ALHAMDULILLAH
pekan Sg Rengit
kira persimpangan sebelum ke Pekan Pengerang
Buntu kalau lalu sini woooo
kira persimpangan sebelum ke Pekan Pengerang
Dalam seminggu , pasti sekali aku akan ke area Pengerang untuk menghantar getah beku yang dipesan oleh pelanggan aku . Aku ada 5 customer di area Pengerang tu . Tapi sejak akhir-akhir ni , semenjak dua menjak projek Rapid Pengerang sedang giat dilaksanakan, aku terpaksa mengambil masa yang panjang dalam 45 minit juga untuk sampai di kawasan penghujung Pengerang berdekatan Tanjung Pengelih .
Ini disebabkan keadaan jalan raya di sini sungguh sibuk sekali dengan deretan treler panjang, lori besar, kato, tractor,bajak, tongkang dan entah apa-apa lagi yang boleh diangkut yang menyebabkan perjalanan sering terganggu . Depa ni jenis besar2 dan bawak muatan berat pula ke tapak projek . Tu belum lagi yang jenis bawak batu kelikir yang menyebabkan aku sering menjarakkan dari mengikuti mereka kerana kalau terpelanting sebutir kat cermin , tak berbaloi apabila pecah berderai.
Selalu bila selisih je, aku berserah je pada Allah agar takda yang terpelanting ke arah kenderaan yang aku naiki . Kerana lori-lori dan seangkatan dengannya, keadaan jalan sekarang menghala ke Pengerang agak teruk sekali kondisinya. Lubang dan pecah sana-sini .Kalau dulu kemalangan jiwa di sini boleh kira dengan jari , tapi sekarang jalan ni dah banyak makan nyawa wooooo
Bulan lepas ketika aku ke sana, masa tu jerebu hebat sedang melanda terutamanya negeri Johor dan kawasan Pengerang ni pun tak terkecuali menerima tempiasnya kerana seberang Pengerang je tu dah Temasik dan depan sikit dah boleh masuk ke Perairan Indonesia.
Kalau tak jerebu, kapal2 besar yang melalui perairan depan tu kelihatan jelas , tapi laaaa ni masa tu, tak nampak apa pun di lautan. Ini pasti membahayakan kerana mereka bisa berlanggar antara satu sama lain kerana jarak penglihatan yang begitu terhad.
Aku bab-bab jerebu ni tak takut kerana jerebu pasti akan berlalu pergi . Yang paling aku takut ialah apabila melalui jalan kat dalam gambar bawah ni kerana ia tetap akan berada di situ selagi ada bulan dan bintang , sepatutnya.....
Aku tetap kena menempuhinya untuk sampai ke Pekan Pengerang dan setiap kali aku melaluinya, aku pasti BUNTU hehehe
Memang unik namanya iaitu Kg. Sungai Buntu. Tapi sedikit masa lagi, pasti semuanya hanya tinggal kenangan di sana dan kawasan sekitarannya apabila perkampungan di sekitar situ akan ditelan dek pembangunan Rapid Pengerang dan semua tanah di sekitaran situ diambil untuk dimajukan manakala semua penduduk akan di pindahkan ke sebuah petempatan baru di sekitar Batu Layar.
Rasanya akibat terlalu kerap lalu jalan ni semenjak dua menjak, maka aku tengah dalam kebuntuan untuk menulis semula macam kebiasaannya di SCP ngeh,ngeh,ngeh
Tu sebab aku hanya asyik merayau je ke beberapa rumah orang lain dan membaca hinggakan ada yang aku dah khatam setiap n3 mereka dari awal mereka menulis hingga sekarang hehehe
Harap lepas ni aku tidak akan merasa buntu lagi hehehe

salam bapak, di penang ni pun dah 3 hari jerebu. tak best!
BalasPadamada jugak nama tempat sebegitu unik...memang BUNTU memikirkannya...hehe.
Waalaikumsalam
Padamni jerebu nak menulis balik ni hehehe
mee udang tu nampak sedap je , kat area mana tu
Salam Syawal Pak Itam
BalasPadambila pembangunan dah siap nanti...tak buntu la..
Waalaikumsalam atuk
Padampembangunan di situ terlalu mahal hingga menyebabkan banyak perkampungan tradisi akan lenyap begitu saja dan dipindahkan ke petempatan lain
Kalau buntu lagi merayau le ke blog saya
BalasPadamhehehe
Padamsaya dah merayau dalam rumah akak dah sebenarnya, merayau sesenyap je hehehe
Tahniah atas penerbitan buku Memanis Kehidupan yang bakal berada di pasaran
BalasPadam