WARGA SCP

Sabtu, Disember 04, 2010

HENING MALAM DI THE LEGEND INTERNATIONAL WATER HOME


ALHAMDULILLAH

Suasana malam di TLIWH agak menenangkan. Tiada hiruk pikuk .
Yang kedengaran hanya bunyi deruan ombak yang memecah pantai. Kekadang macam dirasakan TLIWH seperti tidak berpenghuni kerana jarang bertemu kelibat penginapnya.
Tapi melihat kenderaan yang diletakkan diruang letak kereta , menunjukkan sebaliknya.

Mana pergi semua pengunjungnya.

Sebenarnya rata2 mereka banyak menghabiskan waktu mereka di bilik. Nak berenang pun tak payah pegi pool besar ni, bukak baju dan berdebus dlm pool dalam bilik tu

Tadi malam, anak ku bercebur sampai kul 10 mlm juga.


Jarak antara bilik penginapan dgn lobby agak jauh juga. Mujur segala beg kami dibawa dengan buggy dan kami juga pun boleh menaikinya sekali. Tapi akhirnya kami lebih suka berjalan kaki keran sambil menikmati keindahan alam , dapat beriadah secara tak langsung.

TLIWH bersebelahan dengan The Legend Water Challet. Yang membezakannya ada kemudahan kolam renang di setiap bilik. Terdapat hampir 300++ bilik ditawarkan di sini dgn pelbagai variasi seperti Skypool, Garden Pool dan lain2.

Bapak juga berkesempatan dibawa untuk meninjau dari tingkat 9 dari sebuah bilik yang terletak di tower TLIWH oleh seorang staff . Sempat merakamkan beberapa koleksi foto buat simpanan koleksi ku .

Memang sungguh indah alam ciptaan Allah dan aku mensyukuri nikmat yang dikurniakan olehNYA.

Bapak sempat merakamkan beberapa koleksi foto disebelah malam yang indah ini mengguna "night landscape" tapi memerlukan sedikit ketelitian kerana tangan tak boleh bergetar langsung.Apabila menggunakan mode "night landscape" tiada bantuan "flash camera" dan hanya bersumberkan cahaya semulajadi . Kalau tak bergerak sedikit pun, gambar yang dihasilkan akan kabur. Penyelesaiannya ialah menggunakan tripod. Tapi malas nak ambik tripod kat bilik. Akhirnya dslr diletakkan atas meja dan tiang kayu yg statik .

Inilah beberapa hasil "tembakan" sebelah malam yang bapak dapat kongsikan bersama.

Alhamdulillah, malam yang dicipta oleh Allah memang indah .



10 ulasan:

  1. salam dari Makkah


    canteekkk....


    wasalm

    BalasPadam
  2. salam CR...

    masyaAllah , cantiknya...

    indah dan damai

    BalasPadam
  3. slam, kpah pernah bawak budak2 ke sini... memang cantik dan harga pun cantik...

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Keindahan ciptaan Allah dimajukan oleh manusia yang kaya-raya maka dapat dinikmati mereka yang mempunyai harta dan kreatif.

    Hasilnya kakak dapat lihat sama. Nyamannya terasa....

    BalasPadam
  5. Assallamualaikum Pak Itam,
    Kat mana ni Pak?
    Mama nadz ni masih mencari-cari di mana tempat ni.. Indah sekali tempatnya, well built for the wealth...

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam cl

    time kasih

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam kak ummi

    susah shoot waktu malam tanpa tripod

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam kak pah

    hehehhe cantik heheheh

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam kak zakie

    alhamdulillah

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam mama nadz

    kat PD

    BalasPadam