WARGA SCP

Jumaat, Disember 05, 2014

TH HOTEL AND CONVENTION CENTRE , ALOR STAR


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


TH Hotel and Convention Centre Alor Star menjadi pilihan aku . Terletak di Lot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar, Bandar Alor Setar, Alor Setar, Malaysia 06020.

Pelbagai pilihan bilik tersedia . Tapi kalau buat tempahan dari Agoda atau laman lain , hanya tersedia bilik superior dan deluxe sahaja berbanding kalau buat tempahan terus ke THCC sendiri. Aku call terus ke sana dan sempat berurusan dengan seorang staffnya yang bernama Fadya . Alhamdulillah, aku kasi 5 bintang buatnya kerana semua urusan tempahan berjalan pantas dan email pengesahan tempahan aku dibalas dalam masa yang singkat sahaja.

Pilihan aku Studio Suite dengan ruang kamar yang luas dan harganya pun aku rasa berbaloi dan tak mahal . Kerana aku bekas askar pencen, depa kasi discount untuk semalam RM275.00 nett. Murah sangat dengan segala kemudahan yang tersedia kat situ.

THCC Alor Star ni baru bukak tahun ni rasanya dan menjadi pilihan agensi kerajaan dan swasta popular buat masa ini untuk seminar dan seumpama dengannya kerana menyediakan sekali Convention Centre yang besar dan luas sehingga 2500 pax pada satu-satu masa .




Parking kenderaan tak perlu risau, melambak sangat . Wifi pula kat mana-mana tersedia . Antara kemudahan tersedia termasuklah gymnasium, pool berasingan buat lelaki dan perempuan yang tertutup, sauna dan banyak lagi kemudahan macam taraf hotel 5 bintang walaupun penarafan yang mereka dapat hanya 4 bintang.

Kalau nak ke sini, senang je ikut keluar exit 108 Kepala Batas lalu terus menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kerena THCC ni kira kat depan airport tu je. Kalau nak pi Alor Star pun tak jauh dah, dalam 12 km je.

Sampai , check in dan tunailah apa yang patut. Makan dah tadi kenyang pekena talapia dan keli bakar lawan gulai kawah kat warung Kak Chaq kat pekan gurun . Siap semua , turun balik start moto dan berdesup merempit ke Pekan Bukit Kayu Hitam. 
:


Aku memang tak pernah sampai kat Bukit Kayu Hitam ni. Tak jauh mana dari THCC, cuma dalam 35 KM je. Tapi kerana hujan yang amat lebat tetiba turun . Maka perjalanan yang singkat ambik sikit masa lebih . Dah dekat tiba sempadan , terdapat beberapa check point yang dikendalikan oleh anggota Unit Pencegah Penyeludupan. Biasalah, kat sempadankan.

Pasal tak pernah sampai sini , maka aku pun takde idea kat mana kompleks bebas cukai depa. Rupa2nya kena lepas imigresen Malaysia dulu, baru jumpa hahaha

Nak letak moto cabuk pun susah kat situ dengan hujan lebat dan banyak kereta siam kat situ. Sempadan la katakan.

Dapat juga pusing2 kat dalam kompleks bebas cukai tu. Mak itam sambarlah 3-4 pcs correle buat tambah2 yang memang dah ada kat rumah . Pasal hujan, lebat, jadi tak berlama-lamalah di situ. Start moto dan balik semula ke THCC. Tetiba tengah jalan , semua kenderaan tersekat kat tengah highway PLUS tu kat area Changlun. Kat sejam jugak tersangkut. Nak jadi cerita, sebenarnya pihak PLUS dah tutup highway sebelah ke Bukit Kayu Hitam kerana air sungai tu dah mula  melimpah  nak dekat atas jalanraya . Jadi depa buat lorong contra . Aku risau jugak, lepas ke tidak aku ni.

Sejam setengah jugak nak lepas . Kalau tak dan air terus naik, tido tepi jalan je gamaknya hehehe



7 ulasan:

  1. Saya dah sampai ke sana tapi hanya setakat restaurant dibawah sahaja...executive housekeeper disitu Hazlan namanya seorang yang sangat baik dan tahu tugas-tugasnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih uncle....tindakan segera telah dilakukan...

      Padam
  2. Terima kasih pada Mr rezeki kerana Th Hotel menjadi pilihan percutian. Th Hotel sentiasa mengalu alukan kedatangan Mr rezeki pada masa hadapan. Pujian diatas layanan yang telah diberikan oleh Fadya...telah menjadi perangsang kepada beliau dan rakan2 yang lain dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua tetamu TH Hotel .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time saya cari member uncle tu jika ke sana , Insyallah

      Padam
    2. Tuan Awang

      Alhamdulillah
      Moga perkhidmatan dan layanan yang diberikan sentiasa dapat diteruskan disamping beberapa penambahbaikan dari masa ke semasa untuk para tetamu hotel . Insyallah

      Nanti cuba highlight para pihak atasan agar akhbar a.k.a newspaper dapat dibekalkan pada setiap bilik tetamu kerana pepagi bangun lepas subuh, sebelum sarapan, membaca akhbar untuk mendapatkan berita terkini adalah aktiviti yang kerap dilakukan oleh penginap.

      Padam
  3. hotelnya nampak cantik dan selesa...yg buat sy berminat nak pgi, pool asing utk lelaki dan perempuan. wahhh, ini sangat bagus..
    mudah2an ada rezki utk saya sekeluarga dtg menginap kat TH hotel ni...amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah

      memang selesa dgn pelbagai kemudahan tersedia . Tak serabut kat sini.
      Mmg pool muslimah dan lelaki diasingkan .

      Next time saya nak cuba TH Hotel ni kat area Bayan Lepas pulak, Insyallah.

      Padam