Kalau takut dilambung ombak ,
Jangan berumah di tepi pantai.
Itulah antara bidalan yang banyak membawa pengertian .
Begitulah juga dengan kehidupan kita yang sementara di dunia yang sementara belaka ini.
Aku dapat melupakan seketika masalah2 kerja dan yang berkaitan dengan perniagaan apabila aku berada di sini. Meniup udara segar petang yang dipinjamkan seketika oleh Allah buat ku.
Bercerita tentang perniagaan, nampak semua cantik di mata orang, tapi hakikatnya segala ombak, onak dan duri yang terpaksa ditempuhi hanya Allah je yang tahu.
Masalah pelanggan yang tidak menjelaskan pembayaran dan yang liat menjelaskan pembayaran dan yang buat2 tak tahu sering menghantui para peniaga dan usahawan sebenarnya . Sedangkan hakikatnya segala barangan serta stok yang diambil dari pengilang perlu dijelaskan mengikut "terms" samada secara tunai, 30 hari, 60 hari atau 90 hari sedangkan ada pelanggan yang ada sampai setahun dua yang tidak menjelaskan langsung .
Itu belum lagi yang dah 3,4,5,6 tahun yang akhirnya menjadi hutang lapuk .

Tapi dah orang tua2 kata,
"kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai"
Aku terima semua itu dengan redha dan menjadi sebahagian asam garam dalam perniagaan.
Manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi ini dengan pelbagai ragam . Kalau semua baik, amanlah dunia ni.
Itulah sebabnya baru2 ni terpampang di dada akhbar yang Tabung PTPTN hampir kekeringan akibat terlalu ramai peminjam yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka menjelaskan hutang pinjaman mereka . Itu belum lagi yang sering aku baca tuan2 punya rumah yang disewakan mengalami masalah apabila ada penyewa yang bukan 2-3 bulan malah hampir setahun tidak menjelaskan sewa rumah yang boleh dianggapkan sebagai hutang .
Ada yang yuran sekolah anak dan tadika anak pun tak bayar , kekadang bukan takda duit kerana kalau kita lihat mereka masih boleh berpakaian kemas dan cantik serta berkenderaan ke sana kemari. Tapi semuanya bergantung kepada sikap dan juga pegangan agama sebenarnya.
Kalau kita yang mengaku sebagai seorang islam yang mengucap dan memegang kalimah :

sedarlah bahawa seksaan Allah itu berat bagi sesiapa yang tidak menjelaskan hutangnya yang akan membuatkan segala amalan kita akan tergantung kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menegaskan:
“Sesungguhnya Allah s.w.t mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya.”
Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 283:
“Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.”
Islam telah menetapkan bahawa setiap yang berhutang wajib melaksanakan amanah dan bersifat jujur membayar hutang mereka setelah berkemampuan. Bagi sesiapa yang suka melewat-lewatkan atau menangguhkan pembayaran hutang ini, maka maruah mereka menjadi hina, hidup hilang keberkatan dan tidak diredhai oleh Allah , amalan kebajikan tertolak dan tergolong dalam orang yang zalim.
ALHAMDULILLAH
keindahan pantai dan kesyahduannya petang ini dapat menenangkan seketika segala permasalahan kerana semuanya itu adalah suratan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T
Samalah juga dengan ketentuan Allah yang mengizinkan aku datang ke sini dan menghirup udara segar di bumiNYA yang penuh dengan keindahan di mata dan tersembunyi serta terkandung sebenarnya banyak hikmah di dalamnya apabila aku memandang keindahan petang ini dengan mata hati ku.
Terima kasih Allah kerana meminjamkan lagi sehari kehidupan ini buat diri ku.

Salam pak itam..
BalasPadamJauh berjalan rupanya banyak yang direnungkan...pemandangan alam yang indah insyallah meredakan semua kesusutan...
Bab perniagaan ni terlalu banyak yang nak dihuraikan..tak terhurai rasanya jalan dan liku2 yang dilalui....setiap yang dilalui ditelan penuh kesabaran
"setiap kesusahan pasti ada kemudahan..."
berniaga kalu kita tak hutang mungkin orang hutang kita tapi tak bayar.....1 bab pengalaman
berniaga...kalu orang sakit hati dengki....habis kita difitnah...sekampung pulau kita meniaga...1 lagi bab pengalaman
kita menulis utk ilmu dan perkongisn pengalaman, mudah mudahan sedikit ilmu yg ada membuka pintu hati dan minda positif orang yg membacanya sebagai teladan...doa moga niat kita diredhai Allah.
terus menulis utk santapan minda saya dan kawan2.
waalaikumsalam shami
BalasPadamsedikit perkongsian pengalaman dari saya yg serba kekurangan
mana yg baik ambillah sebagai panduan
yang buruk kita tinggalkan
Salam Pak Itam,
BalasPadamSaya pun berniaga..faham sangat apa yang Pak Itam tuliskan itu.
Kadang-kadang rasa mcm tak blh bernafas, tersungkur dan tak boleh bangun lagi bila dilanda dugaan. Kadang2 rasa diri begitu hebat ketika diberi kemewahan.
Akhirnya kita mengerti, segala kemewahan dan dugaan itu datangnya dr Allah. Berusaha dengan terbaik dan jangan berputus asa utk hidup dimuka bumi ini, beriman dan bertawakkal sebanyak mungkin spy disayangi Allah. Berbaik sesama manusia supaya hidup kita ceria.
Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha supaya bila mati nanti kita masuk syurga (bak kata seorang ustazah yang pernah saya dengar).
waalaikumsalam TN
BalasPadamALHAMDULILLAH
kita sebagai muslim cuba lakukan terbaik dalam kehidupan dgn mematuhi perintahnya dan menghidari larangannya
anggap apa saja ketentuan Allah sebagai dugaan buat hambanya dan redha serta berlapang dada
semuanya samada susah, senang, sihat , sakit dan bermacam lagi datang dari ALLAH Tuhan Pentadbir sekalian Alam
insyallah