WARGA SCP

Ahad, Disember 21, 2014

FIRST LEG : SEMIFINAL AFF SUZUKI CUP SHAH ALAM : AKU TUA SETAHUN LAGI

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Salam ceria di pagi minggu buat semua . Piala AFF Suzuki 2014 telah melabuhkan tirainya semalam. Keputusan telah diketahui , Harimau Malaya gagal mengapai piala idaman walaupun menang semalam dalam perlawanan akhir ke 2 yang berlangsung di Bukit Jalil yang dihadiri hampir 100 000 ribu penonton.

Kalah dengan agregat 3-4 .

Menang kalah adat pertandingan. Namun kekalahan semalam bukan titik noktah terakhir buat Harimau Malaya yang rata2 dibarisi pemain yang boleh dianggap berusia dan kurang tenaga apabila memasuki 10-20 minit terakhir perlawanan berbanding pasukan Thailand yang membariskan rata2 pemain muda yang kudratnya masih utuh .


Ada peminat yang berpuashati walaupun kalah, namun ada peminat yang sebaliknya serta menghambur kata2 hina dan nista . Walaupun menang semalam,  namun gagal menjadi juara, aku rasa puas hati juga kerana rata2 para pemain telah memberikan komitmen dan semangat juang yang tinggi, namun kudrat mereka serta taktikal yang terbatas menyebabkan mereka tidak dapat mengekalkan konsentrasi sepanjang 90 minit perlawanan.

Kalau tidak, tentu cerita sebaliknya di dada2 akhbar hari ini.

Yang tak puas hati tu biasalah. Itu adat asam garam kehidupan. Kehidupan yang kita lalui ini pada hakikatnya tak semuanya akan berlangsung dengan lancar dan indah . Kehidupan sebenarnya penuh dengan asam garam kegagalan serta kejayaan yang menjadikan kita individu yang lebih kuat pada masa akan datang.


Begitu juga dengan kehidupan ku . Aku dah rasa jatuh bangun dengan kehidupan. Semasa aku berada di Stadium Shah Alam ni tempohari , aku bermuhasabah diri kerana malam nanti ketika detik 12.00 malam , usia ku menganjak setahun lagi sebenarnya. Aku macam biasa, tiada acara sambutan istimewa seperti yang lalu . No "Happy Birthday Celebration" . Sekadar merenung apakah aku telah dapat melunaskan tanggungjawab ku sebagai insan dan  sebagai kepala keluarga dengan sebaik-baiknya.

Aku berharap agar kehidupan aku sekeluarga sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan serta keberkatan limpah kurnia rezeki dari Allah dan terhindar dari segala musibah dan ujian .

Dunia hari ini semakin mencabar memerlukan kita mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin agar kita tidak lalai dengan "nikmat dan fitnah dunia" . Persiapan duniawi dan ukhrawi perlu dilakukan sebaik mungkin. 

Dikesempatan ini, aku berpesan kepada diri ku dan kepada semua,  marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. 

Aku bukan insan yang sempurna, banyak kelemahan pada diri ku. Tapi kalau kita tak cuba berubah ke arah yang lebih baik, bila lagi.

Masa tidak menanti kita kerana bila2 masa je, kita akan kembali kepadaNYA. Pastikan agar akhirat kita junjung, dunia pula kita tidak tinggalkan. Barulah keberkatan akan mengiringi kehidupan kita

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, manakala orang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam .”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Insyallah.

OK, lets enjoy the enviroment at Shah Alam Stadium . First Semi Final AFF Suzuki Cup 2014 . Malaysia vs Vietnam .Kami berdua berada di situ ketika itu .










Sabtu, Disember 13, 2014

BERLARI DAN BERKUAK DI GYM SERTA POOL

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Kebiasaannya, tak kira mana-mana hotel aku menginap, selepas sarapan, aku pasti akan ke gym yang tersedia untuk aku membakar sedikit kalori yang berada dalam badan . Kalau kat rumah pula, hari tak noreh aku akan jogging di sebelah pagi manakala hari aku menoreh pula, sebelah petang menjadi pilihan aku.

Pagi tu kira aku tolong bukak gym tu kerana takda orang lagi . Treadmill menjadi pilihan aku macam biasa. Setting untuk setiap sessi selama 20 minit dengan kelajuan yang memadai ikut umur aku . Macam biasa warm up dulu sebelum aku meneruskan larian kat atas treadmill tu .



Habis seround dalam 20 minit, lap peluh dulu dan seround lagi dalam 20 minit hingga menjojos peluh semua. Untuk sessi 40 minit tu, dalam 200-300 kalori juga dapar dibakar . 

Rehat jap sejukkan badan dan sessi bercebo pun bermula. Dapat kuak lentang dalam setengah jam pun pada aku dah kira ok untuk releasekan segala otot2 badan disamping sessi pemulihan bahagian belakang aku kini yang kerap menimbulkan masalah kerana kerap sangat angkat getah ojol yang berat2 dari kebun gotah untuk dijual.



Kalau lihat dalam gambar lenggang takde orang yang bercebo. Tapi kelebihan dan keistimewaan hotel TH ni ialah pool untuk muslimah diasingkan dalam kawasan yang bertutup tu . Jadi takdalah masalah untuk kaum muslimah nak bercebo . 

Aku lihat kebanyakkan kedudukan hotel TH ni semuanya berdekatan dengan airport . Ini tentunya memberi kelebihan kepada para bakal haji dan sanak-saudara yang menghantar untuk menginap setiap musim penerbangan haji tiba. 

Ini satu pelaburan yang baik dan semoga mendatangkan bukan saja keuntungan kepada pelaburan mereka, tapi disamping itu dapat memberikan dan menyediakan kemudahan penginapan yang terbaik kepada para tetamu. 

Aku lihat dah seminggu dua ni, ada promosi dijalankan oleh mereka di akhbar hingga bulan Mac 2015 dengan tawaran harga bilik yang rendah disamping naiktaraf bilik percuma kepada pendeposit Tabung Haji. Jadi apakata, kita rebut peluang yang diberikan dan secara tak langsung memajukan ekonomi ummah sekali.

OK, berlari dan sudah. Berkuak dah sudah.

Mana destinasi ku pagi ni.

Pekan Rabu di bandar Alor Star untuk cari ikan perkasam.



pool untuk muslimah sebalik pagar kayu coklat tu


berhampiran Convention Centre

Main Entrance THCC
Alor Star
 

Jumaat, Disember 05, 2014

TH HOTEL AND CONVENTION CENTRE , ALOR STAR


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


TH Hotel and Convention Centre Alor Star menjadi pilihan aku . Terletak di Lot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar, Bandar Alor Setar, Alor Setar, Malaysia 06020.

Pelbagai pilihan bilik tersedia . Tapi kalau buat tempahan dari Agoda atau laman lain , hanya tersedia bilik superior dan deluxe sahaja berbanding kalau buat tempahan terus ke THCC sendiri. Aku call terus ke sana dan sempat berurusan dengan seorang staffnya yang bernama Fadya . Alhamdulillah, aku kasi 5 bintang buatnya kerana semua urusan tempahan berjalan pantas dan email pengesahan tempahan aku dibalas dalam masa yang singkat sahaja.

Pilihan aku Studio Suite dengan ruang kamar yang luas dan harganya pun aku rasa berbaloi dan tak mahal . Kerana aku bekas askar pencen, depa kasi discount untuk semalam RM275.00 nett. Murah sangat dengan segala kemudahan yang tersedia kat situ.

THCC Alor Star ni baru bukak tahun ni rasanya dan menjadi pilihan agensi kerajaan dan swasta popular buat masa ini untuk seminar dan seumpama dengannya kerana menyediakan sekali Convention Centre yang besar dan luas sehingga 2500 pax pada satu-satu masa .




Parking kenderaan tak perlu risau, melambak sangat . Wifi pula kat mana-mana tersedia . Antara kemudahan tersedia termasuklah gymnasium, pool berasingan buat lelaki dan perempuan yang tertutup, sauna dan banyak lagi kemudahan macam taraf hotel 5 bintang walaupun penarafan yang mereka dapat hanya 4 bintang.

Kalau nak ke sini, senang je ikut keluar exit 108 Kepala Batas lalu terus menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kerena THCC ni kira kat depan airport tu je. Kalau nak pi Alor Star pun tak jauh dah, dalam 12 km je.

Sampai , check in dan tunailah apa yang patut. Makan dah tadi kenyang pekena talapia dan keli bakar lawan gulai kawah kat warung Kak Chaq kat pekan gurun . Siap semua , turun balik start moto dan berdesup merempit ke Pekan Bukit Kayu Hitam. 
:


Aku memang tak pernah sampai kat Bukit Kayu Hitam ni. Tak jauh mana dari THCC, cuma dalam 35 KM je. Tapi kerana hujan yang amat lebat tetiba turun . Maka perjalanan yang singkat ambik sikit masa lebih . Dah dekat tiba sempadan , terdapat beberapa check point yang dikendalikan oleh anggota Unit Pencegah Penyeludupan. Biasalah, kat sempadankan.

Pasal tak pernah sampai sini , maka aku pun takde idea kat mana kompleks bebas cukai depa. Rupa2nya kena lepas imigresen Malaysia dulu, baru jumpa hahaha

Nak letak moto cabuk pun susah kat situ dengan hujan lebat dan banyak kereta siam kat situ. Sempadan la katakan.

Dapat juga pusing2 kat dalam kompleks bebas cukai tu. Mak itam sambarlah 3-4 pcs correle buat tambah2 yang memang dah ada kat rumah . Pasal hujan, lebat, jadi tak berlama-lamalah di situ. Start moto dan balik semula ke THCC. Tetiba tengah jalan , semua kenderaan tersekat kat tengah highway PLUS tu kat area Changlun. Kat sejam jugak tersangkut. Nak jadi cerita, sebenarnya pihak PLUS dah tutup highway sebelah ke Bukit Kayu Hitam kerana air sungai tu dah mula  melimpah  nak dekat atas jalanraya . Jadi depa buat lorong contra . Aku risau jugak, lepas ke tidak aku ni.

Sejam setengah jugak nak lepas . Kalau tak dan air terus naik, tido tepi jalan je gamaknya hehehe



Isnin, Disember 01, 2014

OUR JOURNEY TO BIG FIELD

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Hujung November minggu lepas , aku berada kat Utara Tanah Melayu. Kami dok hantar son of gun kat Kolej Matrikulasi Gurun untuk semester akhirnya . Dah alang2 ke utara, staylah kat area Kepala Batas , Alor Star. Niat hati nak stay kat Penang, tapi asyik Penang je pun boring jugak. Jadi TH Hotel and Convention Centre yang merupakan hotel yang baru beroperasi tahun ni jadi pilihan.

Aku memang tak pernah sampai ke Big Field ni. Jadi lepas sarap kat hotel, start moto roda tiga aku dan redah je pi Big Field ikut highway Plus menghala ke Bukit Kayu Hitam dan belok kiri ikut signboard . Tak salah aku Jalan Changlun - Kuala Perlis.


Jalan ke Big Field ni ada dua semada ikut Kangar pun boleh. Tapi aku ikut signboard menghala Chuping tak salah aku . Main redah je. Tapi lepas sikit tak salah aku  entah kolej apa ke benda namanya , aku nampak ada air sikit dok melimpah atas jalan. Terpaksa singsing kaki seluar takut basah. Motor basah takde hal punya. Sebenarnya masa aku ke sana minggu sudah, sesetengah tempat kat Kedah dan Perlis banjir . 

Redah je pelan2 . Kalau air melimpah tinggi, aku kansel je ke Big Field. 

Memandu ke Big Field , aku dapati satu panorama yang indah sebenarnya dengan kepulan awannya yang unik dan jalan yang lurus. Aku suruh mak itam ambik gambarnya pakai hp cabuk aku je. DSLR aku memang tak bawak kali ni.






Pulas minyak moto pelan2 sambil menikmati permandangan yang indah . Aku pun tak pasti berapa jauh jalan tu. Sesadar aku dah sampai sempadan je . Pasport tak bawak , kalau bawak , pasti kami  menyeberang ke Siam merempit ke  Sadoa atau Songkla.

Big Field a.k.a Padang Besar memang sentiasa menjadi kunjungan bas2 rombong . Menjadi tumpuan adalah deretan kedai di arked . Kami takda tujuan spesifik ke sini. Just sekadar nak jejakkan kaki ke sini pasal memang tak pernah sampai lagi ke sini.

Parking moto kat tepi tiang lampu, lalu menikmati suasana perniagaan di sana. Jalan punya jalan, nampak pulak kedai jual Toto a.k.a Narita. Mak Itam pilah sambar dua . Satu RM 41.00

Kira murah sangat pada aku pasal  kalau dah sampai ke Selatan Tanah Air, depa jual mau dekat seratus lebih jugak.Kemudian jumpalah cashewnut tu yang depa jual sebungkus 18.00 je. 

OK, hajat nak jejak kaki ke Big Field dah terlaksana. Menyusur jalan ke tempat moto aku parking tadi, nampak pulak kedai jual jersey . Sambarlah selai siap letak nama dan nombor kat belakang 35.00 selai buat kenang-kenangan. 

Next time kalau aku ke Big Field dan bawak pasport , aku rasa nak jugak nyeberang ke Siam . Tapi itu kira cerita lain kali lah.

Alhamdulillah.



Selasa, Oktober 28, 2014

RIMAU SELATAN KU MENGARUK DI HUJUNG SANA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
 
 6.35 pagi , aku hanya dapat barisan di sini

Lama aku tak menulis tentang perkembangan Rimau Selatan ku walaupun aku tak pernah miss setiap pertarungannya dari dulu . Alhamdulillah,selepas Rimau Selatan ku berjaya mengharungi perjalanan yang penuh ranjau dan duri , akhirnya selepas berjaya dinobatkan sebagai Juara Liga Super, kali ini kejuaraan "double" menanti selepas berjaya ke final Oppo Piala Malaysia hujung minggu ni  nanti di Bukit Jalil .

Sabtu lepas , lepas subuh aku terus memecut macam biasa ke pasar tani di perkarangan stadium Larkin untuk cari lauk. Mak Itam berpasar tani manakala aku terus masuk barisan yang punyalah panjang berjela . Hanya untuk mendapatkan 2 keping tiket untuk second leg semi final yang akan menentang FELDA .


9.00 pagi kaunter tiket dibuka. Apa yang dikesalkan , hanya beberapa anggota keselamatan sahaja yang bertugas pagi itu sedangkan jumlah peminat yang ingin mendapat tiket dalam beribu orang . Ada yang sopan dan beratur ikut barisan manakala macam biasa kalangan pemuda yang dah lah datang lambat terus meluru menuruni bukit terus menuju ke kaunter menyebabkan keadaan tak terkawal .

Aku terus sabar beratur hinggalah jam 10.15 pagi bebetul aku dah depan kaunter, kaunter tiket telah ditutup atas alasan semua tiket telah dijual.Memang tak masuk akal langsung. 25 000 tiket takkan terjual dalam masa sejam lebih sikit je sedangkan setiap peminat hanya dibenarkan membeli 3 keping tiket seorang. Tak dapat dinafikan bahawa banyak tiket telah "mengalir ke ulat2 tiket " sebelum penjualan rasmi bermula . 

Ini dibuktikan kerana ramai peminat yang tak dapat tiket telah ditawarkan dan membeli tikety ang harga asalnya RM10.00  melonjak ke RM 40.00 untuk tiket terbuka dan RM 30.00 untuk grandstand melonjak ke RM 100.00 . Itulah masalah kat negara kita ni tak kira apa . Semua orang ingin mengaut keuntungan tanpa pikir dosa pahala.


Aku beredar kehampaan namun janji Allah itu pasti benar . Aku semalamnya ada memohon doa agar Allah permudahkan dan perkenankan hajat aku untuk dapatkan tiket kerana aku tahu betapa sukarnya untuk dapatkan tiket terutamanya diperingkat separuh akhir ni..Bagaimana caranya, Allah je yang tahu. Terus menuju ke Mak Itam yang tadi lepas beli ikan dan sayur untuk bekalan seminggu kami yang setia menanti diperkarangan Gym depan Stadium Larkin.

"Jom Balik, tiket dah dapat" , katanya.

Heran jugak aku , beratur berhimpit sesak habis basah peluh baju seluar dah macam seumpama suasana nak cium Hajarul Aswad , tak dapat tiket, Mak Itam yang duduk nunggu aku sambil baca novel yang dapat tiket macam tu je.

Kan aku dah kata, kita usaha je, semua urusan dalam dunia ni sebenarnya tak pernah terlepas walau sebesar zarah pun dari apa yang Allah telah tetapkan.

Penjaga Gym tu ada beberapa keping tiket yang dikirim oleh rakannya . Tetiba mereka tak jadi datang lalu dia offer kat Mak Itam dengan hanya harga asal je RM 10.00 sekeping .Pucuk dicipta ,ulam mendatang.

Terubat segala kepenatan hampir 4 jam lebih beratur tadi . Terima kasih Allah.


Bab tiket dah settel, bab nak pegi petang nanti akan menyusul kemudian. 3.00 ptg terus ke Larkin. elok je sampai, azan Asar berkumandang. Stadium Larkin dalam proses renovasi . Kena pandai2 cari tempat nak solat pasal tempat solat di Zon C tu dah diruntuhkan . Harap sangat nanti, kemudahan dan keselesaan untuk solat tak terlepas pandang dalam projek renovasi tersebut .

5.00 ptg, pintu stadium Zon C dibuka. Meluru semua kerana kalau lambat , tak dapat tempat duduk best untuk menonton. Sapa masuk pukul 6 ptg tu, maka memang dah takde tempat kosong lagi dah . Maka berdirilah jawabnya atau duduk kat tangga.

B.O.S yang menjadi teras atau tunjang utama di luar padang malam tu sungguh menghiburkan. Lagu Selamat Pengantin Baru serta Zapin Pukullah Tabur Pukul Rebana menjadikan Larkin malam tu dah macam suasana majlis kenduri kawin. Lagu khas ditujukan buat TMJ yang baru menikah . Itulah keseronokkan berada sendiri di padang yang takde jika menonton di TV.







Masa yang dinanti akhirkan bermula. Debaran mula terasa . Larkin bergema dengan sorakan serta chant oleh B.O.S.

Rimau ku akan bertarung dgn The Fighters sebentar lagi untuk melayakkan kaki ke final disamping mengekalkan Larkin yang dikenali sebagai gelanggang keramat kerana tak pernah team lain menang di sini sejak dari tahun 2013 lagi.

GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

Luciono Gabriel "Lucho" Figueroa Herrera menjadikan Larkin bergema apabila menjaring gol .Namun gol Felda selepas tu menjadikan perlawanan semakin mendebarkan , lebih2 lagi suhu atas padang yang agak "panas" kerana beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan serta ketidaktegasannya menyebabkan beberapa insiden tak diingini terlepas pandang.

Separuh masa  kedua bermula. Rimau ku meningkatkan lagi tempo permainan dan menyerang habis-habisan. Jolokan dari Diaz berjaya disempurnakan sekali lagi oleh Lucho menyebabkan ketika itu pesta di Larkin semakin hangat dan akhirnya gol oleh Amri Yahya terus menutup untuk FELDA bangkit kembali .

Namun sekali lagi di saat2 akhir permainan, rentetan pengadil sebelum itu yang gagal mengawal perlawanan dengan baik dengan beberapa keputusan yang boleh dipersoalkan menyebabkan 2 pemain dibuang padang. Entahlah, bilalah masalah ketidakcekapan pengadil mengadili perlawanan di Tanah Melayu ni nak berakhir.

Tiupan wisel penamat disambut dengan kegembiraan seluruh penyokong Rimau Selatan dan akhirnya setelah penantian 23 tahun untuk bermain di final Piala Malaysia tercapai sudah. Selangkah sahaja lagi untuk merealisasikan impian bergelar Juara OPPO Piala Malaysia.




Adakah aku akan berada di Bukit Jalil nanti . Aku tak pasti lagi kerana agak sukar kali ini untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir kerana banyak tiket katanya dah disakau dek kaum yang berkepentingan dan berjawatan serta politician sedangkan penyokong setia yang menyokong tatkala kalah atau menang akan terpinggir begitu sahaja .

Tengoklah ,macam mana nanti.

Allah yang akan menentukan.