnya sebenarnya jalan keluar hanya berada di hadapan mereka sebenarnya.
Ada yang tak jumpa jalan keluar berhari-hari dan hanya berlegar-legar dan berada di dalam Masjidil Haram dalam keadaan keletihan dan kusut masai hinggalah takdir Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani membuka kembali pintu hati mereka untuk bertaubat dan akhirnya sebenarnya jalan keluar hanya berada di hadapan mereka sebenarnya.
Ingatlah ,
Allah Maha Berkuasa .
kuning
Salam Rezeki.
BalasPadamSaya suka duduk diatas bumbung sambil melihat putaran warna membuat tawaf. Especially jemaah dari indonesia yang sentiasa bergerak didalam kumpulan dengan penuh disiplin!
Waalaikumsalam uncle
PadamMmg jemaah indonisia selalu kalau tawaf dalam kumpulan besar, sama jugak dgn jemaah iran
mmg leka tengok dari atas
salam bapak,
BalasPadambukan setakat mudah bagi golongan tua saja, yang muda pun turut sama merasa mudahnya nak kenal ahli jemaah.maklumlah bila dah ramai-ramai..
banyak juga dengar cerita yang sesat dan tak dapat cari jalan keluar tu..
Waalaikumsalam
Padamsemua bahagian memasing ,
semua yg berlaku kita ambil sebagai ikhtibar
Salam bapak. Takut jugak bila dengaq pasai sesat sampai berhari2 tak jumpak jalan keluaq tu, ya Allah..
BalasPadamWaalaikumsalam ciku
Padamkalau sapa cakap beso , dapatlah nanti Allah bagi dan itu tandanya Dia kasihkan hambaNYA
Semua kita ambil sebagai ikhtibar
Assalamualaikum Tn Hj,
BalasPadamHanya jemaah malaysia pakai telekung putih dan kalau ada hanya tercatit perkataan MALAYSIA di bhgn belakang atas kepala......
Mereka kebanyakannya bergerak secara berkumpulan.....
Waalaikumsalam
Padamjemaah kita tenggelam dalam kumpulan jemaah lain yang lebih besar