بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Sebelum ni masa aku sekolah menengah dulu nak periksa SPM masa tu, salah satu subjek yang aku belajar kalau tak salah aku ialah subjek sejarah yang dalam silibusnya ada sekali sejarah islam.
Hudaibiyah masa tu sering muncul dalam buku-buku rujukan dan seringkali intipati perjanjian Hudaibiyah ni akan menjadi soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan. Begitu juga masa aku ambil STPM yang ada subjek sejarah islam . Kerana aku memang minat sejarah masa tu kerana dalam aliran sastera yang mana manalah tau satu hari boleh jadi lawyer , maka SPM dan STPM aku kedua2 "score" dalam subjek sejarah tapi cuma aku je tak jadi lawyer sampai laaaa ni hehehe
Kalau dulu aku hanya dapat membayangkan saja Hudaibiyah ni , kali pertama aku memijakkan tanah di bumi Hudaibiyah ni pada tahun 2005 ,lapan tahun yang lalu kalau tak salah aku, akhirnya aku dapat menghayati dengan kepala mata aku sendiri satu peristiwa bersejarah yang berlaku beribu tahun dahulu di sini melibatkan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi titik tolak dan sejarah umat islam ketika itu .
Hudaibiyah tetap Hudaibiyah dan struktur binaan tersebut masih kekal lagi yang kini telah menjadi lipatan sejarah yang mana kita sebagai umat islam perlu mengetahui apa yang pernah berlaku disini suatu ketika dulu di sini.
Di sinilah , Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani oleh Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Musyrikin Makkah pada tahun 628 Masihi (6 Hijrah).
Antara intipati perjanjiannya ialah:
Genjatan Senjata 10 Tahun
• Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan.
Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik
• Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan.
Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik
• Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaum keluarganya atau kembali kepada agama asalnya.
Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik
Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik
• Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan semula andainya terdapat di kalangan umat Islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain.
Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin
Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin
• Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin Makkah atau pihak Islam.
•Ibadat umrah boleh dilakukan tahun berikutnya
• Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi itu ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
Peluang Menunaikan Ibadat Haji
• Orang Islam berpeluang bagi menunaikan ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini telah memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila masa.
Dakwah Islam Semakin Tersebar
• Nabi Muhammad s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelusok Semenanjung Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah.
Pengislaman Tokoh-Tokoh Penting Quraisy
• Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang rab Quraisy yang lain.
Ketokohan/Kebijaksanaan Nabi
• Melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin yang mempunyai wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan.
Negara Islam Madinah Diiktiraf Dan Makin Kukuh
• Perjanjian ini menunjukkan orang-orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

Namun begitu, Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun ditandatangani menyebabkan angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan berjaya menguasai Makkah semula tanpa pertempuran yang besar.
Opsss, cerita pasal Hudaibiah, tempat ni jugak salah satu tempat bermiqat bagi para jemaah . Jadi kalau sesiapa berkesempatan ke sini, bawaklah sekali kain ihram dan nanti sebelum bertolak balik ke kota Makkah, boleh pakai kain ihram , solat sunat ihram dan terus nanti lafaz niat ihram .
Insyallah.

masjid Hudaibiah kini
Assalam Tuan,
BalasPadamTerima kasih Tuan, saya cuma nak bertanya betulkah Hudaibiyah ini sebenarnya tidak dijaga rapi oleh Kerajaan Saudi sehingga menjadi tempat pembuangan dan pembakaran sampah?...Tk Tuan
Su, Bangi
Waalikumsalam Su
PadamHudaibiyah kira jauh dari pusat bandar, tiada pembangunan di situ . Jemaah ke sana hanya kerana tempat itu salah satu tempat bermiqat, kalau tak , pasti takda pengunjung
Tentang tempat pembuagan dan pembakaran sampah, tak dapat dipastikan pulak
TK banyak
Padam