WARGA SCP

Selasa, Januari 10, 2012

LGB&GR : WAKTU ISRAK YANG SUNGGUH MENDAMAIKAN

ALHAMDULILLAH

Kita tinggalkan sementara kisah Kota Singa kerana banyak lagi koleksi foto dan cerita semasa aku berada di LGB&GR yang tak sempat aku sambung n3nya . Jadi aku sambung semula .

Isteri ku memang suka kalau sebut pantai dan pegi tepi pantai . Dia boleh duduk mengadap pantai sambil membaca buku dan aku pulak macam biasa suka merakamkan keindahannya yang dikurniakan Allah untuk koleksi ku.

Kekadang kami merasakan alangkah indahnya jika kami dapat berumah di tepi pantai , menghirup bayu laut segar setiap hari dan dapat menikmati kala sang mentari pagi muncul dan juga ketika dia melabuhkan tirai siangnya.

Ah, itu hanya angan2 saja kerana telah ditakdirkan aku bukan seorang nelayan yang berumah di tepian pantai.

Kami suka sekali berada di tepian pantai ketika pengunjung tidak ramai dan dalam suasana tenang. Nak kata cari ilham dan mengarang buku tak jugak, tapi aku lebih suka suasana begitu .Jadi kami tak lepaskan peluang untuk berada di tepian pantai ketika kami ke sini.
Lepas sahaja waktu israk ketika sang matahari muncul lebih kurang segalah, kami dah menyusuri pantai berdua dan tinggalkan buntat dan bintat di bilik mereka . Bergurau senda sambil berpimpin tangan sambil kedua belah pipi ditampar manja bayu Laut China Selatan.

Indah sungguh waktu israk ketika itu di sini. Sedikit perkongsian dari ku insan yang hina dan kerdil berkaitan waktu2 ni sebelah pagi yang sering kali diabaikan akibat kealpaan kita . Selepas sahaja waktu subuh akan disusuli pula dengan waktu syuruk di mana dalam lebih kurang 20 minit juga .Ketika itu telah luput waktu subuh dan matahari mula terbit . Waktu itu kita diharamkan untuk bersolat . Kemudian barulah diikuti dengan waktu israk yang tak panjang sangat lalu diikuti dengan waktu dhuha pula.Waktu dhuha luput apabila gelincir matahari .

Janganlah kita biarkan waktu2 tersebut berlalu pergi begitu sahaja kerana kita boleh merebut peluang dan ganjaran yang Allah telah hidangkan kepada kita dengan solat sunat israk dan dhuha yang mana ganjarannya sangat besar di sisi Allah S.W.T. Kita boleh ibaratkan ia sebagai bonus atau saham yang pasti sangat berguna dan berharga disaat2 kita memerlukannya nanti.






Suasana tenang dan damai pagi tu sungguh mententeramkan jiwa.Angin bertiup sepoi2 bahasa .Yang pasti bahasanya bukan bahasa tionghua atau bahasa tamil. Itulah sebenarnya bahasa alam yang sungguh indah bagi sesiapa yang memahaminya.

Kedengaran suara alunan ombak yang memecah pantai macam dalam lirik lagu Alleycats pula merupakan satu nikmat Allah yang tak terhingga menunjukkan kebesarannya mentadbir seluruh sekalian alam.

Ada bidalan yang menyebut ombak dan pantai tak dapat dipisahkan. Sebenarnya ,begitulah juga dengan kehidupan ku dan kita semua yang pasti takkan dapat dipisahkan dengan kisah suka duka , pahit manis , tawar kelat yang boleh kita ibaratkan sebagai ombak yang menghempas pantai yang menjadikan kehidupan yang kita lalui sebenarnya begitu indah .

Aku menikmati dan menghargai setiap detik dan saat dalam kehidupan ku dan dan mengharapkan agar aku tak tewas dek tuntutan dunia . Setiap ujian yang datang dari Allah ibarat ombak yang menghempas pantai menjadi satu motivasi diri untuk menjadi lebih baik dari hari2 yang berlalu.

Segala puji bagi ALLAH yang menjadikan hari ini sejahtera
Dan telah terbit matahari dari tempatnya.

Ya Allah
berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan aku dari keburukkan hari ini.

Ya Allah
terangilah dan sinarilah hatiku dengan cahaya hidayah Mu
terangilah dan sinarilah kehidupan ku dengan cahaya keimanan Muterangilah dan sinarilah kehidupan ku dengan cahaya ketaqwaan Mu terangilah dan sinarilah kehidupan ku dengan cahaya keberkatan Mu
sebagaimana kau menerangi bumi dengan cahaya matahari Mu
Terus menerus dengan Rahmat Mu .

Ya Allah
Tuhan Yang Maha Pengasih
Tuhan Yang Maha Pengampun
Tuhan Yang Maha Penyayang.






3 ulasan:

  1. Salam pak itam

    syahdu, tenang dan damai sekali lepas subuh, jalan menyusur pantai memerhati mentari ..naik..

    Rasanya waktu ini air laut rasa suam2 hehehe best tu...

    Amin untuk doa2 yang dipanjatkan, semoga Allah permudah dan perelokkan urusan kita semua dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam shami

    amin

    moga kehidupan kita semua sentiasa dalam kerahmatan Allah

    insyallah

    BalasPadam
  3. Salam...

    Izinkan aku cnp kedaiman ini..

    Tq.

    BalasPadam