WARGA SCP

Khamis, Ogos 01, 2013

PART 50 TANAH SUCI MAKKAH : BOLEH KE TIDAK BAWAK BENDA ALAH NI

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

 
 Nampak Baitullah dengan jelas dari atas
 tapi sekarang tidak lagi kerana terlindung dengan laluan tawaf sementara

Boleh ke Tidak
Boleh ke Tidak
Sering timbul pertanyaan dan perasaan ini dalam hati rasanya pada kebanyakkan jemaah bila nak melangkah ke dalam Al Haram. Benda alah yang dimaksudkan adalah boleh ke tidak bawak kamera masuk dalam Al Haram . Bukan apa, jangan pulak salah faham . Tujuan kita bawak masuk benda alah ni adalah untuk merakamkan detik2 indah untuk tatapan dan simpanan kita sebagai "kenangan terindah" kerana untuk ke sini nampak mudah , tapi kalau takde "surat jemputan dari Allah", maka tak sampai le kita ke sini.

Jadi sebagai manusia biasa, lumrahnya pasti kita nak juga rakamkan sedikit kenangan di dalam Masjidil Haram.Tak salah rasanya , tapi janganlah pulak melampui batas berposing sakan siap melompat2 lagi dengan berlatar belakangkan Baitullah dan bergaya ala-ala model pulak hehehe
 
sesak di Hijir Ismail
kalau sekarang tak dapat gambaran ni dari atas kerana terlindung 
oleh laluan tawaf sementara 


Semasa mengemas bagasi sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah, aku bercadang membawa 2 buah kamera . Satu sudah pasti DSLR yang cadangnya untuk mengabadikan foto-foto di persekitaran luar Al Haram dan takde niat mengambil risiko untuk membawanya ke dalam Masjidil Haram untuk merakamkan foto2 dari dalamnya. Namun dalam hati kecil ku selalu berkata , "kalau dapat rakamkan dengan DSLR dari dalam Masjidil Haram, pasti hasilnya agak cantik"

Jadi aku cadang bawa satu camera compact yang kecil nanti untuk aku rakamkan foto-foto dalam Masjidil Haram jika berkesempatan.

Kita merancang, Allah tentukan.

Camera compact aku tertinggal kat kebun dekat mesin gelek getah  yang hanya aku sedari semasa aku bertolak dari HC ke KL . Takpelah, kalau Allah tetapkan begitu, terima jelah. Rupanya Allah nak gantikan aku dengan peluang yang lebih baik kerana aku memang tak menyangka yang Allah dah bagi aku kebenaran untuk bawak DSLR dalam Masjidil Haram . 

Yang tersurat dan tersirat , 
Mana lebih besar.

Kebenaran dari penjaga pintu yang sentiasa memeriksa beg jemaah yang memasuki ke dalam Masjidil Haram atau kebenaran dari Allah S.W.T. Penjaga pintu sama juga seperti kita , makhluk kecil di sisi Allah . Yang tersirat adalah kita mintalah pada Allah atas apa jua yang kita rasa nak minta. Beri atau sebaliknya adalah urusanNYA. Kalau diberi Alhamdullilah dan jika sebaliknya, kita sebagai insan yang kerdil mestilah juga bersyukur kerana ada hikmahnya Allah tak tunaikan permintaan kita.



Aku insan yang lemah . Walaupun ada permintaan aku yang Allah makbulkan dengan cepat, tapi bukan semua apa yang aku pinta pada Allah dalam kehidupan ini , Allah makbulkan dengan begitu cepat sekali .  Ada yang bertahun-tahun juga baru Allah makbulkan. Sudah tentunya Allah nak aku terus minta dan meminta dengan erti kata lain doa dan terus berdoa yang sebenarnya terkandung banyak hikmah untuk aku renungkan .

Kerana tak bawak camera compact tu tadi, maka sebagai gantinya pastilah camera hand phone sebagai galang gantinya . Bila sahaja masa terluang semasa aku menghabiskan masa ku beribadat dalam Masjidil Haram, aku rakamkan saat-saat indah di sana dengan menggunakan HP aku . Tak sangka pulak yang hasil dari  camera iphong yang aku rakamkan pada ku memuaskan walaupun ia hanya 8 Mega Pixel je .Namun camera HP sukar nak dapatkan gambaran yang jelas bila di zoom. 

Bagi yang selalu pakai kamera korang tau tak apa maksud Pixel tu. Pixel tu adalah singkatan dan membawa maksud "picture element" atau butiran yang akan dirakamkan menjadi sesebuah imej.

Maksudnya kalau lebih banyak pixelnya, maka lebih banyak butiran yang akan dirakamkan menjadikan foto tersebut nanti hasilnya pasti lebih memuaskan dari camera yang mempunyai pixel yang rendah.DSLR cabuk aku yang aku beli beberapa tahun yang lalu pun pixelnya sama jugak dgn iphong tu, tapi yang membezakan ialah ia "Single Lenses Reflector (SLR)" dan boleh zoom . Tu kalau aku dapat bawa masuk dan dapat rakam foto dari tingkat atas Masjidil Haram, pasti best.

Rupa-rupanya tanpa aku sedari sebagai insan yang lemah, Allah Yang Maha Besar mendengar bisikan hati ku ini.

Nak jadi cerita sedang aku duk mengelamun kat lantai tawaf memerhatikan Baitullah , aku terlihat seorang jemaah muslimah yang agak muda berbangsa india rasanya sedang melakukan tawaf . Tapi yang menarik perhatian ku , tergantung dilehernya DSLR . 

Kaget aku dibuatnya. Ialah, manakan tidak. Kebiasaannya kita dengar kalau jemaah muslimah yang bawak compact camera pun tak dibenarkan masuk , ini bapak kamera tergantung kat leher lagi .Itu sebenarnya petunjuk dari Allah buat ku. 

Macam aku kata tadi. Mana lebih besar kuasanya, 
"Si Penjaga Pintu Masuk Masjidil Haram" atau Allah Tuhan Yang Mentadbir Sekalian Alam.

Setiap apa yang berlaku sebenarnya menjadi petunjuk dan pedoman buat kita sebenarnya ada kaitannya dengan  kehidupan seharian yang kita lalui dan kita cuma implikasikan untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam yang kita lalui sebagai seorang insan bergelar muslim.

Panjang dah rasanya aku melalut pagi ni dan cerita "BOLEH KE TIDAK BAWAK BENDA ALAH NI" tak habis lagi sebenarnya hehehe

Nanti ada masa aku sambung ye.

Semua yang datang dari penulisan ku hari ini adalah dari kelemahan aku sendiri dan harap sedikit perkongsian hari ini dapat menceriakan kehidupan kita .

Insyallah

To be continued  
opssss sebelum menutup tirai
pagi ni cuaca panas tidak , sejuk pun tidak
redup je dan semalam hujan turun jam 4.00  pagi .
Dah lama rasanya tak hujan tengah hening malam pertukaran antara malam dan siang tu
Mungkinkah semalam "Malam 1000 bulan"

ada jemaah tersepit kat Hajarul Aswad tak boleh keluar 
ombak manusia di penjuru ini terlalu kuat 
sapa tak tahan pasti terhambur keluar
namun semua tu atas ketentuan Allah jua sebenarnya





semua foto di atas dirakam dari tingkat atas Masjidil Haram
dengan lens 18-200 Nikkor VRII
kira-kira jam 9 pagi
25 Mac 2013

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Alamak Bapak..
    Dah boleh bawak ke??
    Saya tu ari pun ada gak plan nak bawak tapi 50-50 la pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ibuk

      arab ni dia punya law ikut suka je hehehe
      tak boleh aci, kejap boleh , kejap tak boleh hehehe

      Padam
  2. Salam.

    Saya bawak compact saja. alhamdulillah dapatlah jugak merakam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Ummisara

      Alhamdulillah
      compact camera kecik dan senang je masuk dalam poket

      Padam
  3. Last saya pergi.memang tak boleh bawak masuk.

    BalasPadam
  4. Masa kakak menunaikan Haji 2009 memang tak boleh bawa camera tapi terakhir kakak pergi Mac 2013 baru-baru ini memang dah boleh Pak Itam. Tapi kalau di Masjidinabawi jemaah lelaki boleh bawa tapi kita yg perempuan tak boleh lagi. Itu yg gelihati kakak bawa compact camera kena tahan tapi anak kakak bawa Samsung SIII tak kena tahan pulak. Padahal boleh juga snap sana-sini dan clear dan cantik lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg kalau di Madinah agak street sikit terutama jemaah wanita

      hehehe mmg kekadang HP punya gambar lebih cantik dari compact camera ,

      Padam
  5. Salam bapak. Itu la, tertanya2 jugak saya camana prosedur bila bawak kamera ke sana, boleh ka tidak tapi bila dah tengok gambaq cantik2 yg ditembak & diletak kat blog sana sini, saya ingat ok jalah boleh bawak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      sebenarnya ciku ikut rezeki jugak , kalau di makkah kekadang boleh kekadang tidak , ikut mood tukang jaga pintu tu jugak kalau nak bawak dslr , kalau compact camera takde hal punya

      madinah mmmg agak ketat sikit dan saya hanya berani bawak dslr dalam kawasan pagar je dan tak pernah bawak masuk dalam masjid

      Padam
  6. Assallamualaikum Pak Itam.

    Terima Kasih. Rasa-rasanya macam memberi maklumat panjang pada akak tentang membawa Camere(Kamera) ke dalam masjid Mekah.
    Tahun depan akak nak belilah camere yang mcm Pak Itam syorkan tu. Lepas tu insyaallah , ada rezeki nak bawa masuk ke dalam masjid.... rasa lega sebab dah nak pencen.

    Seronok tengok gambar-gambar yang jelas mcm yang Pak Itam paparkan. Kalaulah boleh snap aktiviti cucu kat rumah..akan jadi kenang terindah.

    Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam kak

      hehehe tutup mata dan beli je kak kalau dah minat
      saya tak raya lagi ni kak pasal tak habis puasa lagi ni hehehe
      hari ni last pasal minggu lps ingat nak habiskan sekali jalan , demam teruk lah pulak hehehe

      Padam
  7. Assalamualaikum.. beruntung sekali dapat menziarahi baitullah..
    pernah buat percubaan 2 kali nak ke umrah.. tapi tak kesampaian.. ada hikmah yg tidak kita ketahui.. Insyallah akan usaha lagi..

    seronok bila tgk gambar2 ni.. dulu memang selalu dgr org tak di benarkan bawa camera masuk.. tapi skrg dah boleh yer.. alhamdulillah la.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam sheikh

      Insyallah
      Hanya Allah yang mengetahuinya dan pasti jemputan dariNYA akan sampai jugak

      Hari tu bila nampak ada yang dok nembak dgn DSLR di Masjidil Haram , tu yang rasa dah boleh kot bawa masuk DSLR dan bapak pun bawak le nembak dari tingkat atas hehehe

      Tapi kebanyakkan foto kat dalam dgn iphong je

      Padam