بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Diam tak diam dah nak habis puasa dahhh. Hanya tinggal beberapa hari je . Insyallah senin dah raya. Cepat betul masa berlalu , semoga Ramadhan kali ini, kita semua dapat meraih pahala secara maksimum dan dapat melakukan ibadat yang wajib dan juga yang sunat secara optimum.
Anggaplah seolah2 Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat kita kerana kita tak tahu samada kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan. Itu akan menjadi satu motivasi untuk kita buat yang terbaik .Insyallah.
Memang sepanjang Ramadhan ini , aku agak tidak banyak menulis di SCP. Begitulah juga aktiviti aku sepanjang ramadhan ini yang tak pernah langsung setakat ini pergi beli kuih kat bazar Ramadhan kerana lebih senang berbuka dengan nasi serta lauk yang dimasak oleh bini aku. Adalah sekali tu aku beli kuih, itu pun kat depan rumah makcik tua dekat rumah aku kat pekan HC apa melewati rumahnya . Aku rasa makcik tu lebih jujur dalam menyediakan kuih-muih jualannya berbanding sesetengah peniaga yang hanya timbul bulan Ramadhan je.
Berbuka di luar . Takde sekali pun tahun ni .Corum tak cukup utk kami berbuka di luar pasal son of gun aku yang kuat jugak makan tu takde kat rumah study kat utara. Lagi pun hari2 biasa kami kat teratak tepi hutan ni je . berbuka kat rumah pun tak kurang meriahnya . Alhamdulillah, bini aku masak setiap hari macam biasa tak kira bulan puasa ke atau sebaliknya. Itulah kelebihan yang Allah berikan berbanding yang isteri mereka yang bekerja dan memang tak sempat nak masak . Memang masak "di dapur orang " le gamaknya mereka itu.Nak buat macammana, rezeki memasing.
Cerita berbuka di luar, tak salah nak berbuka di luar sekali-sekala jika berkesempatan .Yang salah bila buka macam nak runtuh, tapi solat magrib entah ke mana ghaibnya.
Opsss, satu lagi tanda raya dah dekat apabila saf malam terawih semakin "menipis", maksudnya raya dah nak dekatlah tu. Itu kebiasaan kat mana2 . Dan apabila Cit Tat mula menelefon bertanya khabar, itu juga tandanya raya semakin hampir.
Cerita pasal kuih raya ,
untuk yang dah berkeluarga , takde tak boleh, banyak sangat pun membazir jugak.
Jadi belilah ikut keperluan dan jangan ikut nafsu.
Aku macam biasa belilah 5-6jenis , sebotol setiap satu . Pasal anak jantan aku dah cakap yang dia nanti nak balik ke kolej lepas balik cuti hari raya . Mau dia punya 1-2 botol bawak balik buat jamu kekawan kat kolej nanti.
Macam biasa rega kuih makin naik , tapi jangan pula kualiti dan rasanya semakin menurun. Tak baik kalau macam tu ,mana rezeki nak berkat.
Macam banyak yang aku baca yang kualiti dan rasa kuih muih dan lauk pauk yang mereka beli kat bazar ramadhan kekadang sangat menyedihkan. Ingatlah, dalam perniagaan pun bukan hanya keuntungan semata2 yang hendak diraih, paling penting keberkatan dan kepercayaan pelanggan.
Ok guys,
"sun" raya dah nak sampai . Walaubagaimana pun situasinya, kita sebagai orang islam dituntut untuk meraikan aidilfitri , cuma caranya sahaja berbeza samada sederhana atau sebaliknya. Aku macam biasa, bersederhana sahaja .
Buat yang berada diperantauan, aku hanya dapat jamu kat mata kalian je kuih raya ni. Tu je yang aku dapat tolong buat kurangkan rindu kalian pada kuih raya dan suasana raya .
Buat yang berada diperantauan, aku hanya dapat jamu kat mata kalian je kuih raya ni. Tu je yang aku dapat tolong buat kurangkan rindu kalian pada kuih raya dan suasana raya .
wow...banyaknya kuih....macamana modern sekalipun, tart nenas mesti ada diatas meja dipagi raya!
BalasPadamsaya suka kuih tat dan juga suji
Padamtart gulung pun sedap uncle, lawan kopi o, nikmat hehe
Salam bapak..
BalasPadamNorh tak minat kuih tart..feveret samperit ;)
Bulan puasa baru ni pun norh tak pi pasar ramadhan..masak lauk simple ja pun lepas balik keja..yg penting pekasam dgn sambal tempoyak mesti ada hari2...hehe
Selamat hari raya...maaf zahir batin..
Waalaikumsalam Norh
Padamsekarang kuih2 tradisional susah nak dapat mcm kuih siput tu
selamat hari raya norh, maaf zahir batin