WARGA SCP

Selasa, Julai 08, 2014

DUNIA PENGEMBARAAN KU SUATU KETIKA DULU : FILEM KODAK 36 EXP ASA 200 JE

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

2002
Kali pertama aku menjejakkan kaki ku ke Bumi Ratu a.k.a England. Itu juga merupakan pengalaman pertama kami melalui satu penerbangan yang panjang selama hampir 12-13 jam menaiki pesawat Boeing 747 MAS yang terkenal pada masa tu. 747 tu nak kenal senang je, pasal dia ada bonggol macam "si bongkok" kat atas badannya dekat kepala kapal terbang tu.Masa tu Boeing 777 macam yang hilang ghaib entah ke mana tu belum ngetop lagi. Longhaul semua guna Boeing 747.  

Terus terang aku katakan, masa tu sapa yang tak excited nak pegi London.Tiket pun tak berapa mahal masa tu dalam dua ribu lebih sikit je sementara anak2 aku punya tiket pasal kekanak kira lagi murah.
Aku, bini aku, kedua2 anak aku serta MIL ikut sekali . Anak bongsu aku masa tu 5 tahun lebih je . Masa tu mana ada urusan jual beli tiket secara online lagi macam sekarang ni. Zaman internet tahun 2002 tu masih merangkak-rangkak dan belum pesat menbangun lagi. Jadi takda tempat nak compare mana tiket yang murah dan sebagainya.

Sebelum ni , aku dah berpeluang  2 kali naik kapal terbang . Sekali tahun 80-han ke Brunei Darulsalam menyertai Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Negara Asean masa tu, kemudian 2001 masa kami pi Perth . Tiket kapal terbang untuk ke Brunei dan Perth diuruskan oleh travel agent. Oleh itu,  aku takda pengalaman macam mana nak pi beli tiket kapal terbang.

Aku pi lah masuk satu-satunya travel agent kat HC , tak salah aku Hock Sang Travel and Tours dan tanya dia ada jual tiket tak. Depa kata ada dan depa memang agent tiket MAS dan aku pun pi beli tiket MAS dengan depa . Kalau kalian pernah merasainya, tiketnya jenis print pakai printer dot matrix tu yang ada 3-4 helaian dalam sekeping tiket tu yang karbonnya warna merah . Lepas tu kalau nak guna nanti , kena koyak satu persatu . Aku sendiri pun pening macammana nak baca tiket tu hahaha

Sebebat masa tu bawak duit hasil toreh getah ikat pakai getah takut berterabur nak beli tiket kerana zaman tu , zaman credit card pun masih baru lagi dan aku penoreh kecil-kecilan tak layak untuk memiliki credit card masa tu.

gambar ehsan cik guggel
rupa tiket kapal terbang dulu kala

Terkenang masa tu , bukan macam sekarang yang semua maklumat dihujung jari . Semua maklumat boleh cari di internet laa ni. 

Jadi masa tu aku pi sana jenis pi "buta" je hinggakan aku tak dapat bezakan antara London vs  England vs United Kingdom vs Great Britain masa tu. Aku kan tak sekolah tinggi dan tak pernah melanjutkan pelajaran ke universiti , jadi takdelah chance nak merasa  pi luar negara, tapi Allah bagi kami peluang ke sana dengan hasil titik peluh kami menoreh  .

Kat sana baru aku tahu fakta sebenar iaitu England adalah sebuah negara.  Great Britain pula adalah gabungan negara terdiri daripada England, Scotland dan Wales manakala United Kingdom adalah gabungan negara terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Ireland (kini hanya Ireland Utara). London pula kira ibu negara.


Bercerita pasal kamera pula , masa tu aku cuma ada camera compact cikai yang pakai filem tu . Zaman digital camera masa tu takde kot. DSLR jauh sekali .Jadi aku bawak 2 gulung filem kodak yang setiap satu 36 dedahan .Harga filem tu juga berbeza-beza ikut ASA nya. Makin tinggi ASAnya  seperti ASA 400 makin mahal rega filemnya.

Maka sepanjang kat sana selama 2-3 minggu lebih jugak, tu jelah yang kami gunakan kerana hanya boleh mengambil gambar sebanyak 72 keping saja untuk 2 gulung filem tu. Kalau nasib baik , siap ada extra lagi sekeping dua kerana filem tu akan gulung sendiri bila dah sampai limitnya.
Syukur Alhamdulillah.

ini lah rupa filem tu yang jenis ASA 400
gambar ehsan cik guggel

8 ulasan:

  1. Kenangan sangat tiket kapal terbang dulu2 tu kan... me masih ade lagik simpan beberapa keping dari tahun sebelum millennium ... saje nak wat kenangan bile dah tua2 nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya punya entah mana hilangnya tiket 2 lama tu hehehe
      yang ada rasanya masa pegi tahun tu tiket disneyland paris masih baik keadaannya , dah 12 tahun tu hehe

      Padam
  2. Salam Pak...

    betullllll...berkeping-2....cermat i simpan takut rosak hahah..pertama kali menjejakkan kaki ke bumi ratu august 1995 .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. pening tengok tiket tu kan , mana satu yang untuk pergi dan mana satu yang untuk balik , lagi satu rega dia yang dia print tak sama dengan rega yang kita bayar hehehe

      1995. bapak masa lagi dok bersilat sebagai pembancuh air profesional masa tu hehehe

      Padam
  3. Senyum saya membaca kisah dulu-dulu, macam mana naik kapal terbang ke London. Tapi kalau tahun 2002 masih baru, taklah klasik mana, masih ada internet...he he he...saya pun ada pengalaman yang sama tapi saya ke London lagi awal dari itu ~ zaman Tok Kaduk~ tahun 1985 ha ha ha...

    Tapi hairanlah macam mana dengan menoreh getah boleh ke London? Saya toreh getah keluar susu. Ini Rezeki toreh getah keluar emas ke? Saya suspek keluar emas, kalau tak intan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1985 saya baru habis ngaji pondok kak hehehe

      saya toreh sebatang pokok getah sekali susu satu baldi daaaa hehehe

      Padam
  4. Memang nostalgia. Ada kawan saya menaiki kapalterbang dari Jakarta ke Geneva buat kali pertama. Apabila sampai di Geneva, saya bertanya bagaimana penerbangannya? Dia jawab, "Lapar Pak....aku ngak ada uang mau beli makanan didalam pesawat....."

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaha
      mmg benar uncle, ada ramai yang kali pertama naik kapalterbang kena situasi mcm tu hhahahahaha

      Padam