WARGA SCP

Selasa, November 09, 2010

SRI MERSING dan HANTU WAGON BURUK

semua gambaran dari atas bukit dari kawasan masjid jamek
sebahagian bandar mersing

menara masjid
ALHAMDULILLAH

Lagu Sri Mersing tetap segar sehingga ke hari ini.
Aku sempat ke pekan Mersing ni masa aku melarikan diri jumaat lepas
sebenarnya Mersing ni sebuah daerah membentuk negeri Johor
tapi sebuah bandar kecil yang pada ku masih belum tercemar dan terpelihara
boleh diibaratkan bagai anak dara sunti

Namun begitu setiap hari minggu atau hari kelepasan umum
pekan Mersing akan dibanjiri oleh kenderaan luar
kerana ia merupakan pintu keluar bagi yang berhajat ke Pulau Tioman
begitu juga terdapat banyak pantai peranginan dan perkelahan seperti Air Papan dan Penyabong

Sekarang dah banyak kereta lalu lalang menggunakan jalan Kota Tinggi - Mersing , walaupun selepas magrib agak lengang dan berbahaya kerana takut apa2 hal berlaku , payah juga kerana kebanyakkannya kiri kanan masih hutan . Mcm baru2 sebuah lori terbalik kerana merempuh gajah yg melintas di waktu malam.

Kekadang kalau memandu sebelah malam , dekat 10-20 minit juga baru bertemu dengan kelibat kenderaan lain .

Aku teringat kembali peristiwa 20 tahun dahulu masa aku bujang, aku pun start motor dan saja -saja ke Mersing dan aku bertolak balik dah dekat nak magrib juga dalam keadaan hujan rintik2.Dalam remang2 senja , aku telah memotong sebuah kereta wagon buruk yg dipandu perlahan berwarna hijau di kawasan jalan Mersing-Kota Tinggi yg agak lenggang dan hutan kiri-kanannya.

rasanya sekolah ni

Tak sampai 5 km aku memotong, tetiba , aku dapati ada sebuah kereta yang seakan2 sama dengan kereta yang aku potong tadi , aku buat tak peduli je dan memotongnya sekali lagi

Namun sekali lagi selepas lebih kurang 10 km, aku bertemu lagi dengan kereta yang seakan-akan sama, masa tu aku dah perasan lain tapi aku buat tak tahu je
bila pulak masanya kereta ni memotong aku sedangkan keadaan buruk dan dipandu perlahan

lalu aku pun cepat2 potong dan terus laju tak cakap apa2 pun hehehe
apabila aku bertemu dengan sebuah lori yg sama menghala ke Kota Tinggi ,
aku pun follow je dari belakang ,
perasaan takut masa tu tak sangat,
tapi meremang juga bulu tangan , kaki , hidung dan tengkuk hahaha
aku tanya pada rakan ku, perasaan tak yang kita memotong 3 kali kenderaan buruk yg dipandu perlahan. Dia pun perasan juga tapi tak berani nak cakap hehehehe

Kebetulan hari tu hari khamis malam jumaat keliwon hehehe
rasanya Allah nak uji aku dengan pertemukan aku benda2 mcm tu
dan lagi satu orang tua2 kan selalu dah pesan
kalau nak mulakan perjalanan , jangan dah dekat magrib
kerana masa tumasa peralihan antara siang dan malam
hantu dengan syaitan tengah berkeliaran berpesta nak menyesatkan anak cucu adam
dan rasanya aku malam tu jumpa "hantu wagon buruk"

19 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Kakak mahu biarlah ada anak dara/teruna yang baca N3 ini. Sebenarnya bukan 20 tahun dulu saja boleh berlaku. Sekarang pun masih ada dah macam2 cerita yg didengar (betul ke tidak tak tahulah, tapi yg pasti syaitan memang ada).

    Kawasan itu memang sunyi hingga kini. Tambahan waktu senja hingga ke malam. He.... menakutkan...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    nasib baik jumpa hantu wagon
    kalau hantu bmw...terpikat pak itam
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  3. seramnya...
    mintak2 janganlah kpah terjumpa dengan benda2 macam tu..
    penakut ni..

    BalasPadam
  4. Salam pak itam...

    Indah pemandangan tuh....lokasi tuh..hantu wagon tak terlawan pak itam..tuh..sebab 2, 3 kali kena potong...heheh

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum CR...

    memang perjalanan ke Mersing tu sunyi sepi ...dah tu jalannya pula berbelok2 ..serammmmm

    akak pun pernah bertemu perkara yg sama dua tiga tahun lepas kat high way area Sg Buloh ke Rawang jer , bkn wagon tp kereta kembara ,pun 3 kali potong juga , masa tu kami dlm pjalanan ke Cameron H.land ....HANTU KEMBARA ler pula namanya...

    BalasPadam
  6. tak pernah sampai pun lagi...dok kata nak pergi sibu island, tioman, semuanya tak menjadi...

    BalasPadam
  7. harap kami yg lemah ni tak diuji dengan pengalaman seram sedemikian, takut!!!

    cantik pemandangan :)

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Takuttttt! meremang gak masa baca ni...

    BalasPadam
  9. waalaikusalam kak zakie

    syiatan sentiasa ada nak cuba menyesatkan anak cucu adam hingga ke hari kiamat kelak

    kalau malam memandu di situ mmg agak menyeramkan sikit hehehe

    BalasPadam
  10. waalaikusalam atuk

    kalau bertemu boleh ajak mengerace hehehe

    BalasPadam
  11. kak pah

    insyallah , doa sebelum perjalanan agar kita dihindari segala benda2 tu

    mmg agak menyeramkan juga jalan kaw tu waktu malam, susah nak jumpa kelibat kereta

    BalasPadam
  12. waalaikusalam shami

    tu yg penat asyik memotong dia je hehehe

    BalasPadam
  13. waalaikusalam kak nab

    masa tu saya buat tak tahu je dan buat bodoh je hehehe

    BalasPadam
  14. waalaikusalam kak ummi

    sekarang hantu semua pakai lesen terbang tau hehehe

    BalasPadam
  15. uncle


    insyallah , nanti sampai le

    BalasPadam
  16. mampir

    cantik dan tenang dari atas bukit tu

    BalasPadam
  17. waalaikusalam ibu

    hehehehehheheh

    kalau bertemu mau cabutttttt heheheh

    BalasPadam
  18. sy baru lps dgr cerite psal kerete hijau buruk ni dr TokSu sy dkt jln yg same . then search & jmpe cerite yg seakan same, bezenye toksu sy brsma 3 kerete semue anak beranak,lalu jln tu jam 2 pg .. kes taun lps,potg kerete tu,tetibe ade lg dpn,potg lg,tetibe ade lg depan, then die plak potg kite, pstu msuk line dpn kerete tetibe brek. die duk kcau cmtu,pstu main seblh kerete cm nk belumbe, ke depn, pstu brek,ulang kli..time die main tepi tu dorg pndg ade 3 beranak dlm tu,laki,perempuan & sorg budak . then toksu sy decide msuk simpg sbb bhyekn pmandu coz die main brek2..lps msuk smpai 1 kg,then ade sorg pkcik dkt stesen minyk tgh isi minyk dlm botol . toksu duk brsembg ngn pkcik tu, pkcik tu ckp da lame dah psal ni .. kdg2 tghri pon ade, mgrb pon ade.

    BalasPadam