WARGA SCP

Khamis, Julai 10, 2014

DUNIA PENGEMBARAAN KU SUATU KETIKA DULU : NOISE AT MORNING BLIND

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Setelah menempuh satu perjalanan yang panjang , kami mendarat di Heathrow London hampir tengahari jugak.Sebelum tu aku tak tahu , adakah aku berjaya "survive" untuk duduk diam selama 13 jam penerbangan. Akhirnya aku berjaya melaluinya walaupun tidur ku sentiasa terjaga dan rasa lama benor nak sampai. Celik mata tak sampai lagi, celik mata sama juga tak sampai hehehe

SIL dengan laki dia dah tunggu dengan dua kereta pasal tahu pasti bagasi kami tak muat nanti. Jadi semua bagasi naik kereta sebuah lagi.

747-400 yang bawak aku ke London dulu

Sebelum tu kat 1/2 jam lebih jugak nak lepas pemeriksaan imigresen mereka kerana paham-pahamlah. Heatrow memang sentiasa sibuk dan padat dengan penumpang yang tiba dan berlepas.

Tiba giliran kami satu keluarga, pegawai tu tanya buat apa datang sini dan berapa lama serta kat mana kami menginap nanti. Aku jawab dengan tenang . Walaupun Inggeris aku tak berapa bagus setakat dapat C6 masa SPM je ,aku jawab je cakap omputeh slang Muo hehehe .  

Tapi puas jugak aku nak fahamkan slanga yang mereka gunakan dan dengar bebetul. Idham maalqunah mereka tebal bebebor .

Lepas depa puas hati dengan semua jawapan aku, depa pun cop kat pasport kelentang- kelentung bunyinya sambil ucapkan "Welcome to England, enjoy your holidays"


First time jejak kat tanah England keluar dari airport, aku berpeluang menyedut udara yang sejuk dan nyaman.Woyooooo, nikmat macam dalam aircond rasanya hehehe 

bas double decker antik kaler merah
sinonim dengan kota London

Biras aku dah stanby "light jacket"  untuk kami. Dari Heathrow terus melalui highway yang terkenal dengan singkatan M di sana  (motorway) terus menuju ke rumah mereka di Gants Hill di Ilford. Heathrow ke Ilford dalam 22 batu je . Tu buat aku pening sikit pasal rupa2nya kat sini , depa pakai sistem kiraan lama seperti batu dan kati berbanding kita yang pakai sistem matriks.

Dalam kul 4 petang kami sampai . Tapi masa tu mata tersangatlahh kuyu dan mengantuk sekali.Ini kali pertama kami alami jetlag yang sering menimpa sesiapa yang merentas zon masa dunia.Beza waktu lebih 8 jam rasanya. Jadi 5 petang waktu London kira pukul 1.00 pagi waktu Tanah Melayu. Patutlah mengantuk bebeno.

Masa tu kat TV tengah live match  World Cup  2002 yang sedang berlangsung di Korea dan Jepun sebagai tuan rumah. Aku tak tahan dan tak peduli dah . Aku minta diri nak bobok .

Pukul 5 petang , kami semua dah terbongkang tidur tak sedarkan diri . Masa tu kira penghujung musim bunga kira hujung Mei 2002, tapi sejuk dan dingin terasa sekali bagi kami yang pertama kali ke sana.Suhu dalam 12 darjah celcius petang tu.Memang nyenyak betul kami tidur petang tu.


Pukul 2.00 pagi kami dah celik semula dan terjaga. Tengok kat luar tingkap rumah, dah nak terang tapi keadaan sunyi pula.Tengok jam aku pakai baru 10.00 pagi. Laaaa 10.00 pagi waktu Tanah Melayu daaaa . Lupa pusingkan jam tu ikut waktu UK.

Mata dah celik lalu perut berkeroncong lapar. Apa lagi, kami ke dapur. Masak nasi dan buat nasi goreng . Kelentang-kelentung bunyi batu lesung .Mesti mat salleh jiran SIL aku kata, "what the hell noise like  kelentang-kelentung in morning blind " hehehe

Semerbak bau "nasi goreng cina masuk islam" satu rumah pasal macam kita masak dalam bilik aircond , tapi aircond semula jadi .Tulah penangan jetlag , mata dan sistem badan masih ikut Tanah Melayu sedangkan jasad dah berada di Bumi Ratu . 2-3 hari juga kami sebegitu semasa di sana , asal pukul 5.00 ptg waktu sana je, mulalah mengantuk dan cari tilam hahaha 

Tentu kalian semua yang pernah travel dan pernah merasai pengalaman jetlag ni untuk pertama kalinya dan bolehlah kongsikan bersama di sini .

Kunjungan kali pertama kami ke bumi ratu ni sebenarnya takda apa2 agenda , saja nak ziarah SIL dan juga bawa sekali my  MIL dan nanti bila kami balik , hanya kami 4 beranak . MIL nanti tinggal sana lama sikit .

Diam tak diam , dah 12 tahun cerita ni berlalu.

Alhamdulillah.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah saya aritu pun jetlag jugak tp nasib baiklah tak teruk sgt dalam satu hari macam tu ja masuk tido awal giler, terjaga pukul 4 pagi. hiks

    BalasPadam
    Balasan
    1. bapak dah tahu mcmmana nak layan jetlag , kalau naik je flight, kira ubah je jam ikut tempat destinasi yang bakal dituju, maka akan tidur ikut waktu sana .

      tapi John, bapak pi Singapore pun jetlag jugak ni hahahahaha
      jetlag pasal mengantuk drive tgh hari hahaha
      mata kecik je hehehe

      Padam