WARGA SCP

Rabu, Ogos 07, 2013

SALAM AIDIL FITRI BUAT RAKAN SEMUA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Dengan rasa rendah diri
saya Pak Itam  a.k.a Bapak, tuan punya SCP
serta anggota keluarga saya ingin memohon
ampun dan maaf 
zahir dan batin
andai kata terkasar bahasa
andai kata tersilap tutur kata
atas apa jua kesilapan 
samada disedari atau tidak
sempena Hari Raya Aidil Fitri
yang bakal menjelma Khamis ini

Yalah, kitakan manusia 
kekadang ada tulisan kita yang mungkin mneyinggung hati orang
tanpa kita sedari
Kekadang ada komen kita yang gayanya bergurau
tapi salah dimengertikan 

Semoga kedatangan Shawal ini
akan membawa sejuta kebahagiaan
akan membawa sejuta keriangan
buat kita semua

Dalam kita bergumbira
ingatlah insan-insan yang serba kekurangan
semoga kedatangan Shawal ini 
akan menjadikan kita insan yang lebih baik
dari hari yang sebelumnya

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


2 ulasan:

  1. Salam bapak. Saya pun sama jugak ingin memohon ampun & maaf atas segala kekasaran bahasa. Selamat menyambut Aidilfitri 1434H buat bapak sekeluarga :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Semoga 29 hari yang lalu diberkati dan diberi peningkatan takwa padaNya. Semoga Allah suburkan benih keislaman padamu dan keluarga serta keturunanmu.

    BalasPadam