WARGA SCP

Rabu, Julai 02, 2014

AVILLION PORT DICKSON : TERINGAT KISAH KECIK2 DULU

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Pantai PD tidak secantik dan seputih pasir pantai yang terletak di persisiran kawasan Pantai Timur . Mungkin kerana faktor kedudukannya di Selat Melaka berbanding Pantai Timur yang menghadap laut China Selatan iaitu "lautan lepas".

Masa aku dalam tingkatan 1 kalau tak salah aku , aku dah pun sampai ke PD ni secara back packers. Real punya backpackers sengkek yang tidur dalam khemah dan makan jenis masak sendiri tepi pantai.Bila part mandi je, pegi mandi kat tandas awam kat tepi pantai tu. Kami kira berkhemah dengan jumlah 5-6 ahli yang terdiri dari geng2 kayuh basikal aku hahaha

orang bandar dok pelik dan ternganga tengok binatang kat sini
aku tengok pun dah jemu pasal tetiap hari dok perambat ayam kampung takde tuan
yang tidur atas alang keliling rumah aku kat tepi hutan ni
dan buat kotor pasal taik dia bersepah
hehehe


Dari Muar masa tu kami naik bas henti2 ke Melaka .Kalau dekat , mau aku kayuh basikal jantan aku yang perewel mati tu. Muar - Melaka tak jauh mana pun , tapi dah nama bas henti-henti, maka entah berapa ratus kali dia henti ambil dan turunkan "pasenjil", maka kat 2 jam lebih jugaklah jenuh nak sampai Melaka.

Tu perkataan "pasenjil" orang tua dedulu kata begitu. 
 
Kemudian dari perhentian bas Melaka sambung lagi bas henti2 ke Pengkalan Balak , NS sebelum dari Pengkalan Balak ke pantai Telok Kemang, Port Dickson pula.

Teringat dedulu kalau nak pegi camping ke , mana ada mintak duit mak ayah. Kumpullah duit belanja sekolah yang 50 sen je sehari masa tu pasal dah sekolah menengah. 40 sen buat makan minum , sementara 10sen lagi tu yang buat simpan untuk belanja backpackers ni.Lama tu nyimpan.

Tu cerita zaman kanak2 aku yang penuh dengan keseronokan kerana aku kan hero hahaha


kolam renang hanya utk dewasa sahaja




tongkat arwah bapak aku

Sambung balik cerita aku kat Avillion PD ni. Biasalah aku akan bobok dulu dalam pukul 3.00 . Dapat bang sejam pun dah ok sangat kerana untuk hilangkan penat memandu .Lepas asar aku dok ajak mak itam dan son of gun aku pi gym .

Lari atas treadmill sampai peluh menjejes sudah jadi satu kemestian kalau aku menginap di mana2 resort. Tapi sayang hanya ada satu je treadmill yang berfungsi di sini , itu pun fungsi untuk mengira kadar denyutan jantung dan kadar pembakaran kalori dah tak rosak.

Lepas tu ingat nak bercebur kat swimming pool. Kat sini ada 2 swimming pool, satu kira tempat anak2 dan satu lagi hanya dibenarkan untuk dewasa sahaja. Tapi ake kensel , sementara anak aku sesorang terjun bercebor.

Pengabisnya aku ronda2 keliling Avillion ni dan rakamkan foto sekitarannya buat koleksi aku. Sayang, tempat ni kira cantik , tapi kalau salah managed, pasti akan memberi kesan negatif pada masa akan datang.









2 ulasan:

  1. Saya pun pernah backpack dan tidur dalam khemah di PD, tepi pantai. Reramai dalam 4-5 orang bebudak perempuan sekolah menengah dulu. Pengalaman kita sama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah kak, hebat masa tu krn perempuan juga berkhemah ,
      dulu kira persekitaran nya lebih selamat berbanding sekarang ni kak, jenayah kat mana2 tanpa kira masa, tu yang bebudak sekrg ni tak berani buat mcm zaman yang pernah kita lalui

      Padam