WARGA SCP

Rabu, Mei 02, 2012

LIHATLAH DUNIA

Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Machinchang, barat laut pulau Langkawi dibuka pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 tahun ini memang menarik. Inilah sebahagian dari komponen Langkawi Geopark .

Sekiranya cuaca cerah, boleh nampak sebahagian kawasan Thailand di utara dan Indonesia di barat-daya. 20 minit merupakan jangkamasa yang diperlukan untuk sampai ke atas sekali, itu pun kalau takda gangguan teknikal atau kena berhenti kat "roadblock" jika ada.

Terdapat dua buah stesen dan sebuah pelantar pemerhatian yang membolehkan kita menikmati pemandangan seluruh Pulau Langkawi dari bahagian atas..

Tapi apakan daya , masa aku naik, nak nak hujan dan kat atas hujan tak lah lebat sangat, tapi angin bertiup sangat kencang . Jadi niat aku nak ke pelantar pemerhatian atau skydeck tu terpaksa aku batalkan . Karang manalah tahu angin kuat sangat sampai aku diterbangkan ke bawah gaung .

Jadi niat aku nak rakamkan panorama indah dari atas terkubur begitu sahaja. Takpalah, bukan rezeki aku . Insyallah lain kali .Cuaca yang berkabus juga menyebabkan permandangan agak kabur . Demi keselamatan aku dan keselamatan kamera aku, aku hanya sempat rakamkan beberapa keping foto dari beberapa sudut yang terhad dan terhalang kerana mengelakkan dari dibasahi hujan .

Jadi kalau sesiapa berhajat nak rakamkan foto dari bahagian atas ni atau nak lihat panorama alam yang menarik, aku cadangkan naiklah sebelah pagi sikit lebih kurang pukul 10 ke tatkala cuaca cerah . Tapi kita hanya boleh merancang je, Allah sahaja yang akan menentukan .

وَ اللَّهُ عَلى‏ كُلِّ شَيْ‏ءٍ قَديرٌ
"Dan Allah atas tiap sesuatu adalah Maha Menentukan."

Begitulah hakikatnya kehidupan kita ini sebenarnya , rancanglah sebaik2 mungkin, buatlah segala jadual dan susunlah macam mana yang kita nak , tapi hakikatnya kita kena berbalik kepada ketentuan atau qada' dan qadar Allah dan kita kena redha selepas kita berusaha sebaik mungkin mengapai apa yang kita rancang, susun dan hajatkan . Jika Allah izinkan Alhamdulillah, jika sebaliknya Alhamdulillah juga kerana Allah Sebaik2 Penentu segala kejadian dan Dia Maha Mengetahui Lagi Bijaksana.








tu dok melekat dah setitik air hujan kat lens

staf sebuah cafe dok angkut air ke atas






9 ulasan:

  1. Assalam Bapak,
    Minta ampun saya ngeri nak naik kereta kabel ini walaupun saya dah lepas memanjat Sydney Harbour Bridge..hhuh..ngeri tak boleh tahan sehhh! Haha..ngeri yang amat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      kalau dapat terejun bungee dari sydney harbour tentu best

      bapak tak takut tempat tinggi, bapak hanya takut cabut gigi

      Padam
    2. Ooo saya x boleh tahan dgn ketinggian terutama cable car..tapi cabut gigi saya ok saja walaupun sakitnya bukan sehari dua..

      Padam
  2. Menusuk sungguh kata2 bapak tuh..

    Btw fm belom lagik naik.. Langkawi pon belom pg lagi. Masa kck2 dlu kesitu je mak abah bawak. Tgk la nnti cmane. Mmg dah ltak dlm list dah nk ke sane :)

    BalasPadam
  3. Salam bapak.

    Saya suka sungguh tinggi2 camni. Subhanallah indahnya pemandangan walaupun mendung dan hujan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      kalau cerah hari tu, pasti bapak lama kat atas merakamkan landscape yg begitu indah

      Padam
  4. bimbang naik kalau cuaca dah nak hujan ke - bernagin kencang ke...hu3x ngeri!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg kencang sungguh angin petang tu sampai berdiri pun rasa nak terebang

      Padam